Chicken Pox & Vaksin

3:19:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Dah 2 minggu tak sempat nak mengarang kat sini. Mommy cuti rehat panjang minggu lepas. Arissa kena chicken pox. Huhu. Tapi alhamdulillah tak lama. Dah sembuh seperti biasa pun. Jom kita cerita pasal episod cuti-cuti Mommy dengan Arissa :D

15 Julai 2013 (Isnin)
Sampai rumah lepas ambil Arissa dari taska, Mommy nak mandikan dia. Tengok kat belakang badan ada bintat merah macam bekas gigit semut 2 - 3 biji. Dekat betis pun ada. Lengan pun sama.

Papa balik Mommy macam biasa la mengadu kat dia cakap terus la pengasuh dia ni, habis Arissa kena gigit semut.

16 Julai 2013 (Selasa)
Pagi Mommy hantar Arissa macam biasa. Niat nak bagitau pasal bintat tu, tapi tangguh dulu tunggu nak jumpa owner dia petang nanti.

Pukul 1 dapat sms dari anak owner taska bagitau badan Arissa panas dan ada bintik-bintik macam kena campak. Lepas isi borang keluar pejabat terus Mommy balik. Pukul 2 lebih sampai taska. Masuk ambik dia. Arissa nampak je Mommy terus lompat. Happy betul. Macamkan dah lama tak jumpa. Badan dia tak panas pun. Tapi kat tempat bintat semalam dah mula jadi bintik air. Confirm kena chicken pox ni. 

Nasib baik Mommy tak cakap pasal semut gigit tu pagi tadi. Haha! Kalau tak tak pasal-pasal dapat malu.

Balik rumah Arissa terus tidur. Lama pulak tu. Sampai kena kejut sebab takut nanti dia tak boleh tidur malam. Budak tu sekarang di dah mula nak jadi burung hantu. Suka tidur lewat pukul 12 - 1 pagi. Tapi Mommy dengan Papa tutup lampu, kitorang tidur. Arissa main tab dia sampai tertidur sendiri.

17 Julai 2013 (Rabu)
Mommy ke Klinik Serena. Arissa kuat betul tidur bulan puasa ni. Tidur siang. Malam berjaga. Dah siap parking, dia tidur pulak dah.

Tidur berdiri okey!


Dah mengantuk sangat-sangat la ni.



Tapi bila dah sampai klinik. MasyaAllah! Mencabarnya berdua dengan Arissa kat situ. Maklum la orang dah caj bateri full bar. Dia punya lasak jangan cakap la. Sampaikan kerusi yang budak lain duduk pun dia boleh ambik. Mainan semua takmo kongsi. Huhu.

Ni duk main susun kerusi. Sorang pun tak boleh usik kerusi yang dia susun tu.





Muka bangga sangat la tu.



Masuk jumpa doktor. Dia pun cakap confirm chicken pox. Tapi Arissa langsung tak demam. Suhu badan pun normal. Doktor cakap sebab dia dah ambik vaksin chicken pox masa umur 1 tahun kalau tak silap. Sebab tu dia tak demam. Vaksin kedua sepatutnya ambil bila dia umur 3 tahun. Tapi since dia dah kena ni, so tak payah dah la. Doktor cakap nak bagi antiviral. Mommy pun cakap la kat dia:

"Takpe ke bagi makan antiviral? Kang nanti tak keluar habis pulak."

Terus bulat mata doktor Serena tu. Haha! Dia tanya balik:

"Mama. What do you mean by tak keluar habis?"

Mommy cakap la yang orang pesan jangan bagi makan ubat kalau kena chicken pox. Nanti virus tak keluar habis. Virus tu stay dalam badan. Nanti budak dah besar akan ada effect.

Terus doktor Serena membebel:

"Habis Mama suka la kalau badan anak u ni penuh dengan chicken pox. Kita bagi antiviral bukannya nak peram dalam badan tapi antiviral ni dia terus bunuh virus tu. So tak penuh bintik satu badan pun jangan risau sebab virus dah mati."

Pastu dia siap tulis atas kertas lagi website yang dia suruh Mommy balik baca. Dia suruh google sekali pasal complication yang ambil chicken pox (vericella) vaccination. Dah la tulis dengan geram. Haha! Dia memang selalu macam tu. Pantang betul kalau kita tanya bab-bab mitos ni. Biasa Papa ada Mommy tahan la sikit. Ni bila sorang diri tak tau mata nak pandang mana sebab doktor ni kalau bercakap memang mata pandang kita tak berkelip.


Lama jugak la duk sembang hari tu. Kira berbaloi la bayar kos consultation kan. Sekali dengan ubat semua kena la RM132.


Doktor siap tuliskan jadual untuk bagi antiviral tu sekali.


Kali ni memang Mommy betul-betul ikut jadual dia bagi. Pukul 12 malam dengan 6 pagi la paling mencabar. Sebabnya Arissa masih tidur. Tapi nasib baik dia suka ubat tu. Letak syringe kat mulut, dia hisap. Kalau siang, siap cakap lagi "Emmm dap!"

Mommy cuti dari hari Rabu sampai la Selasa. Syok wehhhh duduk rumah. Asyik tidur je. Arissa pulak tidur siang punya la lama. Ada sekali dia tidur dari pukul 1 sampai 6 petang. Kena kejut sebab nak bagi makan.

Hari Ahad bintik-bintik tu dah mula kurang. Dah kering pun. Yang dekat muka dia dah kutis siap-siap. Dia tu memang pantang ada benda asing kat muka. Alhamdulillah Arissa langsung tak meragam. Sekali dia dia cakap gatal. Mommy bagi minum ubat gatal. Terus dah takde nampak garu-garu. Mommy rasa memang elok kot kalau ambik vaksin chicken pox tu. Kat klinik kerajaan memang takde. Kalau swasta pun optional. Apa yang Mommy baca, kalau sempat ambik 2 kali vaksin tu, peluang untuk tak kena chicken pox adalah sebanyak 80 - 95%. Wallahualam!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
sitinuralia
AUTHOR
December 18, 2014 at 8:13 PM delete

Boleh sy tahu di mana klinik serena ni?

Reply
avatar
ReyhaEphyra
AUTHOR
June 10, 2015 at 11:40 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
ReyhaEphyra
AUTHOR
June 10, 2015 at 11:41 AM delete

Alaaa sorii @sitinuralia! baru baca. kat Bukit Rahman Putra Sg. Buloh yunk

Reply
avatar