Happy 20 Month Lil' Arissa

9:48:00 PM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah

Syukur Ya ALLAH Engkau kurniakan kami anugerah terindah ini :-)

Semenjak usia Arissa 1 tahun 1/2 memang betul-betul mencabar perangai dia.
Tapi semua orang cakap umur macam sekarang ni time dia melasak.
Yea sungguh lasak!
Sampai Mommy pening tengok awak.

Tapi moment yang paling syahdu bila Arissa tidur.
Sedih pulak tengok muka dia.
Tenang je.
Rasa menyesal marah-marah dia.

Sorry sayang!

Mommy sayang awak!!

Semoga Arissa menjadi anak yang solehah, taat perintah ALLAH, rajin solat, hormat orang tua, cemerlang dunia dan akhirat. Amin!

Entry birthday kali ni banyak sikit gambar.

Hadiah Arissa InsyaAllah besok sampai :-)

Hari ni besday girl bangun awal. Lepas mandi ngadap tabby dia. Layan Upin Ipin.


Lenguh duduk, meniarap pulak.


Tengahari keluar jalan-jalan. NI dah time dia tidur sebenarnya. Dah mula menguap.


Suka sangat nganga mulut luas-luas sekarang ni. Pastu buat bunyi macam sakit tekak.


Masa ni dia dah lena. Ukur sikit tangan yang suka tampar muka orang nih.



Kaki gemok! dah pakai kasut saiz 5-6. Huhu!


Ni je la gambar kami bertiga yang boleh snap. Papa nya bukan jenis yang suka ambil gambar. Dia hanya suka bergambar. Ceh!