Update Arissa @ 21 Months

10:55:00 AM 0 Comments A+ a-

17 Mcc 2013
Dah boleh sebut nama sendiri. "Aaayissa". Tapi cara dia sebut tu macam orang lidah lembik. Lidah memang lembik kan tapi kan ada satu slang orang bercakap bunyi macam tu.

Dah boleh sebut "ciken". Nasi dah kurang sangat sekarang ni. Asyik nak chicken. Kalau nampak kita suap nasi campur ayam terus cakap "aaasirr". Maknanya tok sir atau takmo.

Suka sangat tiru gaya orang. Kalau tengok video clip lagu-lagu peberet dia terus goyang badan, hayun tangan, geleng kepala ikut vodei clip.

Suka tiru orang batuk dan bersin.

Suka buat-buat batuk kesian bila kena marah. Asal kita marah je, terus dia "Uhukk... uhukkk". Hishhhh!

27 Mac 2013
Boleh buat bunyi baru tapi Mommy tak reti nak eja. Mommy dah rekod

"angun laa" = bangun la. Sambil tangan duk goyang badan kita. Sekarang senang je nak suruh Papa dia bangun. Mintak anak tolong kejutkan. Hehe

"Athu" = hantu. Yang ni kitorang tak pernah ajar dan rasanya tak pernah usik dia dengan perkataan ni. Tiba-tiba je dia sebut. Belajar kat taska la agaknya