Breastfeeding Journey Mommy Hampir Tamat

11:24:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Tajuk bukan main kan. Macam la fully BF anak sampai 2 tahun. Hehe! Tapi takpe. 6 bulan pun Mommy dah puas hati dapat fully BF Arissa. InsyaAllah nest kita cuba panjangkan lagi tempoh tu.

Arissa mula Mommy bekalkan dengan FM bila masuk umur 6 bulan plus-plus. Mommy masih bekalkan EBM, tapi backup dengan 2 - 3 FM yang disukat siap-siap. Masa tu demand EBM dia sangat tinggi. 5oz x 6 - 7 botol. Mommy ni pulak jenis tak banyak stok. Tak tau la Arissa yang minum banyak atau taska dia tak terer nak handle EBM. Huhu!

Tapi balik rumah memang fully BF sampai la umur dia 9 bulan. Lepas tu susu Mommy makin kurang dan penyakit malas mengepam yang sangat-sangat kuat melanda. Haha! My mistake la tu. Kalau sebelum tu beli susu yang 600g tahan la untuk 3 minggu. Tapi start dari 9 bulan tu, Mommy dah kerap kena beli stok FM. Serius belanja tetiba naik mendadak. Lain sangat rasa masa dia BF dulu.

Arissa masuk umur 1 tahun, Mommy dah tak bekalkan EBM ke taska. Sebab memang dah tak pam. Kalau rasa Cik B bengkak, terus direct bagi kat dia. 

Sekarang ni sejak awal bulan Mac 2013, umur dia 21 bulan @ 1 tahun 9 bulan, dia dah kurang mintak untuk DF. Biasa kalau balik dari taska Mommy kena baring bagi dia minum dulu. Takpun kalau kita tengah baring, dia akan datang tarik-tarik, selak baju. Sekarang dah tak. Kalau Mommy DF pun kejap je. Pastu dia akan cakap "Sussuuu". Tak kenyang la tu. Minta kita bancuhkan FM. Malam pun macam tu jugak. Dia akan cakap "Sussuuu". Bangun la Mommy dengan mata tak boleh nak bukak sebab mengantuk nak bancuh susu.

Sedih pulak rasa bila dia dah tak mintak. Dulu masa dia tengah aktif mengigit memang rasa nak stop DF tapi kesian sebab pikir tak lama lagi dia dah nak 2 tahun. 

Hmmm

Agak-agak sempat ke cukup 2 tahun ni... Wallahualam.