Muntah Lagi

11:26:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-(

Mommy El hari ni. Arissa muntah-muntah lagi. Sama macam yang lepas. Start muntah pukul 1 pagi lebih. Habis keluar yang dia makan. Paling banyak keluar epal. Nampak sangat dia tak kunyah betul-betul epal tu. Petang sebelum tu dia makan macam-macam.

Balik taska Mommy bagi cereal milo. Pastu buah epal Mommy potong-potong habis dekat sebijik epal fuji tu. Minum air soya 1 kotak Pastu malam makan nasi dengan ayam.

Banyak sangat kot. Sampai perut dia tak sempat nak proses.

Start muntah pukul 1 pagi. Tak sampai 5 minit muntah lagi. Pukul 2 pagi muntah lagi. Susu dai takmo minum. Bagus jugak. Kalau tak lagi banyak keluar. Baju dua kali tukar. Kain batik, napkin tak payah cakap la, penuh 1 baldi. Malam tu Arissa tidur pakai pampers je. Nasib dia nak selimut. Tu pun rasanya sebab dah tak larat sangat nak tujah selimut tu.

Bangun pukul 7 muntah lagi. Minum susu terus keluar balik. Keluar kut hidung sekali. Perut dah kempis. Habis nampak tulang rusuk. Pagi tu aje dalam 4 kali dia muntah. Mommy bagi ubat tahan loya sebijik lagi. Terus dia tidur. Lama. Tengahari baru bangun. Suapkan dia bubur nasi. Makan roti sikit. Pastu dia membuang.

Alhamdulillah!

Dr. Serena cakap kalau dia dah kentut atau membuang, tak muntah la lepas tu. Betul! Terus tak muntah dah. Lap-lap badan, dia tidur lagi. Pukul 2 dia tidur. Pukul 6 baru bangun! Penat betul agaknya.

Bangun tu Alhamdulillah dah ok. Dah start bekerja balik la dia ;-p

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Reyha
AUTHOR
February 26, 2013 at 1:53 PM delete

iietamalek : 2 la selera alhamdulillah selalu ada

Reply
avatar