Kena 'Pau'

1:00:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Dah 2 kali Mommy ke 'pau'. Nasib baik tak banyak. Sekali kena RM3. Kalau kena banyak lagi pening jugak nak cakap kat dia.

Tukang 'pau' tak ada orang lain laa.. 

Ni budak tecik ni...


Kalau masuk kereta lepas ambik dia dari taska, dia akan cakap "Popok popok!". Nak benda untuk dikunyah la tu. Mommy singgah kat stesen minyak. 

Mula-mula bagi dia roti 70sen tu. Tapi bila nak bayar dia nampak kat depan kaunter tu rak coklat. Hmmm... terus letak balik roti tukar dengan coklat. Yea Mommy tau tak elok tapi bukan selalu :-p

Kusyuk duk makan.


Sampai muncung mulut. Haha!


Breastfeeding Journey Mommy Hampir Tamat

11:24:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Tajuk bukan main kan. Macam la fully BF anak sampai 2 tahun. Hehe! Tapi takpe. 6 bulan pun Mommy dah puas hati dapat fully BF Arissa. InsyaAllah nest kita cuba panjangkan lagi tempoh tu.

Arissa mula Mommy bekalkan dengan FM bila masuk umur 6 bulan plus-plus. Mommy masih bekalkan EBM, tapi backup dengan 2 - 3 FM yang disukat siap-siap. Masa tu demand EBM dia sangat tinggi. 5oz x 6 - 7 botol. Mommy ni pulak jenis tak banyak stok. Tak tau la Arissa yang minum banyak atau taska dia tak terer nak handle EBM. Huhu!

Tapi balik rumah memang fully BF sampai la umur dia 9 bulan. Lepas tu susu Mommy makin kurang dan penyakit malas mengepam yang sangat-sangat kuat melanda. Haha! My mistake la tu. Kalau sebelum tu beli susu yang 600g tahan la untuk 3 minggu. Tapi start dari 9 bulan tu, Mommy dah kerap kena beli stok FM. Serius belanja tetiba naik mendadak. Lain sangat rasa masa dia BF dulu.

Arissa masuk umur 1 tahun, Mommy dah tak bekalkan EBM ke taska. Sebab memang dah tak pam. Kalau rasa Cik B bengkak, terus direct bagi kat dia. 

Sekarang ni sejak awal bulan Mac 2013, umur dia 21 bulan @ 1 tahun 9 bulan, dia dah kurang mintak untuk DF. Biasa kalau balik dari taska Mommy kena baring bagi dia minum dulu. Takpun kalau kita tengah baring, dia akan datang tarik-tarik, selak baju. Sekarang dah tak. Kalau Mommy DF pun kejap je. Pastu dia akan cakap "Sussuuu". Tak kenyang la tu. Minta kita bancuhkan FM. Malam pun macam tu jugak. Dia akan cakap "Sussuuu". Bangun la Mommy dengan mata tak boleh nak bukak sebab mengantuk nak bancuh susu.

Sedih pulak rasa bila dia dah tak mintak. Dulu masa dia tengah aktif mengigit memang rasa nak stop DF tapi kesian sebab pikir tak lama lagi dia dah nak 2 tahun. 

Hmmm

Agak-agak sempat ke cukup 2 tahun ni... Wallahualam.

Arissa Jumpa Kembar Di Midvalley

4:34:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

16 Mac 2013

Gambar sambungan dari entry Tahi Lalat Pertama.

Budak-budak memang sukakan cermin kan. Ke anak Mommy je? Hehe!

Ni kejadian di MidValley. Dia mengamuk duduk dalam stroller. Keluarkan terus terkan cermin. Dia ingat kawan kot.


Dah puas tilik muka sendiri, tiba-tiba mood down. Tak tau mana yang tak kena. Tiba-tiba je nak nangis. Tambah-tambah bila budak promoter tu tegur dia. Alahaiiii... pemalunye la sangat dia!

Merajuk!
Ajak masuk fitting room terus ceria balik. ORang tak ramai. Seronok la dia masuk keluar dari bilik ke bilik. Tunggu Papa nya shopping memang macam ni yea Mommies.

Tapi kalau turn Mommy shopping baju Mommy, punya la dia suruh kita cepat. Kadang sampai salah ambik saiz. Waaaaaa....!


Ok dah itu aje. K bye!

Tahi Lalat Pertama

12:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Fuhh penat. Penat mengarang entry 'Surirumah'. 1 minggu baru siap. Taip sikit-sikit.

Kali ni letak gambar je la lebih. Terapi mata dan minda :-)

16 Mac 2013

Posing sambil tunggu Papa panaskan engin kereta dan sejukkan aircond.

Hari Papa ajak ke MidValley. Nak cari jeans untuk pergi kerja. 

Arissa mood ok hari ni. Bila panggil dia pandang kamera tapi muka mantain macam tu la dia.


Kesian Arissa pakai baju budak umur 1 tahun. Hehe. Ala sayang la baju masih baru lagi. Baru berapa kali je pakai. Lagipun Mommy tengok macam comey pulak pakai baju kecik seksi nampak pusat. Oopppssss!


Budak ni asal kita bagi kebebasan jejak tanah mesti takde kerja lain. Kutip batu. Pantang kita leka, masuk mulut!




Nasib baik sempat tengok. Dah nak ngap pun. Tapiiii... Ehhhhh... Ada sesuatu la...

Arissa dah ada tahi lalat la. Yeyyy sama ngan Mommy!

Tangan kanan tu dalam bulatan.


Dari dia baby lagi Mommy selalu belek badan dia. Takde satu pun tahi lalat. Magic kan. Macamana tahi lalat ni terjadi eh? Betul ke lalat yang ukk ukk kan? Hmmm

Risaunya takut Arissa esok jadi macam Mommy. Boros! Haha

“Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah”

11:32:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)


First time Mommy dapat tag ajak join contest mengarang macam ni.
Maklum la blog tak glamer. Blogger pulak SS. Hehe!

Tajuknya 'Aku Seorang Surirumah' dianjurkan oleh http://bardboo.com

Mommy bekerja 8 - 5 sehari. Tapi pukul 7am dah turun rumah sebab office jauh.
Sampai rumah pukul 6pm.
Title 'Surirumah' bermula jam 6pm pada hari bekerja dan fulltime pada hujung minggu.

Rutin 'Surirumah' hari bekerja (Isnin - Jumaat)

6:00am - 5:00pm
Alarm hp bunyi. Ringtone yang paling rancak Mommy set takut tak dengar. Matikan alarm. Set balik 10 minit masa kecemasan. Tidur balik! Hehe
Bangun mandi, solat Subuh, iron baju. Pakai baju tapi kain belum sebab kejap lagi nak tukarkan pampers Arissa. Pakai bedak. Makeup nanti sambung dekat office. Pakai tudung. Ok. Siap bahagian atas. Haha!

Kejutkan Arissa. Kadang Papanya pun kena kejutkan jugak kalau dia tak set alarm. Budak kecik tu suka tidur lewat. Jadinya pagi-pagi Mommy kena pangku dia kemudian dirikan depan bilik air. Tang ni memang tak sampai hati. Dia tengah tidur nyenyak. Huhu. Sori dik... Mommy terpaksa... :-(
Tukar pampers, gosok gigi, pakaikan pampers balik, pakai seluar. Siap!
Mommy buatkan susu. Kadang dia minum sebelum turun, kadang dalam kereta, kadang takmo minum.

6.45 turun ke kereta. Mommy bawak beg-beg. Papa dukung Arissa.
Lepas hantar Arissa ke taska, Mommy race ke office.

5:01 - 6:00pm
Mommy antara orang yang terawal touch card untuk balik. Kadang besoknya tengok touch out pukul 4.59 Nasib laaa. Pukul 5 otak memang dah teringak kat anak.

Sampai taska around 5:30pm. Sampai rumah 5:50 - 6pm.
Kalau tangga basah sebab hujan, Mommy dukung Arissa naik tingkat 4. Kebas tangan tapi takpe asal cepat sampai.

Sampai rumah, on-kan tv. Buka channel 613 - Agent OSO untuk Arissa. Tercongok la dia depan tv tu.
Mommy terus ambik peluang mandi. Tapi kalau mandi sebelum Papa balik, maknanya mandi koboi je la. Jangan harap nak bersyampu bagai, kejap lagi ada yang meraung. Dah siap, solat Asar pulak. Sebelum boleh duduk depan tv, keluarkan bahan-bahan untuk masak letak dekat sinki.

Papa sampai rumah pukul 7pm. 
Mommy layan channel 703 @ 707 sejam. Lepas solat Maghrib baru start bertukang dekat dapur. Masak ala kadar je sebab 2 mulut setengah je makan. Mommy masak lama yea walaupun 2 menu je. Agak cerewat bab-bab potong-memotong ni. Suka susun bahan-bahan macam nak masuk rancangan masakan.

Selalu dinner lepas Isyak. Sambil makan sambil suapkan Arissa.
Siap makan, kemaskan meja kosongkan sinki. Siapkan bekalan Arissa untuk besok pulak.

Dalam pukul 10 baru boleh join dua beranak tu lepak depan tv. Pukul 11 berarak masuk tidur.
Tengah malam insyaAllah bangun 1 - 2 kali untuk bancuh susu Arissa. Budak tu minum sikit sangat. Tak sampai 1 oz pun. Hishhhh...! Tu yang Mommy geram tu. Rasa macam tak berbaloi bangun.

Ok tamat rutin 'Surirumah' hari kerja.

 Rutin 'Surirumah' hujung minggu (Sabtu & Ahad)

7 - 10 am
Hujung minggu dapat la qada' balik 1 - 2 jam waktu tidur. Eh jangan ingat Mommy tak solat Subuh yea. I bangun solat macam hari kerja, then baru tarik selimut balik. Hehe. Kalau weekend, Arissa yang jadi jam loceng Mommy. Dia akan bangun bukan tutup laci almari. Terus Mommy lompat bangun takut dia ambik benda-benda kecik masuk mulut. Bangun, cuci muka, buat simple breakfast. Kalau time rajin, nasi ayam pun ada untuk breakfast. Bawak sampai ke dinner. Hehe! Sambil tu kutip baju masuk dalam mesin. Pastu baru mandi dengan Arissa. Ooppppssss!

10am - 12pm
Aktiviti wajib ke Giant beli barang dapur. Beli bukan main banyak konon nak buat stok. Tapi asal hari Sabtu je ajak husband ke Giant lagi. Alasan nak beli barang dapur. Haha! Tapi nasib baik dia ok.

1 - 2pm
Kemas barang-barang yang dibeli. Sediakan bahan untuk masak tengahari. Mandi. Solat. Baru masak. Owhh lupa. Sebelum start masak, tidurkan Arissa dulu. Ini memang wajib. Asal balik mana-mana je dia mesti tidur.

2 - 7pm
Lunch. Arissa selalu bangun lepas kitorang lunch. So lagi sekali Mommy akan lunch sambil suapkan Arissa. Kemas rumah. Mommy cuma vacum rumah hari Ahad sebab kalau vacum hari Sabtu, dua orang itu akan tetap sepahkan rumah. Pastu baru boleh baring depan tv.

7 - 11pm
Mandi. Mommy suka mandi dengan Arissa. It's bonding time! Eh! Tapi Mommy tutup apa yang patut yea. Lagipun bila mandi sekali berdua, lagi cepat tau. Takde la Mommy nak kena basahkan kaki 2 kali. Siapkan Arissa dengan baju tidur. Solat Maghrib. Masak @ panaskan makanan untuk dinner.
Lepas dinner, lipat kain. Owhh tak sukanya! Basuh baju. Jemur baju. Iron baju Mommy ok. Tapi bab melipat ni liat betul la.

Dah siap, join Arissa tengok tv. Golek-golek sampai dia lena. Kemudian dua-dua pun lena. Husband kejut suruh tidur dalam bilik. Arissa dia dukung masuk bilik. Tapi Mommy dia suruh jalan sendiri. Huhu!

Besoknya hari Isnin rotate balik rutin hari bekerja. Begitulah seterusnya selagi Mommy masih bekerja.

Tak teringin ke nak jadi surirumah sepenuh masa? Huhu! Jangan tanya la. sangat-sangat NAK ok. Tambah lagi bile kena masuk meeting yang pukul 6.30pm pun takde tanda nak stop lagi. Huhu! Dan-dan tu jugak msg husband cakap nak resign. Seronokkan Mommies yang jadi suririmah fulltime. Penat memang tak payah cakap la. Mommy pun paham. Tapi yang penting anak depan mata. Kalau tanya apa cita-cita Mommy sekarang ni. Mommy nak jadi FULLTIME HOUSEWIFE tapiiiiii dengan syarat ada pendapatan sampingan yang sama atau lebih dari gaji sekarang. Hehe! InsyaAllah. Akan diusahakan. Doakan yea Mommies. Teringin sangat nak hantar sendiri anak ke sekolah nanti......

Mata Kanan Pulak!

12:20:00 PM 3 Comments A+ a-

Semalam masa sampai kat taska, terus pengasuh dia cakap
"Akakkk... nak bagitau ni. Mata Arissa ada luka sikit. Jatuh. Saya dah cakap jangan lari tapi dia tak dengar"
Terus muka Mommy berubah. Hishhh..! Kita hantar sebab suruh jaga. Kita bayar bukan mintak tolong free. Mommy tengok mata Arissa. Hujung belah kanan ada kesan luka.



Mommy tanya la Arissa jatuh kat mana? Dia nangis tak? Berdarah tak? Semua dia cakap tak. Biar betul. Takkan luka macam terkena bucu dia tak nangis. I know my daughter la. Tinggi suara sikit pun dah nangis.

Hmmm...Mommy nak cakap apa lagi kan. Benda dah jadi. Cuma Mommy minta dia perhatikanlah time budak-budak main. Jangan biarkan je.

Otw balik dalam kereta. Mommy tanya Arissa sakit tak? Dia tunjuk kat mata sambil cakap dengan nada suara sedih manja-manja "Atitt nyehhh"
Huhu!
Dia memang gitu. Kalau kita tanya sakit ke tak mesti nada suara terus berubah. Kesiannya la kan.Dah la hari Isnin baru ni bawah mata kiri dia lebam. Bila tanya cakap kena gigit nyamuk. Bapak punya nyamuk tu!

Papa sampai rumah terus Mommy mengadu. Belek la muka anak dara dia. Pastu cakap "Bilo Arissa nok buleh kecek ni. Buleh Arissa oyak ko Papa gapo Ibu wat ko Arissa".

Hehe! Tau pun concern. Sebelum ni kalau Mommy ngadu apa-apa pasal taska, mesti dia cakap Mommy nak cari gaduh ngan taska. Eh plissss ehhhh! Bab anak NO kompromi OK!

Jom Test Loading Time Blog

10:49:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Mommies... perasan tak blog Mommy sekarang ni slow sikit nak load?
NI semua jadi lepas Mommy duk godek-godek tukat background, letak gambar, makeup-makeup, touchup-touchup la ni. Tapi gambar semua Mommy dah resize kecikkan saiz dia.

NI Mommy ada jumpa satu website untuk test loading time website/blog/portal atau apa-apa site lah.
Cer Mommies try masuk sini

http://tools.pingdom.com/fpt/

Ni result yang Mommy dapat untuk blog ni


Loading time aje dah 24.37 second!

Loading time yang sepatutnya adalah kurang dari 10 saat. Ni mengikut kriteris penilaian masa Mommy jadi pengadil untuk pertandingan website dan portal baru-baru ni.

Kalau tengok result yang dia bagi tu, loading time untuk gambar tak lama. Yang lama untuk keluarkan widget yang kita add on kat blog.

Nanti nak try buang apa yang patut. Tak suka betul tengok simbol bulat kat browser tu asyik duk berpusing-pusing. Maknanya ada benda yang tak habis load lagi la tu.

Itu la Mommy... semua benda pun nak taruk kat sini ;-p

Hasil Dari My Dear Warehouse Sale

5:00:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

3 Mac 2012

Hasil tangkapan di Warehouse Sale My Dear


Agak lewat beli gate ni. Patut beli sebelum Arissa start merangkak lagi. Tapi itu la. Masa tu ingatkan takde pagar yang muat dengan pintu dapur rumah ni.

Tapi Alhamdulillah pagar ni sangat-sangat membantu Mommy. 
Nasib baik tak ikut bisikan halus Papa yang asyik cakap "Eleh tengok la pahni mesti Arissa ngamok"
Hmmm takde pun yea. Dari hari pertama pasang which is malam tu jugak. Ok je dia.
Sampai la hari ni, takde pun menangis nak ke dapur.
Dapat la Mommy masak dengan aman. Baru la masakan pun sedap sebab masak dengan hati dan perasaan yang tenang. Ewahhhh! Haha!

Harga masa tu RM104. Sangat berbaloi dan under budget. Syukur!

Sales Groupon Boleh Percaya Ke?

2:44:00 PM 0 Comments A+ a-

Arghhhhhh...!
Geramnya!!!!!

Tengok ni......



RM199 ok!!! Mommy beli RM329! Eh nasib baik bukan Mommy punya duit. 
Boleh percaya ke ni? Ok ke agak-agak eh? Sebab Tefal ni ada 2 saiz. Yang kecik 1 liter kalau tak silap. Tapi yang tu pun harga dia RM2++. Condition yang dia jual ni sama macam yang kat kedai ke? 
Hmmmm... sedih :-(

Mommies kalau ada yang beli rice cooker melalui groupon ni bagitau yea ok ke idok.

Profile Picture FB | Model Ray Ban

11:30:00 AM 4 Comments A+ a-

Ehem... Ehem... 
Hii Mommies...!!! 


Profile picture Facebook Mommy yang terkini.
Jom share apa Mommies punya profile picture FB guna sekarang.

Update Arissa @ 21 Months

10:55:00 AM 0 Comments A+ a-

17 Mcc 2013
Dah boleh sebut nama sendiri. "Aaayissa". Tapi cara dia sebut tu macam orang lidah lembik. Lidah memang lembik kan tapi kan ada satu slang orang bercakap bunyi macam tu.

Dah boleh sebut "ciken". Nasi dah kurang sangat sekarang ni. Asyik nak chicken. Kalau nampak kita suap nasi campur ayam terus cakap "aaasirr". Maknanya tok sir atau takmo.

Suka sangat tiru gaya orang. Kalau tengok video clip lagu-lagu peberet dia terus goyang badan, hayun tangan, geleng kepala ikut vodei clip.

Suka tiru orang batuk dan bersin.

Suka buat-buat batuk kesian bila kena marah. Asal kita marah je, terus dia "Uhukk... uhukkk". Hishhhh!

27 Mac 2013
Boleh buat bunyi baru tapi Mommy tak reti nak eja. Mommy dah rekod

"angun laa" = bangun la. Sambil tangan duk goyang badan kita. Sekarang senang je nak suruh Papa dia bangun. Mintak anak tolong kejutkan. Hehe

"Athu" = hantu. Yang ni kitorang tak pernah ajar dan rasanya tak pernah usik dia dengan perkataan ni. Tiba-tiba je dia sebut. Belajar kat taska la agaknya

Macam-Macam Arissa

10:49:00 AM 0 Comments A+ a-

Gaya budak zaman sekarang.


Asal letak dalam stroller je terus nak berdiri cecah kaki kat lantai.
Bila jalan kat mall mesti orang pandang-pandang.
Dah macam nak tersembam pun ada budak ni.
Tapi Mommy tak boleh nak buat apa. Itu salah satu cara dia tunjuk tanda dah bosan.
Biasa tak pakai kasut. Kaki ayam atau berstokin je.
Tapi bila dia dah selalu buat macam ni, habis hitam hujung kaki dia.
Terpaksa la pakaikan dia kasut. Pastu mula memberontak nak berjalan sendiri.

Sekarang dia dah tak boleh buat gaya macam ni sebab Papa dah ketatkan seatbelt. Haha!

Periuk Nasi Ajaib

10:49:00 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

9 Mac 2013

Alhamdulillah!

Akhirnya lepas penat kitorang tawaf mall nak cari periuk ni, last-last balik ke kedai asal. Sebenarnya tak plan pun nak beli. Tak pernah berhajat pun nak. Bila orang tu tanya nak apa, terus blur tak tau nak pikir. See untung U bie dapat isteri macam I. Walaupun suka membebel tapi tak pernah mintak yang bukan-bukan. Hehe!

Last week kitorang ke Paradigm Mall. Makan kat Nando's.
Ada budak berjoget atas meja dengan mulut itik. Hehe.

Punya la dia berjoget tak senang duduk lain macam. Rupanya ada barang dalam pampers. Satu hal pulak Mommy kena pergi tempat parking ambik pampers dalam kereta. Pastu tolak stroller laju-laju ke toilet. Nasib baik toilet kat situ best. sangat bersih! Pastu tak ramai orang.

Dah siap makan, jalan-jalan pusing tengok kedai apa ada kat situ. Dalam otak tengah pikir lagi nak beli apa ni. Rugi kalau tak ambik orang dah offer. Nak beli baju takut nanti bukan pakai sangat. Handbag lagi la malas nak bawak. Last-last galas beg Arissa jugak.

So masuk la kami ke Harvey Norman. Husband suruh tengok food prosessor sebab dah bosan agaknya dengan isteri dia ni asyik meroyan tengok food prosessor Jamie Oliver dalam Jamie's 15 Minutes. Haha! 

Tapi bila tengok harga. Fuhhh.... Baik tak payah. Membazir! Sampai RM800. Nak prosess apa la sangat. 

Tetiba husband tunjuk benda ni


Hmmm macam menarik. Tapi dia ni memang la. Bijak betul nak bagi hadiah pun. Dia pilih benda yang bagi keuntungan untuk semua. Tapi takpe. Mommy suka. Memang sekarang ni tengah gilakan barang dapur. Kalau boleh semua jenis mesin untuk kegunaan dapur Mommy nak. Walaupun kemungkinan nak guna tu cuma sekali dalam 2 -3 bulan. Hehe.

Mommy nak Tefal. Kes terpedaya dengan iklan la ni. Husband suggest ambik yang stainless steel. Tapi Mommy kesian sebab harga beza sampai RM100. Mintak yang putih sebelah kiri ni.

Bila check stok dah takde la pulak. Dia cakap next week baru masuk stok baru. Takpelah kita datang next week la. At least Mommy ada alasan tak masak nasi 1 minggu. Haha!

Otw balik, husband cakap singgah Ikano la tengok kat sana pulak. Masa tu dah pukul 4 lebih. Aihh lain macam je dia ni. Biasa kalau keluar, tawaf 1 mall dah penat. Ok! Mommy on je. Sekali kat sana pun dah habis. Hmm takde rezeki.

So hari ni ke Paradigm Mall lagi la kami. Terus ke Harvey Norman. Salesman pun dah cam muka kitorang.

Bila sampai tu, Mommy konfius la pulak. Ada dua jenis Mommy berkenan. Hitachi kaler merah kat bawah ni



Dengan Tefal. Hmmm

Tapi husband dah cakap ambik Tefal je sebab nasi lagi sedap. Aikk? Dia pun dah terpedaya dengan iklan. Haha! 

Akhirnya kami pilih yang ni...


Harga asal RM379. Last week dia bagi RM345. Hari ni dia bagi RM329! Kat Lazada offer RM304 tapi Mommy tak berani nak beli sebab takut apa-apa banyak hal pulak nak pos ke sana sini.

Tefal Fuzzy Logic Rice Cooker. Kira ala-ala smart cooker la ni. Sebab boleh masak macam-macam. Moleh masak nasi, bubur, steam, bakar ayam pun boleh, buat kek pun boleh. Semuanya bergantung pada mood rajin atau malas ;-p

Happy 21 Month Lil' Arissa

9:48:00 PM 3 Comments A+ a-

Alhamdulillah

17 Mac 2013

Arissa dah 21 bulan @ 1 tahun 9 bulan

Dah banyak vocab baru. Dah banyak boleh faham arahan yang kita bagi.
Kesihatan pun alhamdulillah. Tapi inject yang 18 bulan belum ambik lagi. Asyik tunda. Appointment pun penuh. Tarikh yang dapat 1 April 2013. Huhu!

Owhhh Mommy lupa. Anak dara ni sekarang makin pemalu! Depan orang lain je la.

Semoga Arissa membesar dengan sihat, cerdas, cergas dan sentiasa dalam lindungan ALLAH.
Amin.

Gambar pada hari ulang bulan ;-p

Masih susah nak bergambar. 



Bekal Ke Taska

4:44:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Bila dah seminggu tak tulis entry mula la rasa malas nak mengarang. Pastu mula la tangguh-tangguh. Draft dah banyak tapi mood takde.

Sekarang ni Arissa dah tak bawak bubur ke taska. Dia dah makan makanan yang taska sediakan. Mommy dengan rasminya stop bagi bekalan bubur kurang seminggu sebelum kami balik cuti raya 2012.

Tapi sekarang ni dia nak kena bawak bekal biskut pulak. Taska ada bagi snek untuk minum petang. Tapi ni untuk dia kunyah pagi-pagi. Kalau tak dia akan ambil makanan orang lain. Tapi budak tu walaupun dah bawak bekal, yang orang lain jugak dia berkenan.

Ada sekali tu, sampai je taska, dia dah pegang bekas biskut. Ada sorang budak kecik sikit dari dia duk bersusah payah nak bukak plastik roti gardenia 70sen tu. Selamba je dia tarik roti budak tu. Eh berani pulak cik mek ni. Mommy cakap la tak boleh tu orang lain punya. Mommy ambik bagi budak tu balik. Tapi dia ambik lagi. 2 - 3 kali macam tu. Mommy mintak pengasuh dia bukak bekas biskut dia. Bila dah bukak, budak tadi pulak datang nak makan biskut Arissa. Pandai pulak cik mek tu tepis tangan budak tu. Amboi!!! Dia punya kedekut tapi orang punya dia nak.

So sekarang ni bertambah la satu lagi bekas bekal ke taska Arissa. Mommy letak bekal dia dalam beg ni.


Beg beli kat Mr. Diy je. Murah RM2.30!

Senang sikit tak bercampur dengan beg baju masam dia.

Ni isi dalam. Botol susu belum letak. Biasa botol susu pagi baru masukkan lepas dia minum.


Malam sebelum tidur ni la kerja Mommy. Siapkan bekal dia.


Susu 2 bekas masih letak dalam container, air sebotol, biskut sebekas dan botol susu. Kalau tak sempat siapkan malam, alamatnya merah la attendance Mommy besok pagi. Huhu!