Mana Bloglist Mommy?!

2:23:00 PM 6 Comments A+ a-

Adoiiii....!
Pening la. geram pun ada!

Sejak Mommy makeup @ touchup bloh ni, dah jadi lain macam pulak.
Nak bukak blog pun ada kawan cakap dah jadi slow. Padahal gambar semua Mommy dah kecikkan size.

Lepastu banyak widget yang Mommy letak kat tepi blog ni tak keluar. Tu ok lagi. Yang paling geramnya bloglist yang dah dikumpul selama ni dah tak keluar kat bawah template ni.
Bila tengok kat layout ada je.
Kenape eh?

Ermm.... Mommies....
Slow tak bila bukak blog ni? Lambat tak dia download page ni?
Mesti bosan kan nak tunggu

Adoiiii... acaner nie????

Kolegen Oh Kolegen

10:00:00 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Perasan tak sekarang ni macam-macam jenis produk kecantikan yang muncul?
Boleh kata 90% adalah bertujuan nak bagi kulit putih dan tegang.

Mommy pun sama terpengaruh.
Pantang tengok muka kawan kat office nampak macam lain je, terus tanya, pastu beli jugak.
Ni anatara yang Mommy dah, sedang dan akan try.

1. Rumpai Laut Sabah
Mula-mula Mommy beli rumpai laut ni. Katanya ada kolagen asli. Kena rebus sendiri pastu air diminum atau boleh buat masker kat muka.
Baru try minum sekali terus migrain 2 hari. Huhu! Mommy kalau nak tau benda tu sesuai ke tidak dengan badan senang je. Tunggu tengok efek dia buatkan Mommy migrain atau tak.
Yang ni konfem tak boleh nak teruskan. So Mommy guna sebagai masker je. Tu pun berapa kali sangat je pakai. Selebihnya MALAS!


2. Beutskin Essense

Yang ni kes terpengaruh tengok kulit Adira tu jadi putih melepak. Tambah pulak ada kawan kat office jadi dealer. Dia bagi Mommy harga dealer. Ok beliiiiiii...!
Kapsul dia sebenarnya kaler merah. Bukan hitam macam dalam gambar kat bawah ni.
1 kotak RM200 ada 60 kapsul. Mommy sempat try 2 kotak.
Dia suruh makan 4 biji sehari. Aduiiii banyak tu. Maknanya sebulan kena beli 2 kotak!
Mommy makan habis 2 kotak tak nampak hasil pun kat kulit. Tapi yang bagusnya pil ni, dia hilangkan senggugut. Alhamdulillah sepanjang makan ni langsung Mommy tak senggugut. Mommy ni jenis yang senggugut taham berguling-guling sakit dia. Sampai kena makan pain killer!

Habis 2 kotak Mommy stop. Tak cukup modal. Haha!

Sebenarnya kalau nakkan hasil yang terbaik kena ambil dengan kapsul SNE. Tambah lagi RM190. Huhu!


3. Avon Peptida Collagen Drink

Yang ni Mommy tak beli tapi My Ma yang bagi sebab dia terlebih beli. Dapat la 3 kotak consist of 30 botol.
First komen pasal kolagen drink ni... Sedap! Macam air ribena pun ada cuma versi yang pekat sedikit. Mommy minum selama sebulan. Tapi tak nampak pun hasil kat muka. 
Hmmm... sebenarnya apa yang Mommy rasa bila ambil kolagen ni lebih macam kita ambil pil makjun. Maksud Mommy dari segi khasiatnya. Hehe! Tak perlu la nak jelaskan kat sini. Paham-paham sendiri la yea.

Jadi kalau ada siapa-siapa yang tak suka makan makjun macam Mommy ni, boleh la try minum yang ni.


4. GLA Complex Shaklee
Habis yang avon, Mommy terus sambung Shaklee ni pulak. Ni pun kes terpengaruh tengok kulit kawan office. Kalau ikutkan sebenarnya kita kena bagi badan rehat 1 - 2 minggu sebelum try produk lain. Tapi Mommy dah tak sabar terus sambung makan ni.

1 botol RM73 ada 60 kapsul. 1 hari makan 2 kapsul pagi dengan malam. Hari ni dah masuk botol ke-2. Nampak macam takde hasil pun lagi ni. Hmmm... Tapi takpe la. Teruskan je la sebab Shaklee ni kan organik lagi pulak kita supplement tambahan la.


5. ESP Shaklee
Ni Mommy belum beli tapi dah try-try minum. Ok. Takde migrain. InsyaAllah bulan depan la kot boleh start minum. Sebab bulan ni dah terlebih expenses. Yang ni pun untuk kulit. Pun jugak Mommy tengok ada budak kat office ni minum nampak lawa kulit dia. Dia ada parut jerawat. Sekarang macam dah kurang. 1 ni harga dia RM120.


Sebenarnya semua-semua kat atas ni kena makan ikut disiplin dia. Kena konsisten. Baru nampak hasil.
Sebab tu la Mommy ni lambat nak nampak hasil. Sebab makan tak konsisten pastu tak sabar. Hehe!

Angan-Angan Mommy Arissa

2:29:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Hari ni bos cuti. Seronok sangat kalau tengok bilik dia gelap. Rasa tenang je nak kerja.

Dah siap kerja kira browse internet jap sambil-sambil berangan. Sejak dah kawin ni memang Mommy sangat-sangat gilakan gadget-gadget dapur. Kalau boleh semua nak pakai mesin. Padahal bukan masak spesial sangat pun. Tapi tulah orang perempuan ni kan nafsu dia 9. Hehe. Alasan!

Kalau la nanti ada duit.... Mommy nak sangat-sangat beli ni......

1. Food Processor
Nak yang macam Jamie Oliver guna dalam rancangan Jamie's 15 minutes tu. Hehe!
Nampak macam best je. Macam-macam boleh buat. Boleh blend, chop, mince, slice. Nak potong sayur pun senang. Main masuk, tekan, siap!

Harga Mommy tak sure. Tapi pernah tengok yang dekat-dekat nak sama macam ni harga dalam RM800 - RM1000. Huhu! Kalau tak guna hari-hari memang cari nahas la.
 


2. Dryer
Mommy rasa yang ni tak lama lagi akan jadi keperluan dalam rumah kami. Bukan lagi kehendak nafsu mata Mommy semata-mata. Hehe!
Sebab kami kan tinggal rumah yang takde laman, takde beranda. Jemur baju memang la ok. Cepat kering. Kami buat bilik stor sebagai tempat ampaian. 
Tapiiiiiii........ Masalahnya makin lama Mommy rasa makin malas nak jemur baju! Jemur tu memang senang tapi kalau jenis macam Mommy ni jemur pun nak ikut saiz. Nak susun lawa. Memang penat!
Kalau ada dryer ni kan senang. Lepas mesin, sumbat je dalam ni. Terus boleh masuk bakul. Bila rajin lipat. Haha!

Harga dryer Electrolux yang Mommy survey ada satu kedai ni murah. Murah 2 - 300. Ni website dia http://www.jintexelectronics.com/

3. Tefal Actifry
Yang ni pun dah lama mengidam. Kan ke kata nak amalkan gaya pemakanan sihat. Hehe! So kena la ada benda ni. Senang. Campak semua masuk dalam ni. Letak sesudu je minyak. Tunggu je masak.

Tapi harga pun boleh tahan masak la. Rasanya belum masuk pasaran Malaysia. Kalau convert harga kat UK dalam RM500++. TU tak campur shipping cost lagi. Huhu! Mari menabung!

Ada 2 kaler.
Hitam menawan.


Atau putih suci. Smartkan!!!!
 

4. Stainless Steel Kitchenware
Semangatkan masuk dapur kalau tengok periuk belanga berkilat macam ni. Pastu mula la rasa sayang nak guna.
 

5. Kitchen Aid
Bila nak membaking pun tak tau la. Tapi macam comel je kalau benda hijau ni ada kat dapur.



6. Freezer
Dulu time bf konon nak sangat ada freezer kecik yang ada drawer tu. Tapi berangan je la. Stok EBM pun cukup-cukup makan je. Hehe.
Tapi kalau la suatu hari nanti dapat duduk rumah sendiri, Mommy nak ada freezer macam ni. Yang ada drawer gini. Senang nak susun barang. Tambah-tambah kami memang suka beli stok makanan frozen.

7. Fridge
Tiap kali pegi Giant ke kedai letrik ke mesti round dekat bahagian fridge. Bukak pintu, belek-belek, ukur saiz bajet macam nak beli. Haha!. Saja ambik feel. Bestkan dapat fridge yang boleh tekan keluar air kat depan ni. Tapi rasanya space kat dalam dia tak seluar peti ais LG yang kaler putih bunga pink tu. Yang besar sedepa tu. Kalau yang tu Arissa pun boleh masuk tidur. Hehe!

Ok dah cukup-cukup la berangan. sambung buat paper pulak. :-)

Inject 18 Bulan Pada Umur 22 Bulan

3:01:00 PM 2 Comments A+ a-

Alhamdulillah....!

20 April 2013, Sabtu @ 10:30am

Selepas beberapa kali terpaksa tunda appointment, akhirnya Arissa berjaya juga dapatkan injection untuk 18 bulan.

Kitorang sampai Klinik Dr. Serena lagi 10 minit pukul 10.30. Orang tak ramai sangat. Tapi ramai pun tak kisah sebab kami dah buat appointment. Hehe!

Mommy bagi budak ni main-main dulu sebelum kita cucuk bontot dia.

Papa yang kena bertugas untuk monitor Arissa. Mommy sibuk nak ambik gambar.


Cik Mek ni dah berlagak main gelunsur. Maklum la hari-hari duk main kat taska. Dah terer la tu.


Ni gambar kat bawah dia tengah marah budak laki belakang dia. Dia bebel apa pun Mommy tak Faham. Tapi yang Mommy tau dia marah budak tu sebab suara dia kuat sangat. Sampai mak ayah budak tu panggil suruh anak dia turun. Hehe!


Cukup time nama Arissa dipanggil. Papa terpaksa berhempas-pulas nak dukung sebab dia tak puas main lagi.

Ni depan dokter. 
Muka serius je. Langsung tak senyum.


Mommy mintak Papa tolong uruskan Arissa sebab Mommy nak ambik gambar.
Sebab utama Mommy beria duk ambik gambar ni, sebab ingatkan ni dah last suntikan yang perlu Arissa ambik. Ingatkan lepas ni dah takde dah. Tunggu umur 7 tahun pulak.

Sekaliiiii...... Kena bebel dengan Dr. Serena. Haha! Malu! Tapi buat muka tak faham je la.


Arissa kena ambik 2 lagi injection. Pheumococcal untuk umur 2 tahun dan 1 lagi injection bila umur 3 - 4 tahun. Huhu! Ingatkan dah habis la pelaburan untuk injection ni. Rupanya ada lagi.

Dr. Serena ni sporting habis. Dia tau je Mommy nak tangkap gambar time dia inject Arissa so dia panggil assistant dia untuk tolong pegang Arissa.

Dari Arissa umur 3 bulan, macam ni la cara dokter ni suruh Mommy pegang Arissa. Dia tak cucuk kat peha. Dia cucuk kat lemak pada bahagian atas punggung. Sebabnya dia cakap kat situ banyak lemak dan baby/budak takkan rasa sakit. Tambah-tambah bila kita dukung dia macam ni, memang nampak la lemak atas punggung tu timbul. Dan Arissa tak pernah lagi menangis setiap kali ambik injection kat sini. Itu yang Mommy suka tapi tak suka time bayar je. Huhu!

Mula-mula dokter akan urut-urut dulu kat punggung ngan belakang Arissa. Arissa pulak buat donno je. Muka slumber habis sambil makan lolipop.


Ni sedang dicucuk! Muka dia takde reaksi langsung. Tu dia berkelip je sebab tu nampak pejam. Dokter ni cucuk memang cepat. Berapa saat je rasanya.


Dah siap cucuk, siap posing lagi tunjuk jarum. Aduhhh!
Arissa?
Langsung macam takde apa berlaku.


Dah siap inject, Papa letak Arissa untuk jalan sendiri.
Bila dokter cakap bye... Dia tengok dokter kejap pastu terus terkedek-kedek keluar bilik.
Sampai dokter pun cakap "Ishh ishhh slumber betul la dia ni!"
Haha!

Inject 3 serangkai untuk 18 bulan ni dia charge RM125 termasuk consult RM35.


Update Arissa @ 22 Months

11:30:00 AM 4 Comments A+ a-

Mommy hampir lupa nak catat perkembangan Arissa kat sini. Tak boleh tidak kena tulis jugak sikit sebanyak buat kenangan masa akan datang.

"tet" = cat. Sekarang dah tak panggil "meaww".

"akit" = sakit. Suka tunjuk kalau badan dia ada kesan apa-apa. Tak kira la dah tinggal parut pun mesti datang dekat kita pastu tunjuk sambil cakat "akittt". Hari tu Abah Tok dia datang rumah. Arissa jumpa botol minyak TYT. Terus tunjuk kat Abah Tok dia kesan gigit nyamuk kat lengan. Dah sapu kat lengan, tunjuk kat lengan sebelah lagi. Pastu lutut. Pastu kaki. Habis semua tempat la tetiba jadi sakit. Haha!

"aasirr" = tok sir @ takmo. Dah pandai guna perkataan ni pada tempatnya. Dulu kalau nak pun kadang dia sebut "aasir"

Suka sinsing kaki seluar sampai lutut. Yang ni ikut habit Mommy dia. Haha!

Dah ada perasaan belas kasihan. Kalau kita tunjuk kesan luka. Dia akan tanya "akit?". KIta cakap la sakitttt. Dia sentuh pelan-pelan sambil cakap lagi "akit". Lagi satu kalau kita nak mintak barang dari dia then dia takmo bagi. Trick dia senang je. Buat-buat nangis. Mesti laju je dia hulur kat kita.

"bubbur". Tapi kadang bunyi macam "bobo" pun ada.

Masih suka guna perkataan "nak" selepas benda. Contohnya:

"sussu... nak!"
"bubbur... nak!"

"onyet" = monyet

"anak" = taknak

Sukan sangat menyanyi. Tapi tetap bunyi pelat la. Antara lagu yang dia suka nyanyi:

Are u sleeping
Lompat si katak lompat
Bapa ku pulang
Bangun pagi gosok gigi
Burung kakak tua

"oleh" = tak boleh sambil muka pandang tempat lain dan tangan sorok kat belakang

Mati Itu Pasti

3:39:00 PM 3 Comments A+ a-

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
"Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali"

Lebih kurang pukul 4.55 pagi tadi MIL call husband bagitau nenek belah husband dah tiada. Memang kitorang dah jangka dan dah bersiap sedia sebabnya pukul 8 malam sebelum tu MIL dah call bagitau "Mok" dah tenat.

Kitorang dah balik hari Sabtu lepas ziarah Allahyarhamah. Ambik El hari Isnin dengan Selasa sebab keadaan Allahyarhamah masa tu pun dah agak uzur. Umur Allahyarhamah dah lebih 1 abad.

Dinihari Selasa tu Allahyarhamah terpaksa admitted ward sebab usus tidak berfungsi dengan baik. Dan pada malam tu jugak telah menjalani pembedahan usus. 'Mok' diletakkan di ICU sejurus selepas operation untuk pemantauan.

Dan pagi tadi berita pemergiannya kami terima.

" Ya ALLAH. Engkau tempatkanlah Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan yang Engkau kasihi. Engkau permudahkanlah segala urusan perjalanannya menemuiMu. Amin. "

Al-Fatihah.

Harga Emas Murah 2013

3:44:00 PM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Kaum-kaum mommies sekalian... ni nak bagitau bagi peminat dan pengumpul barang kemas. Harga emas tengah murah sekarang ni. RM135 - RM150 per gram. Kalau dekat Kelantan dia kira seriya berat. Tadi My Ma bagitau kat Kelantan RM365/seriya berat.

Seriya berat = 2.72gram

Mommy baru je balik dari teman kawan-kawan melabur kat kedai emas. Murah betul upah kat kedai ni. Nama kedai dia Kedai Emas Nazir dekat Keramat. Upah untuk rantai leher, rantai tangan, cincin dan lain-lain kurang dari RM150. Murah sangattttt tuuuu.....!

Rasanya kalau dekat Kelantan upah dia agak mahal. Tapi tadi memang Mommy terkejut sangat dengar dia bagitau upah. Cincin ada yang upah RM18 je. Fuhhhh...... 

Mommy cuci mata je tadi. Tengah tengok-tengok nak carikan Arissa rantai leher satu. 

Berkenan yang ni


Halus dan kiut. Tapi risau takut tak kukuh sebab budak yang pakai paham-paham aje la.

Ni lagi antara rantai leher budak yang ada kat kedai dia


design kat kedai dia tak banyak sangat. Tapi bagi yang suka kumpul emas elok la beli time ni. design tak lawa takpe. Tapi nilai dia yang penting kan.

Mommy berkenan jugak cincin ni


Nampak padat. Tapiii... kena dahulukan yang anak dulu. Huhu!

Lagipun Mommy bukan jenis pakai cincin sangat. Beli... simpannnn......

Happy 22 Month Lil' Arissa

9:48:00 PM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah...!

17 April 2013, Rabu

Genap umur Nur Safiyyah Arissa 22 bulan @ 1 tahun 10 bulan


Makin banyak vocab baru. Ada yang Mommy paham. Ada yang Mommy boleh cuba paham sikit-sikit dan ada yang Mommy tak paham langsung.

Kesihatan Alhamdulillah agak baik. Syukur Ya Allah!

" Semoga Arissa membesar menjadi anak yang solehah. Anak yang boleh bantu Mommy dengan Papa ke Jannah. Amin! "

Drpers Murah

11:23:00 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommies...!

Siapa yang dah habis stok drypers boleh la jenguk ke Tesco hari ni dengan esok. Ada sale RM30.90!

Murah la kan?


Mommy ni tak tau la sempat ke tak ke Tesco Mutiara Damansara nu... Dah la husband asyik balik lewat je sekarang ni. Huhu!

Jom Bersenam

2:00:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Semenjak dua menjak ni macam dah jadi rutin pulak balik dari taska mesti nak singgah main kat taman dulu.
Sampai je kat parking Cik Mek ni akan cakap "apa dohhhhh" pastu terus terbongkok-bongkok tunduk nak ambik kasut dia. Bila dah pakaikan, teus dia laju je jalan nak ke taman sambil tangan hulur nak pimpin kita. Nak pimpin Mommy ok bukan Mommy yang pimpin dia.
Kadang kalau tak larat sangat Mommy terpaksa tipu dia cakap ada cat kat atas tangga. Kalau tak menangis la dia nak ke taman.

Ni antara aktiviti Arissa kat situ.

Bergayut.
 

Main cok ngek cak dung! Aka jongkang-jongket.


Naik buai.


Main gelunsor Mommy tak sempat nak snap sebab sibuk nak monitor dia. Dia naik yang paling tinggi. Yang rendah takmo. Huhu!

Mommy perasan Arissa ni garang betul kalau dengan budak lelaki. Asal ada budak laki datang dekat dia, padahal nak lalu sebelah dia je pun, etrus dia marah. Jerit-jerit kat budak tu. Kadang buat muka garang. Kalau ngan budak perempuan dia ok. Siap tegur nak salam. Hmmm... Good-good! Kekalkan sampai besar yea macam tu.

Taman ni sayang sangat sebab tak terjaga. Buai dah rosak. Maklum la yang naik dah panjang berjela. Besi pagar semua dah patah. Geram sangat tengok dubak-budak besar duk panjat.

Ada sekali tu diorang main kejar-kejar atas gelunsor tu. Masa tu Arissa ada kat tepi tangga nak naik. Dia tolak Arissa. Memang Mommy sound la. Dah besar panjang nak main kat situ lagi.

Colek Pauh

8:00:00 AM 2 Comments A+ a-

Buah Pauh?
Buah Mangga?
Buah mempelam?

Semua sama je la... 

Minggu lepas asyik mengidam nak makan mangga. Jumpa yang tak berapa nak muda kat kedai runcit. Isi dah kuning tapi masih rangup krup-krup!

Cicah dengan colek kicap! Sedapppppppp!


Ulser

11:12:00 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Semalam Mommy MC tapi bukan Mommy yang sakit. Ni budak kecik nih!


Hari Sabtu (6 April 2013) kitorang ke Klinik Serena sebab dah setkan appointment untuk ambik injection 18 bulan. Dah 3 minggu set tarikh tu. Arissa pun dah terlebih 3 bulan dari tarikh yang sepatutnya. Nak buat macamana... tiap kali nak gi inject dia tak sihat.

Petang Jumaat tu dia asyik menangis tiap kali minum air. "Akitttt...akittttt" sambil tangan tunjuk dalam mulut. Mommy ingatkan ada ulser kay lidah atau bibir dia. Tapi kita nak tengok tak nampak. Bila dia minum air atau susu terus menjerit kuat-kuat cakap sakit. Aduhhh...! Sekit sangat tengok dia masa tu. Nampak seksa sangat nak telan air. Mommy bagi bubur ok dia boleh telan.

Tengah malam dia sedar mintak susu macam biasa. Tapi bila minum seteguk je dah menjerit. Panik tau tengah-tengah malam tak tau nak buat apa. Mommy sapu gel kebas mulut yang dapat masa dia kena penyakit tangan kaki mulut dulu. Tahan la kejap. Boleh tidur balik.

Sabtu pagi pun macam tu jugak. Dia nak minum tapi tak boleh telan. Minum susu 1 hari tak sampai 5oz pun. Mommy bagi dia minum soya sejuk. Nampak dia ok.

Kitorang jumpa Dr. Serena pukul 10.30 pagi. Sebelum inject Mommy cerita la dulu problem Arissa. Dia check mulut Arissa pastu terus geleng kepala.

"Too bad la mama... kita tak boleh inject dia harini. she got 4 ulser pada anak tekak" sambil tangan lukis gambar.

Aduhhhhh... patut laa. Boleh imagine tak macamana pedih peritnya dia bila nak menelan? Sedangkan kita yang kena ulser sebijik kat bibir pun dah pedih. Inikan pulak 4 sekaligus.

Dokter bagi ubat tahan sakit/deman dengan antibiotik untuk 5 hari. Set balik appoint pada 20 April. Hmmm.. Arissa.. Arissa... awak memang suka Serena kan. Saje nak Mommy derma kat klinik dia 2 kali bulan ni kan. Huhu!

Hari Isnin Mommy dapat MC untuk jaga Arissa.

Macamana Mommy buat untuk hilangkan ulser Arissa selain ubat-ubat dokter bagi? Mommy bagi dia makan ais krim vanilla, bagi minum soya sejuk dan makan buah oren sunkis. Kalau boleh nak suruh dia berkumur dengan air garam tapi macam zalim la pulak. Hehe. Lagipun risau takut dia telan.

Alhamdulillah petang Isnin dia dah mula ada selera nak makan, minum susu. Minum air pun dah ok. Dah ok baru Mommy yakin nak hantar dia ke taska. Tu pun Mommy bekalkan gula-gula jelly. Pesan kat pengasuh kalau dia menangis sakit tekak, bagi gula-gula tu 2 -3 bijik.

Semalam MC tapi sempat lagi jenguk ke Giant. Hehe!


Dan sebab tak kerja jugak boleh la Papa merasa makan kari ayam buat dinner. Kalau tak asyik makan sup sayur dengan ayam goreng :-)