Tips Cepat Memasak Juadah Ramadhan

3:29:00 PM 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Disebabkan tahun ni azam Mommy nak masak sepanjang puasa ni. So Mommy kena prepare bahan-bahan awal. Mommy balik kerja pukul 5. Dari KL ke Kota Damansara kalau hari biasa pukul 5.30 dah boleh sampai. Tapi biasa kalau bulan puasa ni, pukul 6 la jawabnya.

Hari Ahad lepas, Mommy dah siap prepare sikit-sikit. Agak-agak untuk 3 hari masak. Apa yang Mommy buat?

1. Kupas bawang siap-siap letak dalam 1 bekas
Kalau masak wajib guna bawangkan. Kena pulak jenis slow macam Mommy ni. Haha! Kupas siap-siap senang. Nak guna nanti ketuk dengan pisau atau tumbuk pakai lesung je. Takat 2 orang makan tak payah la nak kotorkan blender. Mommy tak suka blend lepas tu simpan dalam peti ais. Sebab selalu bawang tu bertukar warna. Bau pun tak best.


2. Potong sayur
Sayur biasa 3 jenis ni la yang selalu guna. Kobis, bunga kobis dan sawi. Mommy potong, rendam air, toskan, pastu letak dalam plastik. Masuk dalam peti ais.


Bila nak guna, ambik je masuk dalam besen. Mommy letak dalam besen macam kat bawah ni sebab nak sukat. Anggaran Mommy kalau 2 orang makan banyak ni la.



3. Asingkan lauk-pauk untuk 2 kali makan
Yang ni nanti Mommy tunjuk macamana Mommy simpan. Buat portion sikit-sikit cukup untuk berbuka dan sahur. Tak baik membazir. Lagipun, lauk ayam ikan daging ni tak elok kerap sangat kita defrost pastu bekukan balik. Nanti dah tak fresh.

4. Time management
Mommy dah setkan sekarang, mulai malam tadi la, nasi kena masak sebelum tidur. Masak siap-siap untuk 2 kali makan. Sahur dengan berbuka. Sahur Mommy nak makan nasi baru dimasak sebab masa tu selera tak berapa nak ada. Bila tengok nasi baru masak rasa selera la sikit kot. Nasi tu ok sampai waktu berbuka. Kan kata ada smart cooker. Haha! Nanti petang reheat je la.

Untuk lauk pun boleh keluarkan dari freezer sebelum tidur. Letak dalam bekas. Kalau bangun pukul 4.30 pagi, lauk tu dah elok defrost walaupun masih rasa sejuk freezer.

Kalau ayam, ikan atau daging, misal kata nak goreng, letak garam kunyit siap-siap time nak masak untuk berbuka tu. Portion untuk sahur letak dalam bekas lain. Pastu masuk kat peti air. Jangan letak kat tempat beku pulak.

Sambil masak sambil clearkan sinki. Habis masak singki pun dan clear. Hati pun senang nak jamu selera. Hehe!





8 kawan cakap

Write kawan cakap
afiewithayie
AUTHOR
July 10, 2013 at 3:42 PM delete

setuju..samer la kita..smua siap2 kupas kopek asing bahan2 nyer..tinggal nak masak je..hehe..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 10, 2013 at 3:49 PM delete

afiewithayie > kannn.. senang keje. masak ni kejap je. tapi bab nak sedia bahan tu yang lama kan :-)

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
July 10, 2013 at 6:24 PM delete

Sama... kecuali nasi. Nasi baru masak la sedap. Lagipun, nasi kan letak je dlm rice cooker, tinggal. Sambil2 masak lauk tu... siap. Sedap ooo nasi baru. Lauk telur dadar je pun sedap kalo nasi baru. Hihi

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 11, 2013 at 8:26 AM delete

tapi nasi sy wlau reheat sama je rasa ngan yang baru. haha! periuk i byk part la nk kena basuh MA

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
July 13, 2013 at 3:51 PM delete

Setakat ni sempat masak...nasib rumah dekat huhu...tapi nasi saya pun masak mcm reyha...sekali masak utk 2 kali mkn

Reply
avatar
Queen
AUTHOR
July 13, 2013 at 10:43 PM delete

cara saya dari dulu....kupik dan blend semua tok nenek bawang siap2. cili kering semua. balik keje campak kan je. :-)

rice cooker mahal....banyak part

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 15, 2013 at 8:32 AM delete

asYDhia > jeles la dengan org rumah dekat ni tauuuu!

Queen > nape bawang kalau sy blend siap2 mesti jadi kaler hijau pastu tukar jadi pepel plak. ada petua ke?

Reply
avatar
Noorul Has
AUTHOR
July 16, 2013 at 1:50 PM delete

nasi sekali masak tuk 2x mkn tuk sahur berbuka..kita 2x makan tuk sahur 2hari.. lagi jimat tu beras..
hihihih..

Reply
avatar