Yeyyyy!! Mini Chopper

10:42:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Minggu ni Mommy dapat assistant baru kat dapur kecik kami. Alhamdulillah dah lama teringin nak beli tapi asyik tertangguh.

Bendanya bukan la mahal pun. Tapi Mommy suka.

Ni benda nih....


Comey tak? Kiut kan! Hehe

Selalu tengok kat kedai elektrik OnKing the Strand. Yang tu brand Kenwood. Harga sebelum ditawar RM119. Hmm... Kalau yang harga 100 ke atas ni Mommy risau nak bisik kat Papa, takut nanti kalau guna kejap je, nanti dia bising. Pendam la dulu hasrat tu.

Hari Sabtu kami ke OU. Alasan nak cari kasut Arissa. Kaki budak kecik tu cepat betul membesar. Sekarang dah pakai saiz 5 -6. Huhu. Jenuh la tiap bulan nak kena beli kasut baru. Solutionnya sekarang kalau nak beli kasut kena beli yang 1 saiz lagi besar dari kaki dia. Dapat la pakai 3-4 bulan.

Beli kasut bayar kotak je. Kasut bagi Arissa pakai. Testing saiz sebenarnya tapi dia kalau dah sarung kasut jangan harap la boleh cabut balik. Masalahnya bila dah pakai kasut mula la takmo duduk dalam stroller. Terpaksa la Mommy buat aksi stunt sikit nak baik dia tak bosan duk dalam tu.

Mood Papa ok pulak hari tu. Boleh la round kat barang elektrik. Geram betul tengok barang-barang letrik kat situ. Semua nampak comeyyyy! Tetiba nampak mini chopper ni. Terus bagitau Papa bahawasanya dah lama Mommy duk cari benda ni. Pastu buat muka kesian. Tetiba Papa tanya "Nak ke? Ambik lah". Yeyyyy!!! Rasa macam cramp pipi duk sengih. Hehe. walaupun benda tak mahal, tapi kalau dah mengidam, lain rasanya bila dah dapat. Thanks Bie!!!!

Balik rumah terus semangat nak masak. Arissa pulak dah mengantuk. Sampai je rumah, masuk buai terus lena. Alhamdulillah!

Terus start kupas bawang. Nak test si comel nih.


Papa bunyi je mini chopper ni terus masuk dapur. Excited nak tengok. Bunyi dia perlahan je. Secomel tuan dia la.

Hasilnya....





Dia tak hancur macam kita blend. Dah nama pun chopper kan. Tapi takpe. Mommy suka! Puas hati dah ada depan mata.

Makanya tengahari tu makan nasi tomato dengan ayam masak merah la kami :-)

2 kawan cakap

Write kawan cakap
February 21, 2013 at 10:15 AM delete

Berapa ya ni ha? comel sungguh la, kenan jugak la kito..kalu rm50 nak beli etek..hikhik

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 25, 2013 at 4:37 PM delete

RM69. duk cari lamo doh bendo ni. tgk hargo brand lain ado RM75 sapa 100 lebih. jumpo hok ni muroh sgt doh. chop2 siap2 untuk 2-3 hari. sene nok masok

Reply
avatar