Bercuti Sambil Berubat Di Port Dickson - Day 1

11:38:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Alahai lamanya tak bersiaran kat sini. Sejak pegang tugas baru ni sibuk betul. Bukak blog pun untuk blogwalking je. Cerita pasal birthday party pun tak buat lagi. Gambar pun belum transfer habis lagi.

Sabtu Ahad kelmarin kitorang ke PD. Tujuan asalnya sebab Papa nak mandi air laut untuk hilangkan alergik kat tangan dia. Pakar kulit dah jumpa pada hari Jumaat. Satu beg dia bagi ubat siap kena cucuk sejarum dan bagi sabun mandi khas.

Jom cerita pasal PD!

 22 Jun 2013 @ 6.45 AM
6.45 am Mommy dah bangun sebab nak siapkan breakfast dan bekal. Mommy masak nasi goreng dengan ayam masak kicap je. Barang-barang lain semua dah siap packing malam tadi. Mandikan Arissa, suapkan nasi goreng buat susu sebotol. Pukul 9.30am baru bertolak. Konon nak bertolak pukul 8. Huhu!

11.30AM
Sampai di Hotel Seri Malaysia PD. Ni kali kedua kitorang stay kat sini. Dulu bilik standard harga RM170 tapi sekarang dah naik RM189. Bilik dia ok tapi bilik air yang amatlah kiut. Kecik je. Pastu kitorang dapat shower yang tekanan air rendah. Bercinta nak tunggu basah satu badan. Mandi pakai paip biasa lagi cepat.

Check in pukul 2.30 baru dibenarkan. Nak tunggu masa berlalu kitorang turun pantai dulu. PUkul 12 matahari tengah tegak atas kepala. Huhu! Arissa masih tidur. Kejutkan dia. Bangun pun dengan mood tak berapa elok. Masam je. 

Lagi satu best stay kat Seri Malaysia ni sebab dekat dengan pantai dan pasar malam. Tu yang syok!


Masa kitorang sampai ni air tengah surut sampai ke tengah. Best sangat!


Anak ketam punya la banyak!


Panas tapi redah jugak!


Pakcik ni sibuk nak tangkap ketam. Ketam sepit biru macam jual kat pasar tu pun banyak. Tapi kecik la. Tak tergamak nak makan.


Gambar macam ni wajib ada. Boypren & galpren! Hehe!


Budak takut air. Terus nangis bila Mommy lepas tangan suruh dia jalan sendiri.


Lepak bawah pokok sambil makan bekal.


2.00PM
Check in. Alhamdulillah dapat aircond. Masuk bilik terus mandikan Arissa sebab nak suruh dia tidur. Tapi takdenya makcik tu nak tidur. Suka betul dia kalau tidur kat hotel. Habis semua dia selongkar. Main suis tak payah cakap la. Macam bergegar hotel tu dengan suara Mommy. Hehe!

Pukul 5 bila dah nampak teduh, Papa kejut ajak turun mandi pantai. Tapi... Tengok-tengok Arissa dah tertidur. Alahaiiii... kejut lagi. Kesian budak tak cukup tidur.

Petang air dah mula pasang. Tahun lepas kitorang datang sini petang air surut, pagi air pasang. Kali ni dah terbalik. Kat sini walaupun air pasang tapi tak dalam. Paling dalam takat pinggang sebab pasir dia landai.

Arissa macam biasa, mula-mula sampai takut!


Yang tak berapa best bila air pasang ni, sampah sarap penuh kat tebing. Kenapa la diorang tak kutip sapu time-time ni. Ditambah pulak dengan pemandangan manusia berbaju dia keping tu. Huhu! Cuci mata la yang si lelaki!




Dekat pukul 7 kitorang dah naik. sebab nak siap pegi pasar malas lepas Maghrib. Perut pun dah bunyi. Asyik lapar je sekarang ni.

Lepas Maghrib terus jalan kaki ke pasar malam. Papa tak bagi Arissa pakai kasut sebab takut nanti tak terkejar. Owhh! Budak ini sangat aktif yea sekarang. Makin nipis lemak Mommy dia duk kejar.

Tapi baru separuh jalan mula dengar orang tu cakap berat la lenguh la. Haaa... degil! Kita nak bawah kasut anak dia tak bagi! Bila dah sampai pasar malam, Mommy dukung la kejap. Kesian pulak nengoknya. Hehe.

Sambung entry lain sebab dah panjang sangat ni :-)