“Tak Stress Ke Jadi Surirumah? | Segmen Aku Seorang Surirumah”

11:32:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)


First time Mommy dapat tag ajak join contest mengarang macam ni.
Maklum la blog tak glamer. Blogger pulak SS. Hehe!

Tajuknya 'Aku Seorang Surirumah' dianjurkan oleh http://bardboo.com

Mommy bekerja 8 - 5 sehari. Tapi pukul 7am dah turun rumah sebab office jauh.
Sampai rumah pukul 6pm.
Title 'Surirumah' bermula jam 6pm pada hari bekerja dan fulltime pada hujung minggu.

Rutin 'Surirumah' hari bekerja (Isnin - Jumaat)

6:00am - 5:00pm
Alarm hp bunyi. Ringtone yang paling rancak Mommy set takut tak dengar. Matikan alarm. Set balik 10 minit masa kecemasan. Tidur balik! Hehe
Bangun mandi, solat Subuh, iron baju. Pakai baju tapi kain belum sebab kejap lagi nak tukarkan pampers Arissa. Pakai bedak. Makeup nanti sambung dekat office. Pakai tudung. Ok. Siap bahagian atas. Haha!

Kejutkan Arissa. Kadang Papanya pun kena kejutkan jugak kalau dia tak set alarm. Budak kecik tu suka tidur lewat. Jadinya pagi-pagi Mommy kena pangku dia kemudian dirikan depan bilik air. Tang ni memang tak sampai hati. Dia tengah tidur nyenyak. Huhu. Sori dik... Mommy terpaksa... :-(
Tukar pampers, gosok gigi, pakaikan pampers balik, pakai seluar. Siap!
Mommy buatkan susu. Kadang dia minum sebelum turun, kadang dalam kereta, kadang takmo minum.

6.45 turun ke kereta. Mommy bawak beg-beg. Papa dukung Arissa.
Lepas hantar Arissa ke taska, Mommy race ke office.

5:01 - 6:00pm
Mommy antara orang yang terawal touch card untuk balik. Kadang besoknya tengok touch out pukul 4.59 Nasib laaa. Pukul 5 otak memang dah teringak kat anak.

Sampai taska around 5:30pm. Sampai rumah 5:50 - 6pm.
Kalau tangga basah sebab hujan, Mommy dukung Arissa naik tingkat 4. Kebas tangan tapi takpe asal cepat sampai.

Sampai rumah, on-kan tv. Buka channel 613 - Agent OSO untuk Arissa. Tercongok la dia depan tv tu.
Mommy terus ambik peluang mandi. Tapi kalau mandi sebelum Papa balik, maknanya mandi koboi je la. Jangan harap nak bersyampu bagai, kejap lagi ada yang meraung. Dah siap, solat Asar pulak. Sebelum boleh duduk depan tv, keluarkan bahan-bahan untuk masak letak dekat sinki.

Papa sampai rumah pukul 7pm. 
Mommy layan channel 703 @ 707 sejam. Lepas solat Maghrib baru start bertukang dekat dapur. Masak ala kadar je sebab 2 mulut setengah je makan. Mommy masak lama yea walaupun 2 menu je. Agak cerewat bab-bab potong-memotong ni. Suka susun bahan-bahan macam nak masuk rancangan masakan.

Selalu dinner lepas Isyak. Sambil makan sambil suapkan Arissa.
Siap makan, kemaskan meja kosongkan sinki. Siapkan bekalan Arissa untuk besok pulak.

Dalam pukul 10 baru boleh join dua beranak tu lepak depan tv. Pukul 11 berarak masuk tidur.
Tengah malam insyaAllah bangun 1 - 2 kali untuk bancuh susu Arissa. Budak tu minum sikit sangat. Tak sampai 1 oz pun. Hishhhh...! Tu yang Mommy geram tu. Rasa macam tak berbaloi bangun.

Ok tamat rutin 'Surirumah' hari kerja.

 Rutin 'Surirumah' hujung minggu (Sabtu & Ahad)

7 - 10 am
Hujung minggu dapat la qada' balik 1 - 2 jam waktu tidur. Eh jangan ingat Mommy tak solat Subuh yea. I bangun solat macam hari kerja, then baru tarik selimut balik. Hehe. Kalau weekend, Arissa yang jadi jam loceng Mommy. Dia akan bangun bukan tutup laci almari. Terus Mommy lompat bangun takut dia ambik benda-benda kecik masuk mulut. Bangun, cuci muka, buat simple breakfast. Kalau time rajin, nasi ayam pun ada untuk breakfast. Bawak sampai ke dinner. Hehe! Sambil tu kutip baju masuk dalam mesin. Pastu baru mandi dengan Arissa. Ooppppssss!

10am - 12pm
Aktiviti wajib ke Giant beli barang dapur. Beli bukan main banyak konon nak buat stok. Tapi asal hari Sabtu je ajak husband ke Giant lagi. Alasan nak beli barang dapur. Haha! Tapi nasib baik dia ok.

1 - 2pm
Kemas barang-barang yang dibeli. Sediakan bahan untuk masak tengahari. Mandi. Solat. Baru masak. Owhh lupa. Sebelum start masak, tidurkan Arissa dulu. Ini memang wajib. Asal balik mana-mana je dia mesti tidur.

2 - 7pm
Lunch. Arissa selalu bangun lepas kitorang lunch. So lagi sekali Mommy akan lunch sambil suapkan Arissa. Kemas rumah. Mommy cuma vacum rumah hari Ahad sebab kalau vacum hari Sabtu, dua orang itu akan tetap sepahkan rumah. Pastu baru boleh baring depan tv.

7 - 11pm
Mandi. Mommy suka mandi dengan Arissa. It's bonding time! Eh! Tapi Mommy tutup apa yang patut yea. Lagipun bila mandi sekali berdua, lagi cepat tau. Takde la Mommy nak kena basahkan kaki 2 kali. Siapkan Arissa dengan baju tidur. Solat Maghrib. Masak @ panaskan makanan untuk dinner.
Lepas dinner, lipat kain. Owhh tak sukanya! Basuh baju. Jemur baju. Iron baju Mommy ok. Tapi bab melipat ni liat betul la.

Dah siap, join Arissa tengok tv. Golek-golek sampai dia lena. Kemudian dua-dua pun lena. Husband kejut suruh tidur dalam bilik. Arissa dia dukung masuk bilik. Tapi Mommy dia suruh jalan sendiri. Huhu!

Besoknya hari Isnin rotate balik rutin hari bekerja. Begitulah seterusnya selagi Mommy masih bekerja.

Tak teringin ke nak jadi surirumah sepenuh masa? Huhu! Jangan tanya la. sangat-sangat NAK ok. Tambah lagi bile kena masuk meeting yang pukul 6.30pm pun takde tanda nak stop lagi. Huhu! Dan-dan tu jugak msg husband cakap nak resign. Seronokkan Mommies yang jadi suririmah fulltime. Penat memang tak payah cakap la. Mommy pun paham. Tapi yang penting anak depan mata. Kalau tanya apa cita-cita Mommy sekarang ni. Mommy nak jadi FULLTIME HOUSEWIFE tapiiiiii dengan syarat ada pendapatan sampingan yang sama atau lebih dari gaji sekarang. Hehe! InsyaAllah. Akan diusahakan. Doakan yea Mommies. Teringin sangat nak hantar sendiri anak ke sekolah nanti......

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Bardboo
AUTHOR
April 1, 2013 at 5:25 AM delete

salam..thanks sudi join segmen ni ye..

penat juga kan bila bekerja..penat mental, penat fizikal..hati pun mesti asyik ingat kat anak je..

takpe, insyaAllah ada rezeki awak nak jadi fulltime housewife nanti.. =)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 9, 2013 at 9:40 AM delete

Amin! Amin! Aminnnnn Ya ALLAH!

Reply
avatar