Menu Sahur 1 Ramadhan

3:30:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Makan waktu dinihari ni agak mencabarkan. Tambah kalau yang ada anak baru nak belajar puasa. Mesti kena berusaha keras nak kena masak sesuatu yang boleh buka selera diorang kan. Mommy pun 2 - 3 tahun lagi bakal merasa jugak semua tu.

Menu sahur kitorang pagi tadi simple je. Seperti yang direquest oleh suami. Ayam goreng letak kicap dan sup sayur. Orang Kelantan panggil sayur air. Simple. Tapi sedap! Makan pulak dengan nasi beras siam panas-panas. Fuhhhh!

Ayam goreng letak kicap ni tak sama macam ayam goreng kicap. Mommy tak suka sangat ayam masak kicap. Sebab selalu membazir. Yea la kuah kicap tu bukan habis pun makan. Yang ni dah jadi menu wajib suami cakap. Dia siap boleh tambah lagi nasi padahal Mommy dah senduk siap-siap nasi penuh pinggan untuk dia.

Resepi sangat mudah.

Ayam tu letak garam kunyit. Pastu goreng macam biasa. Goreng garing-garing baru sedap. Pastu buangkan minyak. Ayam jangan buang pulak. Biar je dalam kuali. Terus masukkan kicap manis agak-agak 1 - 2 sudu besar. Ni Mommy letak kicap yang lebih buat nasi ayam weekend hari tu. Pastu letak la bawang besar yang dipotong gelung. Letak sekali cili atau capsicum. Kalau boleh letak cili padi lagi best. Tapi rumah ni ada budak kecik. Tak boleh la. Nak spesel sikit letak kentang yang dipotong macam KFC wedges. Tapi kentang tu goreng dulu la sebelum goreng ayam tadi. Siap! Sedap! Ada rasa masin, manis dan pedas-pedas sikit.


Ni sup sayur yang kitorang makan untuk dinner semlam. Mommy buat kuah lebih. Sahur pagi tadi Mommy just tambah sayur je. Cepat! Bila nak makan letak serbuk lada putih sikit. Suhun wajib tau. Hehe!


Tahun ni berazam nak masak sepanjang bulan puasa. Tapi tak tau la iyea ke tidak. Haha! Suami cakap dia nak makan macam ni hari-hari tiap kali sahur. Yahooooo! Kalau betul la. Tapi Mommy la pulak tak tau boleh ke sebulan telah menu yang sama. 

Kuah-kuah lemak awal-awal lagi dia cakap takmo untuk sahur. Takkan nak masak untuk buka je. Tak berbaloi. Mommy dah plan dah. Ingat nak masak untuk berbuka dan menu yang sama la sahur nanti. Hishhh... ni pening ni nak kena masak 2 - 3 kali. Kang beli kanggggg...!

2 kawan cakap

Write kawan cakap
adatopik
AUTHOR
July 10, 2013 at 11:43 PM delete

Menu Berbuka Puasanya tanpak menggoda banget, kalau dah bikin kayaknya mesti dijauhin deh sebelum waktunya berbuka. Takut lupa kalau lagi puasa.

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 11, 2013 at 8:27 AM delete

adatopik > asiiiiii! haha. dats y masak dekat2 nak berbuka ;-)

Reply
avatar