Tahi Lalat Pertama

12:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Fuhh penat. Penat mengarang entry 'Surirumah'. 1 minggu baru siap. Taip sikit-sikit.

Kali ni letak gambar je la lebih. Terapi mata dan minda :-)

16 Mac 2013

Posing sambil tunggu Papa panaskan engin kereta dan sejukkan aircond.

Hari Papa ajak ke MidValley. Nak cari jeans untuk pergi kerja. 

Arissa mood ok hari ni. Bila panggil dia pandang kamera tapi muka mantain macam tu la dia.


Kesian Arissa pakai baju budak umur 1 tahun. Hehe. Ala sayang la baju masih baru lagi. Baru berapa kali je pakai. Lagipun Mommy tengok macam comey pulak pakai baju kecik seksi nampak pusat. Oopppssss!


Budak ni asal kita bagi kebebasan jejak tanah mesti takde kerja lain. Kutip batu. Pantang kita leka, masuk mulut!




Nasib baik sempat tengok. Dah nak ngap pun. Tapiiii... Ehhhhh... Ada sesuatu la...

Arissa dah ada tahi lalat la. Yeyyy sama ngan Mommy!

Tangan kanan tu dalam bulatan.


Dari dia baby lagi Mommy selalu belek badan dia. Takde satu pun tahi lalat. Magic kan. Macamana tahi lalat ni terjadi eh? Betul ke lalat yang ukk ukk kan? Hmmm

Risaunya takut Arissa esok jadi macam Mommy. Boros! Haha