Resepi Fish N Chips Best

2:09:00 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Ni nak share salah satu resepi peberet my Abah. Kalau dia datang tidur kat rumah, menu ni wajib kena buat. Suka betul la dia. 3 keping pun boleh habis. Seronok sangat tengok dia makan berselera. Maklum la bukan senang nak makan hasil air tangan anak perempuan dia yang sorang ni. Hehe!

Fish n chips!

Orang cakap masak western ni senang. Cepat. Memang betul tapi bila Mommy yang buat tak jadi cepat pun. Lagi-lagi kalau cik mek tu masuk dapur sama. Satu blok boleh dengar suara Mommy. Haha! Malu ok!

Jom kita buat!

Resepi Fish n Chips

Untuk ikan:

Mommy guna sutchi fillet beli kat Giant. 1 peket ada 4 keping. Boleh potong 2 sebab besar tau.


Mommy guna 2 keping je. Potong dapat la 4 keping. Ikan ni dah bersih. Jadi tak payah basuh dengan gigih sangat.

Dulu Mommy goreng celup telur kemudian tepung, pastu goreng. Ikan jadi cepat lembik. Sekarang Mommy buat macam ni.

Mula-mula celup ikan dalam tepung serbaguna KFC.


Pastu celup dalam telur.


Last celup dalam breadcrumbs.


Baru goreng. Goreng sampai dia keemasan. Kalau tak yakin isi dah masak ke belum. Cucuk la dengan sudip tu bagi minyak meresap ke dalam.

Dah siap jadi macam ni.


Makan fish n chips tak sah kalau takde salad. Salad Mommy simple je. Guna daun salad lettuce (kalau tak silap eja gitu), parut carrot, rebut ubi kentang yang dah potong dadu dan sedikit bawang besar yang di dadu halus. Gaulkan semua. Bila nak makan, senduk masuk pinggan baru picit mayonis dengan thousand island. Sedap!


Lagi satu yang perlu ada kentang goreng. Yang ni peberet cik mek kita.


Macam ni la rupanya bila susun dalam pinggan.


Malam tadi rasa macam sedap sangat la pulak fish n chip ni. Selalu tak sesedap tu. Hehe! Sebenarnya nak marah kan diri sendiri sebab malam sebelum tu Mommy buat meggi goreng tak sedap. 1st time husband cakap masakan Mommy tak sedap. Tawar dan kering. So malam tadi balas dendam la. Bagi dia makan sampai terus tidur lepas tu. Tak sempat dia nak ngadap internet. Haha!

Mission accomplish!

5 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
March 5, 2013 at 3:15 PM delete

mummy....datang uma saya laa tolong masakkan. take home chef...hehe

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 7, 2013 at 4:10 PM delete

kahkahkah.. sy jd chef awk kena jd babysitter la. ngasuh cik mek. hehe

Reply
avatar
Herni Hakimi
AUTHOR
May 11, 2013 at 11:08 AM delete

sdap n simple...saya baru cuba mlm tadi..

Reply
avatar
June 19, 2013 at 12:06 PM delete

Salam.. saya baru cuba hari tu..tapi yang sadis nya tak menjadi..nape ye tak menjadi... sob sob sob T_T

Sis pakai kuali jenis apa ye masa menggoreng..minyak banyak mana...

Lepas tu breadcrumb tu sis beli kat mana ye..nampak crunchy n kaler dia cantik..breadcrumb sy beli kat Giant tu kaler tak oren mcm sis punya..sob2..

Minta tolong beri tunjuk ajar kepada saya...huhuh...

ni email saya tau nurneraca1985@gmail.com

Reply
avatar