Mari Menabung

1:00:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Hari Isnin baru ni Mommy ke Mr. Diy kat Aeon AU2. Kalau pergi sana memang rabun mata. Banyak betul benda- kiut-miut. Dah la harga murah-murah.

Tujuan utamanya sebab nak cari beg untuk letak bekal Arissa ke Taska. Tu nanti kita cerita entry lain yea. Dah alang-alang sampai ke sana jenguk la apa yang kiut dan murah boleh dibeli.

Mommy beli bekas sangkut berus gigi kartun. Comey sangat! Dah siap gantung dalam bilik air letak berus gigi Arissa. Alhamdulillah makin senang dia gosok gigi pagi-pagi sekarang ni. Dah pandai bukak tutup sendiri.

Pastu beli tabung. Orang kelantan panggil cheleng! Hehe. Konon nak ajar Arissa menabung dari kecik la ni. Tapi cik mek ni memang sebijik ikut perangai Mommy. Kurang sabar!

Mula-mula dia keluarkan coin dari tin kecik tu. Dulu Mommy simpan coins dalam tu.


Pastu Mommy tunjuk contoh camana nak masukkan coins tu. Dia ikut.



Tapi..... Bila coins tu tak dapat masuk sebab dia letak tak betul. Mula la mengamuk. Tetuk tabung tu. Hempas! Aiyakkkk...! Parah betul budak ni.

Mommy pegang tangan dia bantu dia masukkan balik. Ok la kejap. Pastu bila tak dapat mengamuk lagi.


Tapi tak boleh kita nak pandang tempat lain. Slow-slow dia nak suap masuk mulut. Huhu!

1 kawan cakap:

Write kawan cakap
Anonymous
AUTHOR
March 2, 2013 at 9:28 PM delete

Woah! I'm really digging the template/theme of this blog. It's simple, yet effective.
A lot of times it's very difficult to get that "perfect balance" between superb usability and visual appearance. I must say that you've done a great job with
this. Additionally, the blog loads extremely quick for me on Chrome.
Superb Blog!

Look into my blog :: Avsallar villas
Also see my webpage > Avsallar Apartments

Reply
avatar