Website Rujukan Carta Pemakanan Baby

4:37:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah sekarang ni ada 2 - 3 orang anak kawan-kawan opis Mommy yang baru mula nak dikenalkan dengan solid food. Mommy pun bukannya tau sangat tapi semuanya berdasarkan bacaan, rujukan dan pengalaman sendiri.

Mommies dan kawan-kawn kalau nak tengok puree atau solid food yang Mommy pernah buat untuk Arissa dulu boleh klik dekat label puree, solid food, bubur, 6 bulan, 7 bulan dan beberapa lagi la. Mommy sekadar bantu mana yang boleh. Tapi kena monitor jugak baby masing-masing. Takut ada yang tak sesuai untuk diorang.

Masa tengah bergiat aktif sediakan solid food untuk Arissa dulu, Mommy selalu rujuk website ni Wholesome Baby Food. Sangat-sangatmembantu! Mommy print siap-siap carta ikut kategori umur. Tapi yea la tu website omputeh. Kita kena la pandai-pandai ubah ikut selera melayu.

Ni antara carta yang ada kat website tu. Sampai sekarang Mommy simpan lagi dalam folder khas untuk solid food Arissa.

Carta Pemakanan Baby


Carta Pemakanan Baby 4 - 6 bulan

Carta Pemakanan Baby 6 - 8 bulan

Carta Pemakanan Baby 8 - 10 bulan

Carta Pemakanan Baby 10 - 12 bulan


Tapi first solid food Arissa adalah bubur nasi kosong. Konon nak kenalkan dia dengan makanan tawar dulu. Bagi rasa beras dulu. Tapi terpulang lah kat Mommies. Tengok penerimaan anak masing-masing yang mana ok. Garam atau sebarang perisa kalau boleh elakkan sehingga dia umur 2 tahun. Biar dia rasa manis dari buah atau sayur pun dah cukup.

Seronok sangat sediakan bahan untuk anak makan. Walaupun penat kena sediakan bahan hujung minggu. Lepas tu pagi-pagi siapkan bubur untuk dia. Tapi perasaan bila anak makan air tangan kita tu tak boleh nak cakap. Seronok sangatttt!!!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
July 15, 2013 at 10:15 PM delete

thx mummy kuar kan list. nak share bole? ngee

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
July 16, 2013 at 8:04 AM delete

Ibu > amik2. sila share. no poblem!

Reply
avatar
Maizatul Ain
AUTHOR
July 19, 2013 at 11:28 PM delete

Terima kasih...memang tercarik-carik...since yg kecik ni dah 7 mths...

Reply
avatar