Bekal Ke Taska

4:44:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Bila dah seminggu tak tulis entry mula la rasa malas nak mengarang. Pastu mula la tangguh-tangguh. Draft dah banyak tapi mood takde.

Sekarang ni Arissa dah tak bawak bubur ke taska. Dia dah makan makanan yang taska sediakan. Mommy dengan rasminya stop bagi bekalan bubur kurang seminggu sebelum kami balik cuti raya 2012.

Tapi sekarang ni dia nak kena bawak bekal biskut pulak. Taska ada bagi snek untuk minum petang. Tapi ni untuk dia kunyah pagi-pagi. Kalau tak dia akan ambil makanan orang lain. Tapi budak tu walaupun dah bawak bekal, yang orang lain jugak dia berkenan.

Ada sekali tu, sampai je taska, dia dah pegang bekas biskut. Ada sorang budak kecik sikit dari dia duk bersusah payah nak bukak plastik roti gardenia 70sen tu. Selamba je dia tarik roti budak tu. Eh berani pulak cik mek ni. Mommy cakap la tak boleh tu orang lain punya. Mommy ambik bagi budak tu balik. Tapi dia ambik lagi. 2 - 3 kali macam tu. Mommy mintak pengasuh dia bukak bekas biskut dia. Bila dah bukak, budak tadi pulak datang nak makan biskut Arissa. Pandai pulak cik mek tu tepis tangan budak tu. Amboi!!! Dia punya kedekut tapi orang punya dia nak.

So sekarang ni bertambah la satu lagi bekas bekal ke taska Arissa. Mommy letak bekal dia dalam beg ni.


Beg beli kat Mr. Diy je. Murah RM2.30!

Senang sikit tak bercampur dengan beg baju masam dia.

Ni isi dalam. Botol susu belum letak. Biasa botol susu pagi baru masukkan lepas dia minum.


Malam sebelum tidur ni la kerja Mommy. Siapkan bekal dia.


Susu 2 bekas masih letak dalam container, air sebotol, biskut sebekas dan botol susu. Kalau tak sempat siapkan malam, alamatnya merah la attendance Mommy besok pagi. Huhu!