Kolegen Oh Kolegen

10:00:00 AM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Perasan tak sekarang ni macam-macam jenis produk kecantikan yang muncul?
Boleh kata 90% adalah bertujuan nak bagi kulit putih dan tegang.

Mommy pun sama terpengaruh.
Pantang tengok muka kawan kat office nampak macam lain je, terus tanya, pastu beli jugak.
Ni anatara yang Mommy dah, sedang dan akan try.

1. Rumpai Laut Sabah
Mula-mula Mommy beli rumpai laut ni. Katanya ada kolagen asli. Kena rebus sendiri pastu air diminum atau boleh buat masker kat muka.
Baru try minum sekali terus migrain 2 hari. Huhu! Mommy kalau nak tau benda tu sesuai ke tidak dengan badan senang je. Tunggu tengok efek dia buatkan Mommy migrain atau tak.
Yang ni konfem tak boleh nak teruskan. So Mommy guna sebagai masker je. Tu pun berapa kali sangat je pakai. Selebihnya MALAS!


2. Beutskin Essense

Yang ni kes terpengaruh tengok kulit Adira tu jadi putih melepak. Tambah pulak ada kawan kat office jadi dealer. Dia bagi Mommy harga dealer. Ok beliiiiiii...!
Kapsul dia sebenarnya kaler merah. Bukan hitam macam dalam gambar kat bawah ni.
1 kotak RM200 ada 60 kapsul. Mommy sempat try 2 kotak.
Dia suruh makan 4 biji sehari. Aduiiii banyak tu. Maknanya sebulan kena beli 2 kotak!
Mommy makan habis 2 kotak tak nampak hasil pun kat kulit. Tapi yang bagusnya pil ni, dia hilangkan senggugut. Alhamdulillah sepanjang makan ni langsung Mommy tak senggugut. Mommy ni jenis yang senggugut taham berguling-guling sakit dia. Sampai kena makan pain killer!

Habis 2 kotak Mommy stop. Tak cukup modal. Haha!

Sebenarnya kalau nakkan hasil yang terbaik kena ambil dengan kapsul SNE. Tambah lagi RM190. Huhu!


3. Avon Peptida Collagen Drink

Yang ni Mommy tak beli tapi My Ma yang bagi sebab dia terlebih beli. Dapat la 3 kotak consist of 30 botol.
First komen pasal kolagen drink ni... Sedap! Macam air ribena pun ada cuma versi yang pekat sedikit. Mommy minum selama sebulan. Tapi tak nampak pun hasil kat muka. 
Hmmm... sebenarnya apa yang Mommy rasa bila ambil kolagen ni lebih macam kita ambil pil makjun. Maksud Mommy dari segi khasiatnya. Hehe! Tak perlu la nak jelaskan kat sini. Paham-paham sendiri la yea.

Jadi kalau ada siapa-siapa yang tak suka makan makjun macam Mommy ni, boleh la try minum yang ni.


4. GLA Complex Shaklee
Habis yang avon, Mommy terus sambung Shaklee ni pulak. Ni pun kes terpengaruh tengok kulit kawan office. Kalau ikutkan sebenarnya kita kena bagi badan rehat 1 - 2 minggu sebelum try produk lain. Tapi Mommy dah tak sabar terus sambung makan ni.

1 botol RM73 ada 60 kapsul. 1 hari makan 2 kapsul pagi dengan malam. Hari ni dah masuk botol ke-2. Nampak macam takde hasil pun lagi ni. Hmmm... Tapi takpe la. Teruskan je la sebab Shaklee ni kan organik lagi pulak kita supplement tambahan la.


5. ESP Shaklee
Ni Mommy belum beli tapi dah try-try minum. Ok. Takde migrain. InsyaAllah bulan depan la kot boleh start minum. Sebab bulan ni dah terlebih expenses. Yang ni pun untuk kulit. Pun jugak Mommy tengok ada budak kat office ni minum nampak lawa kulit dia. Dia ada parut jerawat. Sekarang macam dah kurang. 1 ni harga dia RM120.


Sebenarnya semua-semua kat atas ni kena makan ikut disiplin dia. Kena konsisten. Baru nampak hasil.
Sebab tu la Mommy ni lambat nak nampak hasil. Sebab makan tak konsisten pastu tak sabar. Hehe!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Ina Haireina
AUTHOR
April 24, 2013 at 10:37 AM delete

amboi banyak nye mommy.. hehhe..

saya pun jenis cepat terpengaruh jugak.. dulu zaman bekerja.. cepat je membeli.. skrg dah jadi surirumah ni.. susah sikit nak membeli.. hhehehe..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 24, 2013 at 12:09 PM delete

ina : ishhh nampak gaya nak kena jd surirumah jugak ni. baru jimat sikit kot. hehe.. berangan lagiiiii. huhu

Reply
avatar
April 25, 2013 at 10:34 AM delete

fuhhh dasyatnye dia try blako tuu..tgk ko iklan tu segho nak beli blako tp poket tidak mengizinkan..mampu make jamu bidan kg jah rm10 sepeket..hihih..tp hak shaklee tu ha xamik 1set ko? kalu 1 lagi cepat kesan dia.. dlu berehi jgk beli loni anak 2 xdan nak caro dah rebeh sokmo... hukhuk

Reply
avatar