Ulser

11:12:00 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Semalam Mommy MC tapi bukan Mommy yang sakit. Ni budak kecik nih!


Hari Sabtu (6 April 2013) kitorang ke Klinik Serena sebab dah setkan appointment untuk ambik injection 18 bulan. Dah 3 minggu set tarikh tu. Arissa pun dah terlebih 3 bulan dari tarikh yang sepatutnya. Nak buat macamana... tiap kali nak gi inject dia tak sihat.

Petang Jumaat tu dia asyik menangis tiap kali minum air. "Akitttt...akittttt" sambil tangan tunjuk dalam mulut. Mommy ingatkan ada ulser kay lidah atau bibir dia. Tapi kita nak tengok tak nampak. Bila dia minum air atau susu terus menjerit kuat-kuat cakap sakit. Aduhhh...! Sekit sangat tengok dia masa tu. Nampak seksa sangat nak telan air. Mommy bagi bubur ok dia boleh telan.

Tengah malam dia sedar mintak susu macam biasa. Tapi bila minum seteguk je dah menjerit. Panik tau tengah-tengah malam tak tau nak buat apa. Mommy sapu gel kebas mulut yang dapat masa dia kena penyakit tangan kaki mulut dulu. Tahan la kejap. Boleh tidur balik.

Sabtu pagi pun macam tu jugak. Dia nak minum tapi tak boleh telan. Minum susu 1 hari tak sampai 5oz pun. Mommy bagi dia minum soya sejuk. Nampak dia ok.

Kitorang jumpa Dr. Serena pukul 10.30 pagi. Sebelum inject Mommy cerita la dulu problem Arissa. Dia check mulut Arissa pastu terus geleng kepala.

"Too bad la mama... kita tak boleh inject dia harini. she got 4 ulser pada anak tekak" sambil tangan lukis gambar.

Aduhhhhh... patut laa. Boleh imagine tak macamana pedih peritnya dia bila nak menelan? Sedangkan kita yang kena ulser sebijik kat bibir pun dah pedih. Inikan pulak 4 sekaligus.

Dokter bagi ubat tahan sakit/deman dengan antibiotik untuk 5 hari. Set balik appoint pada 20 April. Hmmm.. Arissa.. Arissa... awak memang suka Serena kan. Saje nak Mommy derma kat klinik dia 2 kali bulan ni kan. Huhu!

Hari Isnin Mommy dapat MC untuk jaga Arissa.

Macamana Mommy buat untuk hilangkan ulser Arissa selain ubat-ubat dokter bagi? Mommy bagi dia makan ais krim vanilla, bagi minum soya sejuk dan makan buah oren sunkis. Kalau boleh nak suruh dia berkumur dengan air garam tapi macam zalim la pulak. Hehe. Lagipun risau takut dia telan.

Alhamdulillah petang Isnin dia dah mula ada selera nak makan, minum susu. Minum air pun dah ok. Dah ok baru Mommy yakin nak hantar dia ke taska. Tu pun Mommy bekalkan gula-gula jelly. Pesan kat pengasuh kalau dia menangis sakit tekak, bagi gula-gula tu 2 -3 bijik.

Semalam MC tapi sempat lagi jenguk ke Giant. Hehe!


Dan sebab tak kerja jugak boleh la Papa merasa makan kari ayam buat dinner. Kalau tak asyik makan sup sayur dengan ayam goreng :-)


4 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
April 9, 2013 at 8:34 PM delete

Dapat juga ayam goreng. Hihi

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 9, 2013 at 11:34 PM delete

ayam goreng kat ner plak MA?

Reply
avatar
Queen
AUTHOR
April 10, 2013 at 4:44 PM delete

sedap. tekanan tgk orang masak ni. aduhai...hehe

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
April 10, 2013 at 6:09 PM delete

"Kalau tak asyik makan sup sayur dan ayam goreng"

Dpt jugak ayam goreng. MA beli aje...

Reply
avatar