Mudahnya dengan Maggi Magic Meals

3:45:00 PM 3 Comments A+ a-

Ini Bukan Entry Berbayar

Hehe!

Assalamualaikum :-)

Mommies dah try ke belum ni?


Mommy terjumpa benda magic ni dekat Giant last week. Konon shopping tambah barang dapur sebab kawan office cakap takut nanti dharurat. Huhu! Senang sangat eprcaya benda tahyul ni kan :-p

Mommy tengok dekat rak ada 2 perisa. Kari, ayam masak merah dengan ayam masak kicap. Semua Mommy ambik nak try. Harga pun murah. RM 3.89! Ok la kan?

Mommy dah try guna buat ayam masak merah. Tak tipu. Memang betul-betul menyenangkan kerja. Masak sekali dapat dua benda. Nasik dengan lauknya sekali. Jimat gas rumah. Hehe!

Guna Magic Meals ni memang sangat-sangat membantu kalau kita nak cepat. Tapi syarat dia ayam tu kena dah siap-siap defrost la. Macam Mommy hari tu, baru nak keluarkan ayam dari freezer. Jawabnya pukul 10 la baru boleh makan.

Steps dia semudah 1 2 3 4. Sangat sesuai la kalau buat bekal bila travel jauh.

Steps nak guna Magic Meals ni macam kat bawah:

1. Mula-mula bersihkan ayam. Potong kecik-kecik. Tapi Mommy ada yang saiz besar je. Boleh lah. Potong bawang besar sekali. Masukkan dalam plastik yang diberi. Curahkan serbuk perisa yang disertakan sekali. Ikat plastik kemas-kemas pastu goncang kasi sebati.


2. Masukkan dalam rice cooker. Letak plastik ayam tu kat atas beras dan air. Tutup periuk dan tekan cook. Dia perlukan masa 45 minit untuk masak. 
Rice cooker Mommy memang ambik masa 45 minit untuk masak. Dan masak, Mommy biarkan dulu dalam 20 minit. Kemudian baru bukak.
Masa tengah masak tu Mommy cuak jugak. Takut plastik tu hancur. Mati la nak jawab dengan husband nanti. Kejap-kejap Mommy cium rice cooker tu takut bau hangit.
Tapi takde pun. Ok je.


3. Masukkan dalam pinggan. Siap sedia untuk dimakan.


Bawang yang dipotong masih keras walaupun dan lebih 1 jam dimasak. Ayam lembut macam dikukus. 

Tapi......

Bagi Mommy rasa kena tambah garam gula sikit lagi baru sodap! Tapi tak tau la kot Mommy terlebih letak ayam. 1 pek ni untuk 600g je.

Ada 2 perisa lagi ni. Tunggu terdesak baru kita guna. Hehe!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
May 8, 2013 at 4:25 PM delete

Uishhh.... rasa x ke maggi annya?

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 9, 2013 at 10:07 AM delete

tak pun. bau dia best!

Reply
avatar
@izY@N
AUTHOR
May 31, 2013 at 1:06 AM delete

kite dah try ayam masak kicap.. Mmg agak tawarla..kna tambah garam lagi kot.. Tp mmg menyenangkan kerja kan..

Reply
avatar