Gangguan Bekalan Air di Kota Damansara

12:16:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Air oh air!


Ada kat sini orang Kota Damansara tak? Mandi tak pagi ni? Haha!

Tension sebenarnya ni. Kat rumah dari petang semalam takde air. Tinggal air dalam tangki je. Tangki pun bukannya besar sangat.

Mommy semalam nasib baik dah tapau lauk. Tapi gedik gak nak bakar daging. Masak nasi. Tak pasal-pasal penuh dalam sinki.

Mula-mula buka paip sinki tengok takde air keluar. Ingatkan ada orang tutup paip utama kat bawah. Mommy call Papa suruh dia tolong check paip kat bawah sebelum naik nanti. Tapi bila Papa sampai dia cakap, semua paip dah memang buka macam biasa.

Minggu lepas 2 kali rumah kitorang takde air. Ingatkan ada gangguan air tapi rupanya ada orang tutup paip utama untuk tingkat rumah kitorang. Geram betul! 2 hari berturut-turut pulak tu. Sekali Mommy turun bukakan. Besoknya Papa pulak. Mungkin ada orang nak repair paip rumah dia. Tapi sekurang-kurangnya letak la notis ke apa. Sebab paip tu untuk kegunaan satu level. Mumgkin bila kitorang bukak paip kat bawah tu, dah bersembur air kat rumah dia. Padan muka!

Malam tadi punya la berjimat kitorang guna air. Mandi pun asal basah je. Haha! Mommy punya la berdoa jangan Arissa uukk uukk. Tapi doaku tak dimakbulkan. Huhu! Pukul 11 malam dia dah selamat dengan aksi yang tersendiri. Tambah la tension i! Biasa basuh dia main bukak je paip ni. Malam ni secermat yang mungkin Mommy cuba. Eh bersih jugak yea... Siap lekat bau sabun lagi. Haha!

Ni Mommy baru baca kat internet katanya tangki air kat airport Subang dah kering. Aiyak! Gangguan bekalan air ni dah berlaku dari semalam dan dijangka sehingga 8 pagi besok. Tapi SYABAS cakap gangguan ni bukan sekaligus kat satu-satu tempat. Tapi secara berperingkat. Kalau balik petang ni takde jugak memang dorang tipu la tu. Mommy takmo bayar bil air lepas ni! Padahal memang tak penah bayar pun sebab kan dapat subsidi. Oppsssss...!

Periuk belanga pinggan mangkuk gelas cawan penuh dalan sinki. Kain penuh satu mesin basuh. Ni pun Mommy bawak botol dengan container susu Arissa basuh kat office. Kot nak bawak kuali tadi macam melampau la pulak... :D


Kanak-kanak 26 Bulan Dijumpai Dalam Kotak

11:30:00 AM 4 Comments A+ a-

GEMPAR!!!!

Keluar bilik mandi MOmmy nampak ada kotak EPHYRA kat ruang tamu. Penutup dia bergerak-gerak.

Mommy jenguk tengok dalam kotak ada ni.....


Budak bushuk niiiii...!

Alahai ada habit baru la pulak dah. Asal nak minum susu je dia tonggeng habis mainan dalam kotak tu. Pastu masuk minum susu dalam tu. Macam tu la tiap kali dia nak minum susu. Tapi nasib baik lepas tu dia kemas balik. Tu pun sebab Mommy umpan dengan Vitamin C. Goncang botol baru dia buat!

EPHYRA Berkotak Baru

9:59:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommy nak bagitau ni. Mungkin ada antara customer EPHYRA Mommy yang dah terima EPHYRA dengan kotak baru ni.

Kotak dia macam ni


Style tolak macam kotak mancis. 

Tapi jangan risau!

Kandungan dan khasiat EPHYRA ni masih tetap seperti dulu. Takde ubah. Takde kurang. Itu memang dijamin oleh syarikat sediri (Oceanlife Marketing).

Kenapa tukar kotak tetiba je ni?

Sebabnya ini adalah sebagai salah satu cara pihak syarikat dalam menyokong kempen "Go Green".

Ada antara customer Mommy yang sayang nak buang kotak EPHYRA lama yang keras tu. Tapi bila dah banyak sangat dah berkotak-kotak tak tau nak buat apa. Jadinya lepas ni bila dah dapat kotak ni takde la rasa sayang kalau nak buangkan.

Harga macamana pulak?

Harga masih sama. RM197. Sebenarnya harga asal EPHYRA ni adalah RM228 bagi Semenanjung dan RM238 bagi Sabah/Sarawak. Tapi sebab sambutan yang sangat menggalakkan dari pengguna-pengguna EPHYRA ni, pihak Oceanlife decide untuk kekalkan harga promosi RM197. Pada kotak baru memang akan dicetak dengan harga RM197. Tapi Mommy tengah calculate ni kot-kot boleh bagi awak-awak semua harga promosi sikit lagi. Hehe!

Promosi untuk bulan Syawal masih ada yea. Tamat sehingga 30 Syawal (awal bulan September).

Macam biasa kalau nak order emel / sms / whatsapp details kat bawah ni. Owhh lupa nak bagitau. Organizer bag dah takde yea. Syarikat dah tamatkan promosi free gift untuk organizer bag. Mommy cuma ada 3 je lagi ni. So siapa cepat dia dapat la yea :-D

Contact me :-)

cikpuanreyha@gmail.com
  No HP: 019-9332747 *sms lagi cepat reply!
1 KOTAK EPHYRA (30 SACHETS) = RM185 (TERMASUK POS)
FREE: 1 SHAKER + 1 RECYCLE BAG
2 KOTAK EPHYRA  = RM350 + RM10 (POSTAGE)
FREE : 2 SHAKER + 2 RECYCLE BAG + 1 BAG ORGANIZER ( sementara stok masih ada)

Memey Suhaiza Pun Minum EPHYRA

5:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Hah tunggu apa lagi Mommies....?

Tengok Memey ni


Kulit dia kalau cakap putih memang la dah putih sebelum ni. Tapi kan nampak lain seri dia tu. Nampak berseri sangatkan. Kalau tak percaya follow la Instagram dia.

Cepat la order siapa yang berminat tu. Harga masih promosi sempena bulan Syawal ni.

Contact me :-)
cikpuanreyha@gmail.com
SMS : 019-9332747 *sms lagi cepat reply!
1x PREMIUM BOX = RM185 (POSTAGE INC)
FREE: 1 SHAKER + 1 RECYCLE BAG

2x PREMIUM BOX = RM350 + RM10 (POSTAGE)
FREE : 2 SHAKER + 2 RECYCLE BAG + 1 BAG ORGANIZER ( sementara stok masih ada. Sebab company dah stok keluarkan organizer bag)

Anak Saudara Baru

4:36:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Raya tahun ni keluarga kitorang dapat anak saudara baru.

Comey!

Gebu!

Hidung tak kemek sangat tapi dah ok. Kalau kemek sangat payah nak jaga.

Nasib baik tak kena bagi duit raya. Kalau tak takbah satu angpau lagi.

Nak kenal?

Ni la dia......


Kalau yang tak minat kucing tu tak payah cakap apa-apa la yea. Semua dia nampak geli. Betul tak?

Tapi keluarga kitorang memang suka sangat dengan kucing ni.

Ni Along punya. Kawan dia bagi. Comel.....! Geram Mommy nak ambik bawak balik KL.

Arissa tak payah cakap la. Memang tak ingat Mommy langsung. Asyik cari meoww je.


Pagi petang siang malam asyik dengan kucing.


Mula-mula gosok lembut-lembut. Pantang lepa sikit cubit pulak!


Pastu kalau Arissa hilang tu dah tau sangat mana nak cari dia. Mesti ada dekat sangkar kucing. Nak bukak bagi kucing keluar.


Masa ni belum ada sangkar kucing lagi. Jadi Along letak sekali dengan arnab. Diorang tak gaduh pun. Elok je tidur sama. Tapi tak tau la kalau lepas ni keluar "kunab" pulak sebab...... arnab jantan. Kucing tu betina. Huhu!

Rebate Raya EPHYRA

10:59:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sempena dengan bulan Syawal yang masih berbaki ni, Mommy nak bagi rebate untuk pembelian EPHYRA.

Biasa 1 kotak (30 sachets) RM197 kan. Tapi untuk bulan Syawal ni Mommy bagi rebate RM185 termasuk kos penghantaran. Tapi untuk 2 kotak masih kekal RM350 + RM10 untuk penghantaran.

Berminat?


Contact me :-)

cikpuanreyha@gmail.com
SMS : 019-9332747 *sms lagi cepat reply!
1x PREMIUM BOX = RM185 (POSTAGE INC)
FREE: 1 SHAKER + 1 RECYCLE BAG

@
2x PREMIUM BOX = RM350 + RM10 (POSTAGE)
FREE : 2 SHAKER + 2 RECYCLE BAG + 1 BAG ORGANIZER

Birthday Party Pertama Arissa

12:59:00 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ada entry tertunggak la Mommy nak up ni. 

Duk tengok album kat pc ni baru teringat yang tak buat lagi entry pasal birthday party Arissa. Basi pun basi lah. Asalkan ada kenangan dalam ni.

Tapi sebab dah agak lama, mood nak mengarang pun dah kurang. Jadinya jangan pelik la yea kalau lagi banyak gambar dari tulisan :D

16 Jun 2013 (Isnin)
12 - 2 PM
@ Taska

Mommy import Ma Abah dari Kelantan sebab nak mintak tolong diorang masak-masak. Ma yang masak. Abah tolong pamkan belon :D

Menu simple je tapi Mommy yang tak confident nak masak dalam kuantiti banyak. Kitorang sediakan makanan untuk anggaran 30 orang budak.

 Menu:
Bihun goreng
Nugget
Satay dan nasi impit
Apam polkadot
Cream puff
Keropok
Dadih
Gula-gula
Sumi jeli
Air milo

Sampai kat taska pukul 11.45. Tengok diorang tengah sibuk duk menghias lagi.

Kali ni Mommy tak bagi goodie bag. Mommy bagi belon je. Beli kat GM Klang dan GM ChowKit.



 Dekat 4 kali rasanya Mommy ulang alik punggah semua barang-barang ni.

Ni gambar kat taska Arissa. Layan gambar la yea. Mood nak kerja pun tak masuk lagi ni. Mood nak berblog pun tak beri nak syok lagi ni.


Budak yang buat peel. Taknak pakai baju. Takmo ikat rambut. Haiii kecik je Mommy nampak awak nih.


 Hasil kerja geng-geng pengasuh kat taska.


 Kreatif kan!

Stand untuk apam polkadot tu, Mommy beli sehari sebelum kat kedai bakery. Nasib baik ada 1 tu je kaler pink.


Kek order kat Secret Recipe je. Konon awal-awal dulu nak tempah rainbow cake. Tapi tengokkan harga dan saiznye alahaiiii! Tapi last-last tak habis pun kek ni. Manis sangat! Nest time beli kek kecik pun dah cukup. Buat syarat untuk bergambar je pun.


 Mommy terpaksa menyelit kat situ sebab Arissa dah mula moody. Dia takmo berdiri kat situ. Sibuk nak gi ambik sumi jeli dalam bakul.


Nasib baik ada sumi jeli jadi penyelamat keadaan.


Terima kasih Ma!
Kalau Ma tak datang tak tau la camane nak handle semua ni.
Sayang Ma Abah!!!


Bergambar ramai-ramai.


Nak makan kek pulak dah. Takmo yang dah potong.


 Sedap sangat la tu konon!



Muka birthday girl yang dah comot.
Mommy redha je laaa.


Pukul 2 kitorang balik. Tapau makanan sikit sebab memang tak masak lain dah kat rumah. Buruk siku pun buruk siku la. Haha!

Hari Raya Mandi Manda

11:24:00 AM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Haiii Mommies!!!!

Rindunyaaaaa semua.....!

Mommy nak story pasal raya tapi gambar satu pun belum ada. Mana syok cerita panjang lebar tanpa gambar. Kamera bawak balik sampai 2 bijik tapi tak guna pun. Tak sempat nak ketip kamera. Semua pakai yang anak saudara. Tunggu dia upload dulu kat FB.

Gambar berbaju raya Mommy belum dapat tapi gambar kitorang berpiknik time orang sibuk beraya ada!

Syok sangattttttt!

Kitorang pun baru tau ada tempat best ni. Sebelum ni ingatkan pantai kat PD je best, landai. Rupanya kat Bachok Kelantan pun ada. Dannnn... lagi jauh sangat best dari PD.

Kitorang ke sana pada hari Ahad raya ke-4. Alhamdulillah raya kali ni cukup semua adik-beradik balik berkumpul. Tapi sayangnya raya ke-3, Kak Noni yang duduk di Penang dah balik. Dia la orang pertama dalam famili kitorang yang jumpa tempat ni.

Plan pukul 8.30 - 9 pagi dah sampai sana. Ikutkan husband pukul 7.30 katanya dah patut ada sana. Hmmm tapi pukul 8 baru siap mandi!

Sampai sama pukul 9.30. Lepas makan nasi berlauk terus turun mandi.

Along dah booked awal-awal dengan pemilik tempat ni mintak satu wakaf dan tempat bbq.


Sambil mandi sambil makan.

Chalet pun ada. Tengok la kawasan dia bersih sangat. Betul-betul terjaga.


Nak masuk untuk piknik bayar RM10 tak kira la berapa buah kereta pun. Murah!

Air dia sangatlah jernih. Pantai dah la bersih. Landai pulak tu. Ombak pun tak kuat.


Arissa suka betul dia. Maklum la selalu kalau mandi pantai bertiga je. Ni dengan sepupu-sepupu dia lagi. Langsung tak takut nak masuk dalam air.


Kenalkan adik Mommy yang pakai baju Brazil tu. Merangkap bodyguard kami adik-beradik. Haha!



Masa ni ada lagi 1 famili belum sampai. Famili Along. Organizer tapi lewat. Apadaaaaa..!


Nasib baik ada ayah su Arissa yang rajin melayan.


Mandi sampai pukul 2 petang. Maunya tak berbelang kulit.


Arissa lagi kesian. Dah buka baju pun nampak macam pakai siglet lagi. Haha! Maafkan Mommy mu ini lupa nak bagi pakai baju tutup semua.

Lagi satu, tempat ni bersebelahan dengan tempat orang naikkan hasil laut. Alhamdulillah merasa jugak kami beli ketam fresh yang baru ditangkap.

Tempat salin baju pun bersih. Siap dengan tempat shower untuk mandi sekali.

Pukul 3 kitorang semua bersurai. Mommy balik paling awal sebab Arissa mula buat perangai sebab mengantuk.

InsyaAllah balik kampung mesti pergi lagi :D

Salam Aidilfitri

12:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum :D

Kami sekeluarga ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 


Buat semua kenalan di blog ini

Minta maaf kalau tulisan Mommy selama ni ada yang kurang menyenangkan. Mohon maaf andai ada tersilap kata terkasar bahasa.

Semoga kita semua dapat bergembira dengan Aidilfitri tahun ini.

InsyaAllah :D