Tips Stop Breasfeeding @ Nyonyot

2:10:00 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Alhamdulillah bulan depan Arissa dah nak masuk 2 tahun. Update pasal dia pun selalu lupa nak buat. Tapi Mommy biasa simpan dalam henpon.

Disebabkan dia dah nak cukup 2 tahun, jadinya Mommy kalau boleh nak stop dah breastfeeding. Rasanya bukan lagi bf sekarang ni. Lebih kepada dia nak nyonyot je sebelum tidur. Susu macam dah takde.

Arissa pulak gigi dah nak penuh mulut. Bila dia nyonyot tu boleh rasa tajam-tajam je kat situ.

Sampai la malam 15 Mei 2013. Dia nyonyot sebelum tidur. Mommy rasa sakit. Macam pedih sangat. Bila dia dah lepas, Mommy check tengok dah luka. Patut la pedih semacam.

16 Mei 2013
Maghrib tu macam biasa, sambil baring depan tv, Arissa akan cuba selak baju Mommy sambil cakap "Nii...niiiii...". Mommy suruh dia tunggu kejap. Mommy bangun bukak peti ais, ambik limau kasturi. Potong dua. Mommy sapu kat situ. Dua-dua belah. Pastu baring balik sebelah dia.

Hehe!

Bila dia try hisap, muka dah lain. Mommy cakap la "Eeee tak sedap!"

Sambil jauhkan muka dia cakap "Eeee... usukkkk!"

Haha!

Berjaya!

Sampai la waktu nak tidur. Dia tarik-tarik baju Mommy, pastu cakap "Eeee yekkk... usukkk!". Terus cakap "Sussuu!". Yesss! Berjaya! Buatkan dia susu sebotol. Terus lena.

Alhamdulillah!

Besoknya pun Mommy buat macam tu jugak. Tapi hari ketiga terpaksa bagi sebab rasa macam sakit. Bengkak. Susu dah takde. Tapi rasa sakit. Bila dia nyonyot, hilang sakit tu.

Tapi semalam Mommy sapu balik limau nipis tu. Sebab kerap sangat dia asyik tarik naju.

Kesian tu memang la kesian. Tapi Mommy tak nak la dah luka-luka baru nak berhenti. Baik slow-slow kita stop-kan dia.

So... stok limau kasturi mesti selalu ada kat rumah.


Selain limau kasturi ni boleh jugak kalau nak letak bawang putih atau halia. Tapi Mommy kesian la pulak kat lidah dia nanti. Kita pun kalau termakan rasa tak sedapkan. Kalau limau ni just musam-masam je.

6 kawan cakap

Write kawan cakap
Wazilia
AUTHOR
May 22, 2013 at 9:44 AM delete

ingatkan letak kopi..bagi rasa pahit..hehhe

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 23, 2013 at 4:25 PM delete

umoh kiter xde kopi la awok

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
May 26, 2013 at 9:05 AM delete

Kopi? Mana bleh... kafein tu. Hihihi...

Reply
avatar
Eyda Sukiman
AUTHOR
June 4, 2013 at 3:00 PM delete

JEMPUT SINGGAH BLOG SAYA

http://mummyhealthyvitastore.blogspot.com/

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
June 5, 2013 at 9:50 AM delete

MA : hehe! kot try letak milo kang lg dia syok nyonyot plak

Reply
avatar