Tips Cepat Memasak Juadah Ramadhan No. 2

4:30:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Entry ni sambungan dari yang ni Tips Cepat Memasak Juadah Ramadhan.

Dalam entrytu Mommy cerita cara Mommy prepare bahan-bahan memasak khusus untuk sayur mayur je. Kali ni pasal lauk-pauk pulak.

Rumah ni jarang makan seafood sebab ada pakcik sorang ni dia tak gemar sangat lauk lain selain ayam dan daging.

Jadinya weekend kitorang ke Giant terus ke tempat ayam dan daging je la. Mommy selalu beli ayam yang dah siap potong. Mommy beli bahagian drumstik, whole leg, dada dan wing. Wing biasa besar. So Mommy dapat la peha kecik dengan wing sekali.

Dah siap cuci tos semua, Mommy packing macam ni.


 

 Mommy siap letak label sekali. Contoh masak merah, nasi lemak (ayam goreng berempah), goreng dan lain-lain.

Lagi satu, Mommy plan awal-awal menu untuk 1 minggu. Bila malam sebelum tidur Mommy keluarkan plastik untuk menu yang nak masak besok. Bangun sahur Mommy masukkan balik dalam peti tapi bukan freezer la.

Walaupun kadang-kadang menu berubah, tapi masih tetap membantu memudahkan kerja kat dapur bila buat macam ni.