Kurma 4 Biji RM8

12:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

First time Mommy jumpa kurma besar dan mahal macam ni. Biasa jumpa yang besar dan fresh. Tapi ni dah ala-ala kurma mariami tu. Nama dia kurma Medjool. Katanya dari Africa Tengah kalau tak silap.

Besar! Ni tengok ni




Saiz dia dalam 2 inci kot. Dah la bulat. Tak kering sangat. Manis tu mesti la kan.

Mommy beli dekat bazaar Ramadhan kat opis ni. Dia cakap 1kg RM80. Kalau 100g dalam 4 biji. Sebab teringin sangat nak rasa ditambah lagi terpengaruh dengan blog salam2benua, Mommy pejam mata beli jugak. Alhamdulillah memang sedap. Nak makan sebiji time berbuka Mommy tak habis. Makan separuh pastu sambung pulak sebelum tidur.

Kurma 1 biji RM2! Dalam sejarah Mommy nih! Haha!