Ketuk-ketuk Ramadhan Hujung Minggu

11:28:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Macamana puasa? Ok? Ke ada yang dah raya? Hehe!

Hujung minggu pertama di bulan puasa sangat lah besttt!

Hari Sabtu kitorang berjalan sakan. Jap lagi Mommy cerita. Hari Ahad pun keluar lagi. Yang syoknya, lepas sahur, solat Subuh, tiga0tiga qada' tidur berjemaah. Pukul 9 lebih baru bangun. Tu pun sebab cik mek yang kejut nak tengok tv.

Hari Sabtu Mommy masak kari ayam dengan sayur campur. Tambah budu dengan ulam timun. Nak masak lebih-lebih pun tak syok sebab Papa masih berpantang makan. Rashes belum sembuh lagi. Sebab yang makan cuma kami berdua, Mommy pun terpaksa pantang sama. Bosan tau. Asyik makan ayam dengan daging je. Huhu!

Hari Ahad Mommy teringin sangat-sangat nak makan nasi lemak. Papa ok cuma dia cakap takmo pedas-pedas. No problem!

Menu berbuka kami malam tu:
Nasi lemak pakai beras basmathi. Sedap!
Ayam goreng berempah. Hangus diluar tapi tetap sedap dengan bau yang semerbak!
Tumis nasi lemak
Kentang goreng cili manis
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Air sirap bandung

Fuhhh memang sedap! Haha puji diri sendiri. Eh tapi memang sedap la menu malam tu. Sebab tu Mommy suka buat nasi lemak. Benda simple tapi bila dah siap penuh meja.

Kentang goreng cili manis tu Mommy main campak je. Ni la rupanya.


Nak resepi? Sangat la simple. Resepi ni sebenarnya guna sambal tumis nasi lemak je.

Resepi Kentang Goreng Cili Manis

Bahan-bahan
Minyak untuk menumis
Bawang merah dikisar. Mommy pakai chopper
Cili boh
Asam jawa
Air
Garam
Gula
Kentang potong ikut suka. Goreng dulu kejap
Carrot
Capsicum
Kacang panjang

Cara memasak
Tumis bawang merah bersama cili boh sampai pecah minyak.
Masukkan  asam jawa. Gula. Garam.
Tambah sedikit air.
Bila dah masak masukkan carrot, kacang dan capsicum.
Bila dah agak layu baru masukkan kentang.
Ok siap!

Betul lah orang cakap bulan puasa ni bulan berkat. Berkat kot kita masak untuk suami. Alhamdulillah sepanjang Mommy masak bulan puasa ni, semua masakan yang dibuat tu rasa di sedang-sedang elok. Takde termasin ke termasin. Mommy cuma ambik bau je pastu agak-agak la. Kalau hari biasa, bab merasa ni la Mommy paling lemah. sampaikan kadang tu over cook sebab balancekan rasa.