Nasi Ayam Untuk Besday Girl

2:05:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Ini menu untuk besday girl weekend baru ni.

Mommy suka sangat kalau dapat masak menu yang boleh makan dari pagi sampai malam. Contohnya nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato. Husband tak kisah makan lauk yang sama dari pagi sampai malam. As long as Mommy masak. Hehe! Zalimkan ;-p

Mommy start masal pukul 8. Stok ayam dah siap buat malam sebelum tidur lagi. Ayam pun dah perap dari malam tadi. So kurang la sikit kerjanya.


Resepi ni Mommyambik kat blog tapi tak ingat dah blog mana. Sedap! Senang! Cepat!

Meh nak sharekan resepi.

Ayam untuk nasi ayam


Bahan-bahan:
Ayam yang dah direbus sampai empuk
Halia
Bawang putih
Kicap pekat manis
Sos tiram
Minyak
Gula
Garam

Cara masak:
Tumbuk/blend halis dan bawang putih. Sikit je halia ngan bawang putic tu. Macam nak sapu kat ayam.
Pastu masukkan bahan-bahan lain.
Peram la 1/2 - 1 jam. Lagi lama lagi sedap.
Pastu panggang. Mommy pakai pemanggang ajaib.

Nasi Ayam

Bahan-bahan:
Beras (Pakai basmathi best!)
Rempah 3 beradik
Bawang merah
Bawang Putih
Stok Ayam
Halia
Serai
Daun Pandan
Pewarna kuning
Garam
Minyak untuk menumis

Cara masak:
Tumis bawang dengan rempah sampai wangi.
Masukkan serai.
Masukkan beras kejap.
Pastu baru masukkan stok ayam, daun pandan, garam dan pewarna.
Masak la macam masak nasi.

Sos

Bahan-bahan:
Cili besar 2 biji
Cili padi 3 biji
Halia
Bawang putih 1 ulas
Cuka sikit
Stok ayam 1 senduk kecik
Garam
Gula 

Cara buat:
Blend je semua. Siap!

Kicap



Bahan-bahan:
Kicap manis
Stok ayam sikit
Garam
Gula

Cara masak:
Panaskan kejap atas dapur sampai semua hancur. Siap!

Sup

Bahan-bahan:
Stok ayam
Rempah 3 beradik
Garam

Cara masak:
Panaskan stok ayam. Masukkan semua bahan.
Nak hidang tabur la daun bawang daun sup.      

Senang je kan. Semua guna bahan yang sama. Arissa kalau makan ni memang banyak. Sampai Mommy yang kena stopkan dia. Makan nasi ayam Mommy suka letak salad butterhead buat alas ayam pastu parut timun. Husband tak makan kalau timun kalau potong biasa. Nak kata takde gigi penuh je nampak gusi tu. Hehe!



6 kawan cakap

Write kawan cakap
Ina Haireina
AUTHOR
February 19, 2013 at 3:55 PM delete

sedapnye tgk nasi ayam.. lapar pulak rasenye..

Reply
avatar
February 19, 2013 at 4:51 PM delete

Wah sama pulak menu kita..tp kitorg lagi zalim, boleh makan sampai 2 hari, hari ahad ngan smlm..perap ayam byk2, lg lama lagi sedap..cuma kuah sup je dah basi sebab xingt nak panas pagi2, make la nasi ayam kering nga sos kicap nga sos kepok(hak manis tu)...hikhikhik..aina suka sgt nasi ada color2 ni..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 21, 2013 at 9:53 AM delete

ina : ape laaaa.. sila masuk dapur masak yea. bahan2 yg rasanya semua rumah dah ada kan. hehe

yat : budok mmg suko bekali nasi hok tumis2 ni dih

Reply
avatar
❤Kamsiah❤
AUTHOR
February 26, 2013 at 7:59 AM delete

cantiknya rupa nasi ayam tu..kuning manj gitu hehe
akka pun jenis yg masak lauk,makan tghari smapi ke malam...malas nak mask byk kali hehe..

salam kenal& follow sini

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 26, 2013 at 1:54 PM delete

kak kamsiah : sukaa! sebab dapur maintain clean n clear kan. salam perkenalan gak kak

iietamalek : yummy!!!

Reply
avatar