Angan-Angan Mommy Arissa

2:29:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Hari ni bos cuti. Seronok sangat kalau tengok bilik dia gelap. Rasa tenang je nak kerja.

Dah siap kerja kira browse internet jap sambil-sambil berangan. Sejak dah kawin ni memang Mommy sangat-sangat gilakan gadget-gadget dapur. Kalau boleh semua nak pakai mesin. Padahal bukan masak spesial sangat pun. Tapi tulah orang perempuan ni kan nafsu dia 9. Hehe. Alasan!

Kalau la nanti ada duit.... Mommy nak sangat-sangat beli ni......

1. Food Processor
Nak yang macam Jamie Oliver guna dalam rancangan Jamie's 15 minutes tu. Hehe!
Nampak macam best je. Macam-macam boleh buat. Boleh blend, chop, mince, slice. Nak potong sayur pun senang. Main masuk, tekan, siap!

Harga Mommy tak sure. Tapi pernah tengok yang dekat-dekat nak sama macam ni harga dalam RM800 - RM1000. Huhu! Kalau tak guna hari-hari memang cari nahas la.
 


2. Dryer
Mommy rasa yang ni tak lama lagi akan jadi keperluan dalam rumah kami. Bukan lagi kehendak nafsu mata Mommy semata-mata. Hehe!
Sebab kami kan tinggal rumah yang takde laman, takde beranda. Jemur baju memang la ok. Cepat kering. Kami buat bilik stor sebagai tempat ampaian. 
Tapiiiiiii........ Masalahnya makin lama Mommy rasa makin malas nak jemur baju! Jemur tu memang senang tapi kalau jenis macam Mommy ni jemur pun nak ikut saiz. Nak susun lawa. Memang penat!
Kalau ada dryer ni kan senang. Lepas mesin, sumbat je dalam ni. Terus boleh masuk bakul. Bila rajin lipat. Haha!

Harga dryer Electrolux yang Mommy survey ada satu kedai ni murah. Murah 2 - 300. Ni website dia http://www.jintexelectronics.com/

3. Tefal Actifry
Yang ni pun dah lama mengidam. Kan ke kata nak amalkan gaya pemakanan sihat. Hehe! So kena la ada benda ni. Senang. Campak semua masuk dalam ni. Letak sesudu je minyak. Tunggu je masak.

Tapi harga pun boleh tahan masak la. Rasanya belum masuk pasaran Malaysia. Kalau convert harga kat UK dalam RM500++. TU tak campur shipping cost lagi. Huhu! Mari menabung!

Ada 2 kaler.
Hitam menawan.


Atau putih suci. Smartkan!!!!
 

4. Stainless Steel Kitchenware
Semangatkan masuk dapur kalau tengok periuk belanga berkilat macam ni. Pastu mula la rasa sayang nak guna.
 

5. Kitchen Aid
Bila nak membaking pun tak tau la. Tapi macam comel je kalau benda hijau ni ada kat dapur.



6. Freezer
Dulu time bf konon nak sangat ada freezer kecik yang ada drawer tu. Tapi berangan je la. Stok EBM pun cukup-cukup makan je. Hehe.
Tapi kalau la suatu hari nanti dapat duduk rumah sendiri, Mommy nak ada freezer macam ni. Yang ada drawer gini. Senang nak susun barang. Tambah-tambah kami memang suka beli stok makanan frozen.

7. Fridge
Tiap kali pegi Giant ke kedai letrik ke mesti round dekat bahagian fridge. Bukak pintu, belek-belek, ukur saiz bajet macam nak beli. Haha!. Saja ambik feel. Bestkan dapat fridge yang boleh tekan keluar air kat depan ni. Tapi rasanya space kat dalam dia tak seluar peti ais LG yang kaler putih bunga pink tu. Yang besar sedepa tu. Kalau yang tu Arissa pun boleh masuk tidur. Hehe!

Ok dah cukup-cukup la berangan. sambung buat paper pulak. :-)

6 kawan cakap

Write kawan cakap
Izzati Asyraf
AUTHOR
April 23, 2013 at 2:36 PM delete

yang no. 4 and 5 tu pun menjadi anganan saya nak beli..kejit mata kat husband 20 x pun belum tentu dapat sebab yang dah ada sekarang ni pun liat benor nak masaknya..hihi

Reply
avatar
Ina Haireina
AUTHOR
April 23, 2013 at 2:44 PM delete

aduh.. kalau dah masuk dalam mood angan2.. memang takleh keje jadinye.. tenung gambar2 saje dah berbunga2.. hehehe..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 23, 2013 at 3:48 PM delete

izzati : best kannnn klu dapat. mesti syok masuk dapur tengok benda baru. hehe

ina : tu la pasal. asal bos takde je mula la

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
April 23, 2013 at 9:23 PM delete

Tumpang berangan sekali... tp, suka berangan dok banglo besar. Hihihi. Seronok oooo berangan =)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 24, 2013 at 8:03 AM delete

MA : MA berangan xpe sebab duit berkepuk-kepuk! haha

Reply
avatar
Yani
AUTHOR
May 15, 2013 at 1:03 PM delete

sis, kalo nak beli Tefal Actifry 1kg rm760, boleh depo rm300 dulu , balance byr kemudian. Jika berminat, boleh kol 017-309 6337 yani.

** Kalo nk beli set periuk Tefal, segala kelengkapan dapur, food processor dgn ansuran pon ada...

terima kasih.

Reply
avatar