Jom Bersenam

2:00:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Semenjak dua menjak ni macam dah jadi rutin pulak balik dari taska mesti nak singgah main kat taman dulu.
Sampai je kat parking Cik Mek ni akan cakap "apa dohhhhh" pastu terus terbongkok-bongkok tunduk nak ambik kasut dia. Bila dah pakaikan, teus dia laju je jalan nak ke taman sambil tangan hulur nak pimpin kita. Nak pimpin Mommy ok bukan Mommy yang pimpin dia.
Kadang kalau tak larat sangat Mommy terpaksa tipu dia cakap ada cat kat atas tangga. Kalau tak menangis la dia nak ke taman.

Ni antara aktiviti Arissa kat situ.

Bergayut.
 

Main cok ngek cak dung! Aka jongkang-jongket.


Naik buai.


Main gelunsor Mommy tak sempat nak snap sebab sibuk nak monitor dia. Dia naik yang paling tinggi. Yang rendah takmo. Huhu!

Mommy perasan Arissa ni garang betul kalau dengan budak lelaki. Asal ada budak laki datang dekat dia, padahal nak lalu sebelah dia je pun, etrus dia marah. Jerit-jerit kat budak tu. Kadang buat muka garang. Kalau ngan budak perempuan dia ok. Siap tegur nak salam. Hmmm... Good-good! Kekalkan sampai besar yea macam tu.

Taman ni sayang sangat sebab tak terjaga. Buai dah rosak. Maklum la yang naik dah panjang berjela. Besi pagar semua dah patah. Geram sangat tengok dubak-budak besar duk panjat.

Ada sekali tu diorang main kejar-kejar atas gelunsor tu. Masa tu Arissa ada kat tepi tangga nak naik. Dia tolak Arissa. Memang Mommy sound la. Dah besar panjang nak main kat situ lagi.

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
April 10, 2013 at 4:44 PM delete

perghhh naik otot! kihkihkih

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 17, 2013 at 11:24 AM delete

tengah train bagi ada kempis perut nih

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 17, 2013 at 11:24 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar