Update Arissa @ 22 Months

11:30:00 AM 4 Comments A+ a-

Mommy hampir lupa nak catat perkembangan Arissa kat sini. Tak boleh tidak kena tulis jugak sikit sebanyak buat kenangan masa akan datang.

"tet" = cat. Sekarang dah tak panggil "meaww".

"akit" = sakit. Suka tunjuk kalau badan dia ada kesan apa-apa. Tak kira la dah tinggal parut pun mesti datang dekat kita pastu tunjuk sambil cakat "akittt". Hari tu Abah Tok dia datang rumah. Arissa jumpa botol minyak TYT. Terus tunjuk kat Abah Tok dia kesan gigit nyamuk kat lengan. Dah sapu kat lengan, tunjuk kat lengan sebelah lagi. Pastu lutut. Pastu kaki. Habis semua tempat la tetiba jadi sakit. Haha!

"aasirr" = tok sir @ takmo. Dah pandai guna perkataan ni pada tempatnya. Dulu kalau nak pun kadang dia sebut "aasir"

Suka sinsing kaki seluar sampai lutut. Yang ni ikut habit Mommy dia. Haha!

Dah ada perasaan belas kasihan. Kalau kita tunjuk kesan luka. Dia akan tanya "akit?". KIta cakap la sakitttt. Dia sentuh pelan-pelan sambil cakap lagi "akit". Lagi satu kalau kita nak mintak barang dari dia then dia takmo bagi. Trick dia senang je. Buat-buat nangis. Mesti laju je dia hulur kat kita.

"bubbur". Tapi kadang bunyi macam "bobo" pun ada.

Masih suka guna perkataan "nak" selepas benda. Contohnya:

"sussu... nak!"
"bubbur... nak!"

"onyet" = monyet

"anak" = taknak

Sukan sangat menyanyi. Tapi tetap bunyi pelat la. Antara lagu yang dia suka nyanyi:

Are u sleeping
Lompat si katak lompat
Bapa ku pulang
Bangun pagi gosok gigi
Burung kakak tua

"oleh" = tak boleh sambil muka pandang tempat lain dan tangan sorok kat belakang

4 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
April 22, 2013 at 11:47 AM delete

Nk mintak duit lah. Hahaha

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 22, 2013 at 2:06 PM delete

MA : duit pun boleh.syaratnya awk bg dia pgg dlu.pastu mintak balik. hehe

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
April 22, 2013 at 5:48 PM delete

Pesan kt dia... duit kalo mummy n papa mintak je kasi. Org lain jgn kasi. Hihi

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
April 23, 2013 at 9:21 AM delete

MA : 2 la kan. bahaya gak ni

Reply
avatar