Tips Cepat Memasak Juadah Ramadhan No. 2

4:30:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Entry ni sambungan dari yang ni Tips Cepat Memasak Juadah Ramadhan.

Dalam entrytu Mommy cerita cara Mommy prepare bahan-bahan memasak khusus untuk sayur mayur je. Kali ni pasal lauk-pauk pulak.

Rumah ni jarang makan seafood sebab ada pakcik sorang ni dia tak gemar sangat lauk lain selain ayam dan daging.

Jadinya weekend kitorang ke Giant terus ke tempat ayam dan daging je la. Mommy selalu beli ayam yang dah siap potong. Mommy beli bahagian drumstik, whole leg, dada dan wing. Wing biasa besar. So Mommy dapat la peha kecik dengan wing sekali.

Dah siap cuci tos semua, Mommy packing macam ni.


 

 Mommy siap letak label sekali. Contoh masak merah, nasi lemak (ayam goreng berempah), goreng dan lain-lain.

Lagi satu, Mommy plan awal-awal menu untuk 1 minggu. Bila malam sebelum tidur Mommy keluarkan plastik untuk menu yang nak masak besok. Bangun sahur Mommy masukkan balik dalam peti tapi bukan freezer la.

Walaupun kadang-kadang menu berubah, tapi masih tetap membantu memudahkan kerja kat dapur bila buat macam ni.

Testimoni EPHYRA - Tompok Hitam Pada Wajah

3:27:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ni Mommy nak share satu testimoni kawan Mommy yang dah masuk kotak ke-3 minum EPHYRA. Dia beli dengan blog Kak Di.

Awak-awak baca sendiri la yea :D


So apa lagi? Takmo try ke? Sempat lagi ni sebelum raya. Kang kalau nak lepas raya, minggu kedua baru Mommy start bisness balik. I cuti raya 2 minggu youuuuu.... Haha!

Kalau nak order, harga dan cara macam biasa tengok kat bawah ni.

1 BOX (30 SACHETS) EPHYRA = RM197

FREE: 1 SHAKER + 1 RECYCLE BAG + FREE POSTAGE




2 BOX EPHYRA = RM350 + RM10 POSTAGE

FREE : 2 SHAKER + 2 RECYCLE BAG + 1 BAG ORGANIZER


Kalau nak bertanya atau nak order boleh contact Mommy:
cikpuanreyha@gmail.com
SMS : 019-9332747 *sms lagi cepat reply!




Chicken Pox & Vaksin

3:19:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Dah 2 minggu tak sempat nak mengarang kat sini. Mommy cuti rehat panjang minggu lepas. Arissa kena chicken pox. Huhu. Tapi alhamdulillah tak lama. Dah sembuh seperti biasa pun. Jom kita cerita pasal episod cuti-cuti Mommy dengan Arissa :D

15 Julai 2013 (Isnin)
Sampai rumah lepas ambil Arissa dari taska, Mommy nak mandikan dia. Tengok kat belakang badan ada bintat merah macam bekas gigit semut 2 - 3 biji. Dekat betis pun ada. Lengan pun sama.

Papa balik Mommy macam biasa la mengadu kat dia cakap terus la pengasuh dia ni, habis Arissa kena gigit semut.

16 Julai 2013 (Selasa)
Pagi Mommy hantar Arissa macam biasa. Niat nak bagitau pasal bintat tu, tapi tangguh dulu tunggu nak jumpa owner dia petang nanti.

Pukul 1 dapat sms dari anak owner taska bagitau badan Arissa panas dan ada bintik-bintik macam kena campak. Lepas isi borang keluar pejabat terus Mommy balik. Pukul 2 lebih sampai taska. Masuk ambik dia. Arissa nampak je Mommy terus lompat. Happy betul. Macamkan dah lama tak jumpa. Badan dia tak panas pun. Tapi kat tempat bintat semalam dah mula jadi bintik air. Confirm kena chicken pox ni. 

Nasib baik Mommy tak cakap pasal semut gigit tu pagi tadi. Haha! Kalau tak tak pasal-pasal dapat malu.

Balik rumah Arissa terus tidur. Lama pulak tu. Sampai kena kejut sebab takut nanti dia tak boleh tidur malam. Budak tu sekarang di dah mula nak jadi burung hantu. Suka tidur lewat pukul 12 - 1 pagi. Tapi Mommy dengan Papa tutup lampu, kitorang tidur. Arissa main tab dia sampai tertidur sendiri.

17 Julai 2013 (Rabu)
Mommy ke Klinik Serena. Arissa kuat betul tidur bulan puasa ni. Tidur siang. Malam berjaga. Dah siap parking, dia tidur pulak dah.

Tidur berdiri okey!


Dah mengantuk sangat-sangat la ni.



Tapi bila dah sampai klinik. MasyaAllah! Mencabarnya berdua dengan Arissa kat situ. Maklum la orang dah caj bateri full bar. Dia punya lasak jangan cakap la. Sampaikan kerusi yang budak lain duduk pun dia boleh ambik. Mainan semua takmo kongsi. Huhu.

Ni duk main susun kerusi. Sorang pun tak boleh usik kerusi yang dia susun tu.





Muka bangga sangat la tu.



Masuk jumpa doktor. Dia pun cakap confirm chicken pox. Tapi Arissa langsung tak demam. Suhu badan pun normal. Doktor cakap sebab dia dah ambik vaksin chicken pox masa umur 1 tahun kalau tak silap. Sebab tu dia tak demam. Vaksin kedua sepatutnya ambil bila dia umur 3 tahun. Tapi since dia dah kena ni, so tak payah dah la. Doktor cakap nak bagi antiviral. Mommy pun cakap la kat dia:

"Takpe ke bagi makan antiviral? Kang nanti tak keluar habis pulak."

Terus bulat mata doktor Serena tu. Haha! Dia tanya balik:

"Mama. What do you mean by tak keluar habis?"

Mommy cakap la yang orang pesan jangan bagi makan ubat kalau kena chicken pox. Nanti virus tak keluar habis. Virus tu stay dalam badan. Nanti budak dah besar akan ada effect.

Terus doktor Serena membebel:

"Habis Mama suka la kalau badan anak u ni penuh dengan chicken pox. Kita bagi antiviral bukannya nak peram dalam badan tapi antiviral ni dia terus bunuh virus tu. So tak penuh bintik satu badan pun jangan risau sebab virus dah mati."

Pastu dia siap tulis atas kertas lagi website yang dia suruh Mommy balik baca. Dia suruh google sekali pasal complication yang ambil chicken pox (vericella) vaccination. Dah la tulis dengan geram. Haha! Dia memang selalu macam tu. Pantang betul kalau kita tanya bab-bab mitos ni. Biasa Papa ada Mommy tahan la sikit. Ni bila sorang diri tak tau mata nak pandang mana sebab doktor ni kalau bercakap memang mata pandang kita tak berkelip.


Lama jugak la duk sembang hari tu. Kira berbaloi la bayar kos consultation kan. Sekali dengan ubat semua kena la RM132.


Doktor siap tuliskan jadual untuk bagi antiviral tu sekali.


Kali ni memang Mommy betul-betul ikut jadual dia bagi. Pukul 12 malam dengan 6 pagi la paling mencabar. Sebabnya Arissa masih tidur. Tapi nasib baik dia suka ubat tu. Letak syringe kat mulut, dia hisap. Kalau siang, siap cakap lagi "Emmm dap!"

Mommy cuti dari hari Rabu sampai la Selasa. Syok wehhhh duduk rumah. Asyik tidur je. Arissa pulak tidur siang punya la lama. Ada sekali dia tidur dari pukul 1 sampai 6 petang. Kena kejut sebab nak bagi makan.

Hari Ahad bintik-bintik tu dah mula kurang. Dah kering pun. Yang dekat muka dia dah kutis siap-siap. Dia tu memang pantang ada benda asing kat muka. Alhamdulillah Arissa langsung tak meragam. Sekali dia dia cakap gatal. Mommy bagi minum ubat gatal. Terus dah takde nampak garu-garu. Mommy rasa memang elok kot kalau ambik vaksin chicken pox tu. Kat klinik kerajaan memang takde. Kalau swasta pun optional. Apa yang Mommy baca, kalau sempat ambik 2 kali vaksin tu, peluang untuk tak kena chicken pox adalah sebanyak 80 - 95%. Wallahualam!

Testimoni EPHYRA - Energy Booster

8:38:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Jom Mommy cerita sikit kesan yang Mommy rasa sejak minum EPHYRA. Yang pertama sekali perubahan yang Mommy dapat rasa lepas 1 minggu minum EPHYRA adalah ENERGETIC!

Bukan nak propa lebih tapi memang betul. Kenyataan. Bukan cobaan! Haha!

Jom Mommy buktikan.

Sabtu, 13 Julai 2013

Pukul 9 pagi bangun. Mandi dan siapkan Arissa. Bagi dia breakfast. Lepas tu Mommy pulak bersiap nak beli barang basah kat Giant KD. 

Lebih kurang pukul 11.30 sampai kat Giant. Shopping lebih kurang, kejar Arissa yang lebih. Budak ni betul-betul aktif la. Sangat-sangat aktif! Dan takde perasaan takut langsung kat sapa-sapa. Habis shopping dekat pukul 1.

Papa ajak gi cari sabun garam bukit. Nak berspa lah pulak dia ni. Kat Giant tadi dah beli sepeket tapi dia tak puas hati. Nak jugak yang sabun ketul. Dia ajak ke GM Klang. Biar betul! Dah pukul 1 ni. Ayam punya lah banyak beli ni. Nak cuci, nak masak lagi ni. Tak dengar cakap kita, nak pegi jugak. Ok fine.

Singgah rumah kejap hantar barang-barang basah. Mommy naik tangga ke tingkat 4 dengan bawak beg ikea besar tu. Berat yea. Tak boleh suruh Papa. Nanti dia tak tau mana nak simpan semua tu.

Dah siap, bergerak ke GM Klang. Highway tak ramai sangat kereta. Sampai GM Klang cik mek kita takmo duduk dalam stroller. Tapi stroller kena bawak jugak in case kalau dah tak boleh kawal sangat. Kitorang tak lama kat situ sebab Arissa mula menunjukkan keaktifan dia. Dah la tak bagi kita pimpin tangan. Lepas tu lari suka hati. Mommy dah macam bibik dengan beg kat belakang kejar dia. Dia pulak gelak ingat kita main kejar-kejar.

Sampai rumah pukul 3. Buatka susu untuk Arissa. Tak sampai 10 minit dah lena depan tv. Mommy mandi lepas tu solat. Dah siap pakai uniform terus sarung apron. Pukul 3.30 Mommy start bersilat kat dapur. Dengan ayam yang penuh singki. Sengaja beli banyak untuk stok 1 minggu. Sambil masak untuk berbuka. Sambil masak jugak kupas bawang, potong sayur, packing ayam untuk ketuk-ketuk Ramadhan hari kerja.

Siap semua kerja tengok jam dah 6.30 petang. MasyaAllah. Langsung tak rasa penat atau lapar. Alhamdulillah nikmatnya puasa kali ni. Syukur juga sebab EPHYRA betul-betul membantu menambah tenaga :-)



Ni gambar terbaru. Sekarang dah tak pakai foundation. Mommy cuma pakai lotion Olay dengan bedak Silkygirl yang yang biasa. Bibir tak pakai lipstik pun. Pakai lipgloss je.

Nak try tak?
1 PREMIUM BOX (30 SACHETS) EPHYRA = RM197
FREE: 1 SHAKER + 1 RECYCLE BAG + FREE POSTAGE



2 PREMIUM BOX EPHYRA = RM350 + RM10 POSTAGE
FREE : 2 SHAKER + 2 RECYCLE BAG + 1 BAG ORGANIZER

Kalau nak bertanya atau nak order boleh contact Mommy:
cikpuanreyha@gmail.com
SMS : 019-9332747 *sms lagi cepat reply! 
 

Website Rujukan Carta Pemakanan Baby

4:37:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah sekarang ni ada 2 - 3 orang anak kawan-kawan opis Mommy yang baru mula nak dikenalkan dengan solid food. Mommy pun bukannya tau sangat tapi semuanya berdasarkan bacaan, rujukan dan pengalaman sendiri.

Mommies dan kawan-kawn kalau nak tengok puree atau solid food yang Mommy pernah buat untuk Arissa dulu boleh klik dekat label puree, solid food, bubur, 6 bulan, 7 bulan dan beberapa lagi la. Mommy sekadar bantu mana yang boleh. Tapi kena monitor jugak baby masing-masing. Takut ada yang tak sesuai untuk diorang.

Masa tengah bergiat aktif sediakan solid food untuk Arissa dulu, Mommy selalu rujuk website ni Wholesome Baby Food. Sangat-sangatmembantu! Mommy print siap-siap carta ikut kategori umur. Tapi yea la tu website omputeh. Kita kena la pandai-pandai ubah ikut selera melayu.

Ni antara carta yang ada kat website tu. Sampai sekarang Mommy simpan lagi dalam folder khas untuk solid food Arissa.

Carta Pemakanan Baby


Carta Pemakanan Baby 4 - 6 bulan

Carta Pemakanan Baby 6 - 8 bulan

Carta Pemakanan Baby 8 - 10 bulan

Carta Pemakanan Baby 10 - 12 bulan


Tapi first solid food Arissa adalah bubur nasi kosong. Konon nak kenalkan dia dengan makanan tawar dulu. Bagi rasa beras dulu. Tapi terpulang lah kat Mommies. Tengok penerimaan anak masing-masing yang mana ok. Garam atau sebarang perisa kalau boleh elakkan sehingga dia umur 2 tahun. Biar dia rasa manis dari buah atau sayur pun dah cukup.

Seronok sangat sediakan bahan untuk anak makan. Walaupun penat kena sediakan bahan hujung minggu. Lepas tu pagi-pagi siapkan bubur untuk dia. Tapi perasaan bila anak makan air tangan kita tu tak boleh nak cakap. Seronok sangatttt!!!

Kurma 4 Biji RM8

12:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

First time Mommy jumpa kurma besar dan mahal macam ni. Biasa jumpa yang besar dan fresh. Tapi ni dah ala-ala kurma mariami tu. Nama dia kurma Medjool. Katanya dari Africa Tengah kalau tak silap.

Besar! Ni tengok ni




Saiz dia dalam 2 inci kot. Dah la bulat. Tak kering sangat. Manis tu mesti la kan.

Mommy beli dekat bazaar Ramadhan kat opis ni. Dia cakap 1kg RM80. Kalau 100g dalam 4 biji. Sebab teringin sangat nak rasa ditambah lagi terpengaruh dengan blog salam2benua, Mommy pejam mata beli jugak. Alhamdulillah memang sedap. Nak makan sebiji time berbuka Mommy tak habis. Makan separuh pastu sambung pulak sebelum tidur.

Kurma 1 biji RM2! Dalam sejarah Mommy nih! Haha!

Ketuk-ketuk Ramadhan Hujung Minggu

11:28:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Macamana puasa? Ok? Ke ada yang dah raya? Hehe!

Hujung minggu pertama di bulan puasa sangat lah besttt!

Hari Sabtu kitorang berjalan sakan. Jap lagi Mommy cerita. Hari Ahad pun keluar lagi. Yang syoknya, lepas sahur, solat Subuh, tiga0tiga qada' tidur berjemaah. Pukul 9 lebih baru bangun. Tu pun sebab cik mek yang kejut nak tengok tv.

Hari Sabtu Mommy masak kari ayam dengan sayur campur. Tambah budu dengan ulam timun. Nak masak lebih-lebih pun tak syok sebab Papa masih berpantang makan. Rashes belum sembuh lagi. Sebab yang makan cuma kami berdua, Mommy pun terpaksa pantang sama. Bosan tau. Asyik makan ayam dengan daging je. Huhu!

Hari Ahad Mommy teringin sangat-sangat nak makan nasi lemak. Papa ok cuma dia cakap takmo pedas-pedas. No problem!

Menu berbuka kami malam tu:
Nasi lemak pakai beras basmathi. Sedap!
Ayam goreng berempah. Hangus diluar tapi tetap sedap dengan bau yang semerbak!
Tumis nasi lemak
Kentang goreng cili manis
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Air sirap bandung

Fuhhh memang sedap! Haha puji diri sendiri. Eh tapi memang sedap la menu malam tu. Sebab tu Mommy suka buat nasi lemak. Benda simple tapi bila dah siap penuh meja.

Kentang goreng cili manis tu Mommy main campak je. Ni la rupanya.


Nak resepi? Sangat la simple. Resepi ni sebenarnya guna sambal tumis nasi lemak je.

Resepi Kentang Goreng Cili Manis

Bahan-bahan
Minyak untuk menumis
Bawang merah dikisar. Mommy pakai chopper
Cili boh
Asam jawa
Air
Garam
Gula
Kentang potong ikut suka. Goreng dulu kejap
Carrot
Capsicum
Kacang panjang

Cara memasak
Tumis bawang merah bersama cili boh sampai pecah minyak.
Masukkan  asam jawa. Gula. Garam.
Tambah sedikit air.
Bila dah masak masukkan carrot, kacang dan capsicum.
Bila dah agak layu baru masukkan kentang.
Ok siap!

Betul lah orang cakap bulan puasa ni bulan berkat. Berkat kot kita masak untuk suami. Alhamdulillah sepanjang Mommy masak bulan puasa ni, semua masakan yang dibuat tu rasa di sedang-sedang elok. Takde termasin ke termasin. Mommy cuma ambik bau je pastu agak-agak la. Kalau hari biasa, bab merasa ni la Mommy paling lemah. sampaikan kadang tu over cook sebab balancekan rasa.

Cara Bancuh EPHYRA

10:32:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualakum :-)

Alhamdulillah. Dah sempurna semalam 1 hari kita puasa. Syukur semalam Mommy langsung tak penat dan tak rasa lapar langsung.

Sebab nikmat puasa bulan Ramadhan agaknya. Ditambah pulak Mommy sebelum sahur minum EPHYRA dulu segelas. Alhamdulillah la sebab suami pun cakap dia tak rasa lapar semalam. Kalau tahun lepas, asal sampai rumah je dah lembik. Sebab tu dia takmo minum waktu pagi kalau hari biasa. Takde selera nak breakfast katanya.

Mommy bangun nak sediakan sahur pukul 4.30 pagi. Bancuh EPHYRA dulu.

Sekarangkan EPHYRA promosi bagi free shaker. Tapi Mommy tak shake pun. Mommy gula gelas shaker tu sebab senang nak sukat 180ml. Mommy suka letak air sejuk.


Ada kawan yang cakap diorang bancuh EPHYRA tu jadi berketul kat bawah. Ok tips dia macam ni.

Sambil curahkan serbuk EPHYRA tu tangan lagi satu laju-laju kacau. Sambil curah sambil kacau. 

Siap!


Minum sejuk-sejuk sedappppp!

Lelaki Boleh ke Minum EPHYRA?

4:30:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Dah berapa banyak kali bagi salam hari ni. Haha! Takpe. Beri dapat pahala. Yang tukang jawab pun sama dapat pahala.

Hari tu ada yang tanya Mommy boleh ke lelaki minum EPHYRA? Bila Mommy promote kat office pun sama macam tu. Yang lelaki cakap takut nak minum sebab nanti kulit jadi gebu. Kalah perempuan. Haishhh!

Minum dulu baru tau macam mana!

Jawapan bagi soalan  "Bolehkan lelaki mengambil EPHYRA?"
Ya. Ia juga sesuai untuk lelaki sebab EPHYRA ni akan membantu untuk kulit lebih sihat dan bersih, bukan semata-mata nak canti gebu je. EPHYRA jugak dapat atasi masalah keletihan, tekanan dan meningkatkan imunisasi. Jangan risau, EPHYRA takde bahan yang berkaitan hormon wanita yang boleh akibatkan kesan terhadap hormon lelaki. Tak yah risau nanti ada breast ke apa yea. InsyaAllah takdenye macam tu.

Even budak-budak pun boleh minum. Tapi dengan kuantiti yang sikit la.

Tengok Arissa ni!


Pantang tengok Mommy ambik shaker. Letak air sejuk dari peti ais, dia dah kalut dah. Siap tarik tangan kita nak rebut gelas.

Tapi Mommy cuma bagi dia rasa je. Bagi dia try 2 - 3 sudu teh je.


Gambar ni gimik je lebih!

Berminat?

Contact me :-)

cikpuanreyha@gmail.com
SMS : 019-9332747 *sms lagi cepat reply!
HARGA TERMASUK POS KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH/SARAWAK
Kalau Mommies beli:
1 PREMIUM BOX (30 SACHETS) = RM197
FREE: 1 SHAKER + 1 RECYCLE BAG
Tapi kalau Mommies nak beli 2 kotak, sila SMS/EMAIL dulu yea, nanti Mommy bagi diskaun. Bila beli 2 kotak, free gift dia macam kat bawah:
2 PREMIUM BOX
FREE : 2 SHAKER + 2 RECYCLE BAG + 1 BAG ORGANIZER
 

Tips Cepat Memasak Juadah Ramadhan

3:29:00 PM 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Disebabkan tahun ni azam Mommy nak masak sepanjang puasa ni. So Mommy kena prepare bahan-bahan awal. Mommy balik kerja pukul 5. Dari KL ke Kota Damansara kalau hari biasa pukul 5.30 dah boleh sampai. Tapi biasa kalau bulan puasa ni, pukul 6 la jawabnya.

Hari Ahad lepas, Mommy dah siap prepare sikit-sikit. Agak-agak untuk 3 hari masak. Apa yang Mommy buat?

1. Kupas bawang siap-siap letak dalam 1 bekas
Kalau masak wajib guna bawangkan. Kena pulak jenis slow macam Mommy ni. Haha! Kupas siap-siap senang. Nak guna nanti ketuk dengan pisau atau tumbuk pakai lesung je. Takat 2 orang makan tak payah la nak kotorkan blender. Mommy tak suka blend lepas tu simpan dalam peti ais. Sebab selalu bawang tu bertukar warna. Bau pun tak best.


2. Potong sayur
Sayur biasa 3 jenis ni la yang selalu guna. Kobis, bunga kobis dan sawi. Mommy potong, rendam air, toskan, pastu letak dalam plastik. Masuk dalam peti ais.


Bila nak guna, ambik je masuk dalam besen. Mommy letak dalam besen macam kat bawah ni sebab nak sukat. Anggaran Mommy kalau 2 orang makan banyak ni la.



3. Asingkan lauk-pauk untuk 2 kali makan
Yang ni nanti Mommy tunjuk macamana Mommy simpan. Buat portion sikit-sikit cukup untuk berbuka dan sahur. Tak baik membazir. Lagipun, lauk ayam ikan daging ni tak elok kerap sangat kita defrost pastu bekukan balik. Nanti dah tak fresh.

4. Time management
Mommy dah setkan sekarang, mulai malam tadi la, nasi kena masak sebelum tidur. Masak siap-siap untuk 2 kali makan. Sahur dengan berbuka. Sahur Mommy nak makan nasi baru dimasak sebab masa tu selera tak berapa nak ada. Bila tengok nasi baru masak rasa selera la sikit kot. Nasi tu ok sampai waktu berbuka. Kan kata ada smart cooker. Haha! Nanti petang reheat je la.

Untuk lauk pun boleh keluarkan dari freezer sebelum tidur. Letak dalam bekas. Kalau bangun pukul 4.30 pagi, lauk tu dah elok defrost walaupun masih rasa sejuk freezer.

Kalau ayam, ikan atau daging, misal kata nak goreng, letak garam kunyit siap-siap time nak masak untuk berbuka tu. Portion untuk sahur letak dalam bekas lain. Pastu masuk kat peti air. Jangan letak kat tempat beku pulak.

Sambil masak sambil clearkan sinki. Habis masak singki pun dan clear. Hati pun senang nak jamu selera. Hehe!





Salam Ramadhan

10:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Alhamdulillah!

Dapat juga kita bertemu lagi bulan Ramadhan. Syukur Ya Allah!

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia buat semua kawan-kawan di sini.

Semoga kita bersama dapat melipat gandakan amalan di bulan yang penug barakah ini. 

Amin.

 
Tahun ni nampak gaya tak dapat tarawih berjemaah lagi la. Huhu!

Menu Sahur 1 Ramadhan

3:30:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Makan waktu dinihari ni agak mencabarkan. Tambah kalau yang ada anak baru nak belajar puasa. Mesti kena berusaha keras nak kena masak sesuatu yang boleh buka selera diorang kan. Mommy pun 2 - 3 tahun lagi bakal merasa jugak semua tu.

Menu sahur kitorang pagi tadi simple je. Seperti yang direquest oleh suami. Ayam goreng letak kicap dan sup sayur. Orang Kelantan panggil sayur air. Simple. Tapi sedap! Makan pulak dengan nasi beras siam panas-panas. Fuhhhh!

Ayam goreng letak kicap ni tak sama macam ayam goreng kicap. Mommy tak suka sangat ayam masak kicap. Sebab selalu membazir. Yea la kuah kicap tu bukan habis pun makan. Yang ni dah jadi menu wajib suami cakap. Dia siap boleh tambah lagi nasi padahal Mommy dah senduk siap-siap nasi penuh pinggan untuk dia.

Resepi sangat mudah.

Ayam tu letak garam kunyit. Pastu goreng macam biasa. Goreng garing-garing baru sedap. Pastu buangkan minyak. Ayam jangan buang pulak. Biar je dalam kuali. Terus masukkan kicap manis agak-agak 1 - 2 sudu besar. Ni Mommy letak kicap yang lebih buat nasi ayam weekend hari tu. Pastu letak la bawang besar yang dipotong gelung. Letak sekali cili atau capsicum. Kalau boleh letak cili padi lagi best. Tapi rumah ni ada budak kecik. Tak boleh la. Nak spesel sikit letak kentang yang dipotong macam KFC wedges. Tapi kentang tu goreng dulu la sebelum goreng ayam tadi. Siap! Sedap! Ada rasa masin, manis dan pedas-pedas sikit.


Ni sup sayur yang kitorang makan untuk dinner semlam. Mommy buat kuah lebih. Sahur pagi tadi Mommy just tambah sayur je. Cepat! Bila nak makan letak serbuk lada putih sikit. Suhun wajib tau. Hehe!


Tahun ni berazam nak masak sepanjang bulan puasa. Tapi tak tau la iyea ke tidak. Haha! Suami cakap dia nak makan macam ni hari-hari tiap kali sahur. Yahooooo! Kalau betul la. Tapi Mommy la pulak tak tau boleh ke sebulan telah menu yang sama. 

Kuah-kuah lemak awal-awal lagi dia cakap takmo untuk sahur. Takkan nak masak untuk buka je. Tak berbaloi. Mommy dah plan dah. Ingat nak masak untuk berbuka dan menu yang sama la sahur nanti. Hishhh... ni pening ni nak kena masak 2 - 3 kali. Kang beli kanggggg...!

Misi Baju Raya

2:55:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum
 How are you Mommies? Dah try EPHYRA ke belum?

Haha! Soalan yang agak menyampah kan. Eh tapi kalau tak cuba tak tau khasiat dan kesan dia. Entry untuk testimoni nanti Mommy buat next time.
 Hari ni nak cerita benda lain.

Esok lusa tulat, insyaAllah kita bertemu Ramadhan lagi kan. Harap-harap Allah berikan kesihatan dan kekuatan zahir dan batin untuk kita sama-sama berpuasa, sediakan juadah bersahur/berbuka dan bertarawih.
 Kalau dah nak puasa mesti terus ingat raya kan. Tahun ni Mommy berazam nak completekan persiapan kami 3 beranak kalau boleh sebelum puasa. Alhamdulillah boleh kata 80% dah settle. Untuk kami suami isteri baju kurung dengan baju melayu sepasang yang sedondon dah cukup. Selebihnya memang tertumpu kat Arissa. Mommy cuba sedaya-upaya menahan nafsu dari boros shopping tahun ni. Beli yang betul-betul perlu sahaja. Especially baju Arissa dan biskut raya. Tahun lepas shopping macam tak ingat dunia. Haha! 

6 Julai 2013 (Sabtu)

Pukul 9 lagi kitorang dah keluar rumah. Breakfast roti canai pastu terus ke Wangsa Walk. Nak ke butik Gene Martino. Agak selesa nak memilih kat situ sebab orang masih tak ramai. Tapi berpeluh jugak la mana nak memilih, nak try baju dengan nak kejar cik mek tu lagi. Dia dah takmo duduk dalam stroller dah sekarang.

Dah jumpa yang berkenan tapi takde saiz la pulak. Dah la kitorang terpaksa tukar warna tema tahun ni sebab clash dengan abang. Huhu! Susah betul nak cari baju untuk 3 beranak ni. Kejap takde saiz untuk papa. Pastu tukar kaler lain. Kang saiz untuk Mommy tinggal yang display je. Takmau lah! Siap ada kesan lipstik pulak tu. Yang si Arissa pulak meraung berguling sebab takmo try baju. Takde yang menepati kehendak kitorang balik ke butik yang sama di Giant Kota Damansara.

Alahaiiii dah rugi minyak kereta dengan tol. Kat sini lagi banyak choice. Actually 2 minggu lepas dah singgah tapi tak banyak pilihan. Sambil pilih sambil berlari kejar Arissa. Bergilir la kitorang. Sebab saiz dah tau senang la sikit. Terus ambil je yang cukup untuk 3 beranak. Takde mood nak lama-lama sebab Arissa dah mula buat hero. Sampai ada orang ingat dia boy!

Masuk dalam kereta Papa dah membebel. Dia cakap sebab Mommy suka pakaikan Arissa jeans la orang ingat anak dia boy. Terus dah tak bagi belikan jeans untuk raya ni. Nasib baik Mommy dah shopping dress untuk raya kali ni. Tapi nak jugak belikan jeans. Takpe. Kita beli jeans yang nampak gegurl eh Pa!

Jom Try EPHYRA

4:23:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum Mommies!!!

Sebelum mula cerita panjang lebar, Mommy nak bagitau dulu awal-awal. Bermula jam 2 petang tadi, tarikh hari ini, Mommy dengan rasminya telah menjadi dealer EPHYRA!

Kalau nak bertanya atau nak order boleh contact Mommy:
cikpuanreyha@gmail.com
SMS : 019-9332747 *sms lagi cepat reply!

Ok jom Mommy cerita kenapa tita-tiba jadi dealer EPHYRA pulak ni kan. Haha!

Ingat tak entry yang pasal KOLAGEN dulu tu? Kalau tak ingat boleh jenguk kat sini "Kolegen Oh Kolegen".

Macam-macam kan Mommy try. Ada yang beri kesan ada yang tak. Yang beri kesan tu pulak harga bukan tahap mampu milik untuk Mommy. Dapat makan 2 kotak je. Pastu tukar cuba benda lain pulak. Pendek kata pantang dengar kawan office makan apa-apa untuk kecantikan la. Mesti Mommy nak try.

Sampai la balik kampung hujung bulan 5, kakak Mommy (Along) hadiahkan EPHYRA sekotak (30 sachet). Dia suruh Mommy try sebab dia dah masuk kotak kedua dan dah nampak kesannya. Dah orang bagi free mesti la tak tolak kan. 

Mommy start makan 26 Mei 2013. Untuk minggu pertama Mommy ambik 2 sachet sehari. 1 pagi 1 malam. Lepas tu ambik 1 sachet sehari. Kadang minim pagi, kadang malam.

Tujuan UTAMA Mommy try EPHYRA sebab nak tau dia boleh atasi masalah SENGGUGUT ke tak. Mommy ni jenis yang senggugut yang tahap sakit guling-guling. Sampai boleh pitam! Sampaikan risau sangat kalau first day kena kat office.

ALHAMDULILLAH!

Peroid bulan lepas langsung tak senggugut! Cuma rasa lenguh-lenguh sengal-sengal pinggang sikit je. Kira macam nak bagi tanda je la dah nak period. Syukur sangat.

Lepas tu Mommy perasan RAMBUT macam MAKIN LEBAT. Kalau tak pakai perapi memang nampak anak rambut yang baru tumbuh berceracak atas kepala. Dah macam orang kena karen pun ada. Haha!

Lagi satu yang Mommy suka EPHYRA ni, sebab dia dah jadi macam ENERGY BOOSTER pulak dah. Yang Mommy boleh nampak tu masa duk sibuk ganti puasa bulan lepas. Sahur Mommy cuma minum milo secawan, roti 2 keping dan EPHYRA segelas. Masuk waktu lunch kat office langsung tak rasa lapar. Tak rasa pun macam puasa. Balik petang siap masak lagi. Ada satu hari tu, Mommy saja tak minum EPHYRA sebab nak tengok betul ke dia yang buatkan Mommy tak lapar. Tak masuk pukul 12 Mommy dah melepek lembik. Nasib baik puasa sunat je. Terus turun beli lunch. Haha!

Hari tu kan Mommy pegi mandi laut tengah-tengah hari buta kat PD, risau sebenarnya takut kulit mula berbelang nanti. Kang kalau tak mandi siapa pulak nak temankan Arissa kan. So join la sekali. Balik rumah malam tu belek muka depan cermin. Fuhhhh... nasib baik tak nampak pun kesan sunburn! Nak kata kulit ni dah putih gebu tu tak la. Belum sampai tahap tu, minum pun baru satu kotak kan. Tambah pulak hari tu minum skip-skip sebab stok dah nak habis.

Tapi Mommy jeles betul dengan Along. Kulit dia seyes nampak lembab nacam baru lepas sapu toner. Padahal tak pakai bedak pun. Tapak tangan dengan bibir dah makin pink!

Since kat office pun ramai kawan yang nak try, Mommy terus offer diri nak jadi dealer. Haha!

So Mommies kalau nak cuba boleh la contact Mommy yea. Email macam kat atas tadi. Sekarang ni kalau beli EPHYRA dapat free gift tau. Sempena nak puasa katanyer!


HARGA TERMASUK POS KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH/SARAWAK

Kalau Mommies beli:

1 PREMIUM BOX (30 SACHETS) = RM197
FREE: 1 SHAKER + 1 RECYCLE BAG

Tapi kalau Mommies nak beli 2 kotak, sila SMS/EMAIL dulu yea, nanti Mommy bagi diskaun. Bila beli 2 kotak, free gift dia macam kat bawah:

2 PREMIUM BOX
FREE : 2 SHAKER + 2 RECYCLE BAG + 1 BAG ORGANIZER

Kalau nak try jangan malu jangan segan contact Mommy yea!