Spender Pun Hilang

9:52:00 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum 

Dah banyak hari tak buat entry baru kan. Tiba-tiba keluar entry tajuk macam ni pulak. Ni edisi lepas geram yea Mommies.

Tapi sebelum tu nak tanya la Mommies yang letak anak kat taska ada tak pengalaman baju hilang?

Mommy dah geram sangat ni. Dah banyak kali sangat jadi benda ni. Tapi kita sabar lagi.

Tapi ni dah macam tak boleh tahan!
Rasanya entah berapa pasang baju Arissa hilang kat taska tu. Sebab tu Mommy heran apasal la baju dia ni makin Mommy beli tambah, tak nampak banyak. Asyik-asyik gilir baju sama. Sedangkan boleh kata tiap-tiap bulan shopping baju harian dia. Baju harian tu biasanya Mommy beli yang RM30 ke bawah untuk pakai di taska.

Dulu MOmmy tak perasan sangat benda ni. Sebabnya balik dari taska terus curah baju-baju kotor masuk dalam bakul. Dah tak tengok cukup ke tak. Tapi bila tiba time nak melipat, baru perasan ada yang takde seluar, ada yang takde baju, dan sekarang baru Mommy perasan ada yang sepasang terus hilang! Ini dah lebih!

Bulan lepas Mommy perasan t-shirt Arissa sepasang yang baru 2 kali pakai dah takde. Mommy check dalam bakul kain kotor, dalam mesin basuh, dalam bakul kain dah basuh, dalam almari. Takde! Mommy cari dulu sebab takut kita yang salah letak. Nanti tak pasal-pasal malu.

Next day bila hantar Arissa, Mommy bagitau dekat budak pengasuh pasal baju dia tu. Bagitau sekali seluar yang takde tinggal tshirt saja. Dia cakap mungkin orang yang tukar baju Arissa tersilap masuk beg budak lain. Nanti tunggu mak budak lain bagi balik. Ok. Mommy tunggu.

Lepas seminggu, Mommy tanya lagi. Pun cakap macam tu jugak. Dia cakap takde orang hantar lagi.

Mommy memang marah dekat pengasuh tu sebab cuai tapi Mommy masih boleh terima sebab mungkin dia tak kenal tu baju siapa. Termasuk beg orang lain. Tapi..... yang buat Mommy nak marah sangat-sangat ni SI EMAK BUDAK tu. Takkan la tak kenal baju anak sendiri kan. 

Mommy pun dah berapa kali tengok dalam beg Arissa ada baju budak lain. Lepas dah basuh Mommy hantar balik ke taska.

Tapi spesis mak jenis apa ni. Takkan la baju anak tu pakai buang kot. Dah berbulan mustahil la tak basuh baju anak kan. Apa sanggup ke engkau pakaikan baju orang entah sapa-sapa kat anak kau?! 

Dan malam tadi masa Mommy nak packing beg baju Arissa untuk hari ni, Baru Mommy perasan spender dia kaler pink gambar Pooh yang juga baru beli dah takde. Habis tempat Mommy cari. Takde. Last pakai minggu lepas kat taska! Eiiiiiii dah la mahal macam harga Avon punya! Geram laaaa camni!!!!! Takkan nak spotcheck selak kain budak sorang-sorang!!!!


4 kawan cakap

Write kawan cakap
afiewithayie
AUTHOR
May 8, 2013 at 10:06 AM delete

macam2 hal kan kalau hantar kat nursery ni kan..yang hantar pengasuh pon kadang2 rase pening inikan plak taska..byk2 sabar yea mommy..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 8, 2013 at 2:52 PM delete

hmmm... da nasib :-(

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
May 8, 2013 at 4:28 PM delete

So far, x pernah lagi hilang. Tapi sejak masuk tadika ni, bekal makanan adam hilang - air kotak, coklat, biskut.

Org dh tau dia byk stok mknn dalam beg. Huhu.

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 21, 2013 at 2:10 PM delete

MA : ke adam yang sedekah? hehe

Reply
avatar