Anak Saudara Baru

4:36:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Raya tahun ni keluarga kitorang dapat anak saudara baru.

Comey!

Gebu!

Hidung tak kemek sangat tapi dah ok. Kalau kemek sangat payah nak jaga.

Nasib baik tak kena bagi duit raya. Kalau tak takbah satu angpau lagi.

Nak kenal?

Ni la dia......


Kalau yang tak minat kucing tu tak payah cakap apa-apa la yea. Semua dia nampak geli. Betul tak?

Tapi keluarga kitorang memang suka sangat dengan kucing ni.

Ni Along punya. Kawan dia bagi. Comel.....! Geram Mommy nak ambik bawak balik KL.

Arissa tak payah cakap la. Memang tak ingat Mommy langsung. Asyik cari meoww je.


Pagi petang siang malam asyik dengan kucing.


Mula-mula gosok lembut-lembut. Pantang lepa sikit cubit pulak!


Pastu kalau Arissa hilang tu dah tau sangat mana nak cari dia. Mesti ada dekat sangkar kucing. Nak bukak bagi kucing keluar.


Masa ni belum ada sangkar kucing lagi. Jadi Along letak sekali dengan arnab. Diorang tak gaduh pun. Elok je tidur sama. Tapi tak tau la kalau lepas ni keluar "kunab" pulak sebab...... arnab jantan. Kucing tu betina. Huhu!