Resepi Spaghetti Bolognese Cepat

4:15:00 PM 6 Comments A+ a-

Mood mini chopper masih tak hilang lagi. Hehe! Layankan aje lah sementara tengah rajin ni kan. Lepas ni kalau angin malas datang makan megi la jawabnya.

Ni antara kegemaran husband. Kalau masak dinner benda ni, breakfast pun dia boleh makan lagi. Tapi kalau nasi tak pulak. Konon dah basi. Cehh!

Bahan-bahan sangat simple.

Daging kisar. Boleh beli Ramly atau daging kisar yang timbang. Yang tu lagi halus. Takde urat-urat lemak bagai. Campur sikit dengan ayam cincang pun lagi sedap. Gambar lupa nak snap.

Bawang besar, bawang putih dicincang.


Siap cincang! Tak perlu lagi kung kang kung kang mencincang. Hehe!

 

Buah tomato. Letak la sebijik dua. Lagi masam lagi sedap. Nak pakai puri pun boleh. Tapi kalau buah yang dicincang ni lagi best sebab nanti makan ada ketul-ketul gitu.


Siap! Hehe! 


 Cendawan. Ni mommy pakai shitake. Cendawan butang pun best.


Last sekali yang paling penting. Pes spaghetti la. Mommy pakai brand Kimball sebab ada yang cakap prego diragui. Emm tak sure la yea ke tak.

Sumber: Google
 
 Caranya pun mudah je.

Tumis bawang sampai layu.
Masukkan daging cincang.
Bila dah masak masukkan sos spaghetti.
Tambah air sebab pekat sangat.
Masukkan tomato.
Letak la garam gula.
Siap!

Makan spaghetti ada meatball baru syok.

Mommy pun try la buat since dah terlebih beli daging cincang. Main belasah je ni.

Bahannya daging cincang, bawang merah yang dicincang, serbuk lada hitam, mix herb, telur dan garam.

Gaul la. Pastu kepal-kepal goreng.

Gambar dah siap tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat. :-)

6 kawan cakap

Write kawan cakap
Ina Haireina
AUTHOR
February 14, 2013 at 7:37 PM delete

boleh try ni.. baca cara2 rase sedap ni.. hehhe..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 15, 2013 at 9:05 AM delete

sila..sila.. ni gaya org xcukup masa nak masak. tp insyaAllah konpem sedap!

Reply
avatar
syazul rajion
AUTHOR
June 7, 2013 at 1:31 AM delete

mix herb tu maksudnya?

Reply
avatar
Nurul Adilah
AUTHOR
June 11, 2013 at 5:37 PM delete

wah sedap ni...bole try nt...
pndai akj masak :-)

Reply
avatar
ReyhaEphyra
AUTHOR
January 14, 2015 at 2:23 PM delete

Mix herb ada jual dalam botol kat supermarket. Sy pakai yg Mc Cormicks

Reply
avatar
ReyhaEphyra
AUTHOR
January 14, 2015 at 2:24 PM delete

Pamdai campak je pun. haha!

Reply
avatar