Inject 18 Bulan Pada Umur 22 Bulan

3:01:00 PM 2 Comments A+ a-

Alhamdulillah....!

20 April 2013, Sabtu @ 10:30am

Selepas beberapa kali terpaksa tunda appointment, akhirnya Arissa berjaya juga dapatkan injection untuk 18 bulan.

Kitorang sampai Klinik Dr. Serena lagi 10 minit pukul 10.30. Orang tak ramai sangat. Tapi ramai pun tak kisah sebab kami dah buat appointment. Hehe!

Mommy bagi budak ni main-main dulu sebelum kita cucuk bontot dia.

Papa yang kena bertugas untuk monitor Arissa. Mommy sibuk nak ambik gambar.


Cik Mek ni dah berlagak main gelunsur. Maklum la hari-hari duk main kat taska. Dah terer la tu.


Ni gambar kat bawah dia tengah marah budak laki belakang dia. Dia bebel apa pun Mommy tak Faham. Tapi yang Mommy tau dia marah budak tu sebab suara dia kuat sangat. Sampai mak ayah budak tu panggil suruh anak dia turun. Hehe!


Cukup time nama Arissa dipanggil. Papa terpaksa berhempas-pulas nak dukung sebab dia tak puas main lagi.

Ni depan dokter. 
Muka serius je. Langsung tak senyum.


Mommy mintak Papa tolong uruskan Arissa sebab Mommy nak ambik gambar.
Sebab utama Mommy beria duk ambik gambar ni, sebab ingatkan ni dah last suntikan yang perlu Arissa ambik. Ingatkan lepas ni dah takde dah. Tunggu umur 7 tahun pulak.

Sekaliiiii...... Kena bebel dengan Dr. Serena. Haha! Malu! Tapi buat muka tak faham je la.


Arissa kena ambik 2 lagi injection. Pheumococcal untuk umur 2 tahun dan 1 lagi injection bila umur 3 - 4 tahun. Huhu! Ingatkan dah habis la pelaburan untuk injection ni. Rupanya ada lagi.

Dr. Serena ni sporting habis. Dia tau je Mommy nak tangkap gambar time dia inject Arissa so dia panggil assistant dia untuk tolong pegang Arissa.

Dari Arissa umur 3 bulan, macam ni la cara dokter ni suruh Mommy pegang Arissa. Dia tak cucuk kat peha. Dia cucuk kat lemak pada bahagian atas punggung. Sebabnya dia cakap kat situ banyak lemak dan baby/budak takkan rasa sakit. Tambah-tambah bila kita dukung dia macam ni, memang nampak la lemak atas punggung tu timbul. Dan Arissa tak pernah lagi menangis setiap kali ambik injection kat sini. Itu yang Mommy suka tapi tak suka time bayar je. Huhu!

Mula-mula dokter akan urut-urut dulu kat punggung ngan belakang Arissa. Arissa pulak buat donno je. Muka slumber habis sambil makan lolipop.


Ni sedang dicucuk! Muka dia takde reaksi langsung. Tu dia berkelip je sebab tu nampak pejam. Dokter ni cucuk memang cepat. Berapa saat je rasanya.


Dah siap cucuk, siap posing lagi tunjuk jarum. Aduhhh!
Arissa?
Langsung macam takde apa berlaku.


Dah siap inject, Papa letak Arissa untuk jalan sendiri.
Bila dokter cakap bye... Dia tengok dokter kejap pastu terus terkedek-kedek keluar bilik.
Sampai dokter pun cakap "Ishh ishhh slumber betul la dia ni!"
Haha!

Inject 3 serangkai untuk 18 bulan ni dia charge RM125 termasuk consult RM35.


2 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
April 22, 2013 at 5:50 PM delete

Erkkk... 3-4 tahun, injection apa eh? Hihi. Ada ke??

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 23, 2013 at 9:21 AM delete

MA : tu la sy ingatkn dah xde. rasanya ni optional. sb klu klinik gomen dah xde. tp sy lupa nama dia

Reply
avatar