Periuk Nasi Ajaib

10:49:00 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

9 Mac 2013

Alhamdulillah!

Akhirnya lepas penat kitorang tawaf mall nak cari periuk ni, last-last balik ke kedai asal. Sebenarnya tak plan pun nak beli. Tak pernah berhajat pun nak. Bila orang tu tanya nak apa, terus blur tak tau nak pikir. See untung U bie dapat isteri macam I. Walaupun suka membebel tapi tak pernah mintak yang bukan-bukan. Hehe!

Last week kitorang ke Paradigm Mall. Makan kat Nando's.
Ada budak berjoget atas meja dengan mulut itik. Hehe.

Punya la dia berjoget tak senang duduk lain macam. Rupanya ada barang dalam pampers. Satu hal pulak Mommy kena pergi tempat parking ambik pampers dalam kereta. Pastu tolak stroller laju-laju ke toilet. Nasib baik toilet kat situ best. sangat bersih! Pastu tak ramai orang.

Dah siap makan, jalan-jalan pusing tengok kedai apa ada kat situ. Dalam otak tengah pikir lagi nak beli apa ni. Rugi kalau tak ambik orang dah offer. Nak beli baju takut nanti bukan pakai sangat. Handbag lagi la malas nak bawak. Last-last galas beg Arissa jugak.

So masuk la kami ke Harvey Norman. Husband suruh tengok food prosessor sebab dah bosan agaknya dengan isteri dia ni asyik meroyan tengok food prosessor Jamie Oliver dalam Jamie's 15 Minutes. Haha! 

Tapi bila tengok harga. Fuhhh.... Baik tak payah. Membazir! Sampai RM800. Nak prosess apa la sangat. 

Tetiba husband tunjuk benda ni


Hmmm macam menarik. Tapi dia ni memang la. Bijak betul nak bagi hadiah pun. Dia pilih benda yang bagi keuntungan untuk semua. Tapi takpe. Mommy suka. Memang sekarang ni tengah gilakan barang dapur. Kalau boleh semua jenis mesin untuk kegunaan dapur Mommy nak. Walaupun kemungkinan nak guna tu cuma sekali dalam 2 -3 bulan. Hehe.

Mommy nak Tefal. Kes terpedaya dengan iklan la ni. Husband suggest ambik yang stainless steel. Tapi Mommy kesian sebab harga beza sampai RM100. Mintak yang putih sebelah kiri ni.

Bila check stok dah takde la pulak. Dia cakap next week baru masuk stok baru. Takpelah kita datang next week la. At least Mommy ada alasan tak masak nasi 1 minggu. Haha!

Otw balik, husband cakap singgah Ikano la tengok kat sana pulak. Masa tu dah pukul 4 lebih. Aihh lain macam je dia ni. Biasa kalau keluar, tawaf 1 mall dah penat. Ok! Mommy on je. Sekali kat sana pun dah habis. Hmm takde rezeki.

So hari ni ke Paradigm Mall lagi la kami. Terus ke Harvey Norman. Salesman pun dah cam muka kitorang.

Bila sampai tu, Mommy konfius la pulak. Ada dua jenis Mommy berkenan. Hitachi kaler merah kat bawah ni



Dengan Tefal. Hmmm

Tapi husband dah cakap ambik Tefal je sebab nasi lagi sedap. Aikk? Dia pun dah terpedaya dengan iklan. Haha! 

Akhirnya kami pilih yang ni...


Harga asal RM379. Last week dia bagi RM345. Hari ni dia bagi RM329! Kat Lazada offer RM304 tapi Mommy tak berani nak beli sebab takut apa-apa banyak hal pulak nak pos ke sana sini.

Tefal Fuzzy Logic Rice Cooker. Kira ala-ala smart cooker la ni. Sebab boleh masak macam-macam. Moleh masak nasi, bubur, steam, bakar ayam pun boleh, buat kek pun boleh. Semuanya bergantung pada mood rajin atau malas ;-p

5 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
March 18, 2013 at 4:36 PM delete

ini semua racun! hahahaha alaaaa nak jugak ler!

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
March 18, 2013 at 7:31 PM delete

beli la... beli la... hihihihi

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 19, 2013 at 8:41 AM delete

hahaha! beliiiii.....beliiiii. terapi ni. ngehngehngeh

Reply
avatar
norruk1511
AUTHOR
May 5, 2013 at 2:13 PM delete

Saya beli dah tp masak nasi baru sekali, manual hilang. Mcmana nk masak kek, kena panaskan dulu ke mcm oven. Sukatan bubur mcmana.....alahai maaflah ye. Tkasih.
Msg saya...0192701511.

Reply
avatar
December 3, 2015 at 3:39 PM delete

Saya ad jual barangan tefal dgn harga mampu milik...boleh tengok di FB saya Estin Trada Kitchenware atau wassup saya 0196660129...

Reply
avatar