Misi Baju Raya

2:55:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum
 How are you Mommies? Dah try EPHYRA ke belum?

Haha! Soalan yang agak menyampah kan. Eh tapi kalau tak cuba tak tau khasiat dan kesan dia. Entry untuk testimoni nanti Mommy buat next time.
 Hari ni nak cerita benda lain.

Esok lusa tulat, insyaAllah kita bertemu Ramadhan lagi kan. Harap-harap Allah berikan kesihatan dan kekuatan zahir dan batin untuk kita sama-sama berpuasa, sediakan juadah bersahur/berbuka dan bertarawih.
 Kalau dah nak puasa mesti terus ingat raya kan. Tahun ni Mommy berazam nak completekan persiapan kami 3 beranak kalau boleh sebelum puasa. Alhamdulillah boleh kata 80% dah settle. Untuk kami suami isteri baju kurung dengan baju melayu sepasang yang sedondon dah cukup. Selebihnya memang tertumpu kat Arissa. Mommy cuba sedaya-upaya menahan nafsu dari boros shopping tahun ni. Beli yang betul-betul perlu sahaja. Especially baju Arissa dan biskut raya. Tahun lepas shopping macam tak ingat dunia. Haha! 

6 Julai 2013 (Sabtu)

Pukul 9 lagi kitorang dah keluar rumah. Breakfast roti canai pastu terus ke Wangsa Walk. Nak ke butik Gene Martino. Agak selesa nak memilih kat situ sebab orang masih tak ramai. Tapi berpeluh jugak la mana nak memilih, nak try baju dengan nak kejar cik mek tu lagi. Dia dah takmo duduk dalam stroller dah sekarang.

Dah jumpa yang berkenan tapi takde saiz la pulak. Dah la kitorang terpaksa tukar warna tema tahun ni sebab clash dengan abang. Huhu! Susah betul nak cari baju untuk 3 beranak ni. Kejap takde saiz untuk papa. Pastu tukar kaler lain. Kang saiz untuk Mommy tinggal yang display je. Takmau lah! Siap ada kesan lipstik pulak tu. Yang si Arissa pulak meraung berguling sebab takmo try baju. Takde yang menepati kehendak kitorang balik ke butik yang sama di Giant Kota Damansara.

Alahaiiii dah rugi minyak kereta dengan tol. Kat sini lagi banyak choice. Actually 2 minggu lepas dah singgah tapi tak banyak pilihan. Sambil pilih sambil berlari kejar Arissa. Bergilir la kitorang. Sebab saiz dah tau senang la sikit. Terus ambil je yang cukup untuk 3 beranak. Takde mood nak lama-lama sebab Arissa dah mula buat hero. Sampai ada orang ingat dia boy!

Masuk dalam kereta Papa dah membebel. Dia cakap sebab Mommy suka pakaikan Arissa jeans la orang ingat anak dia boy. Terus dah tak bagi belikan jeans untuk raya ni. Nasib baik Mommy dah shopping dress untuk raya kali ni. Tapi nak jugak belikan jeans. Takpe. Kita beli jeans yang nampak gegurl eh Pa!