Birthday Party Pertama Arissa

12:59:00 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ada entry tertunggak la Mommy nak up ni. 

Duk tengok album kat pc ni baru teringat yang tak buat lagi entry pasal birthday party Arissa. Basi pun basi lah. Asalkan ada kenangan dalam ni.

Tapi sebab dah agak lama, mood nak mengarang pun dah kurang. Jadinya jangan pelik la yea kalau lagi banyak gambar dari tulisan :D

16 Jun 2013 (Isnin)
12 - 2 PM
@ Taska

Mommy import Ma Abah dari Kelantan sebab nak mintak tolong diorang masak-masak. Ma yang masak. Abah tolong pamkan belon :D

Menu simple je tapi Mommy yang tak confident nak masak dalam kuantiti banyak. Kitorang sediakan makanan untuk anggaran 30 orang budak.

 Menu:
Bihun goreng
Nugget
Satay dan nasi impit
Apam polkadot
Cream puff
Keropok
Dadih
Gula-gula
Sumi jeli
Air milo

Sampai kat taska pukul 11.45. Tengok diorang tengah sibuk duk menghias lagi.

Kali ni Mommy tak bagi goodie bag. Mommy bagi belon je. Beli kat GM Klang dan GM ChowKit.



 Dekat 4 kali rasanya Mommy ulang alik punggah semua barang-barang ni.

Ni gambar kat taska Arissa. Layan gambar la yea. Mood nak kerja pun tak masuk lagi ni. Mood nak berblog pun tak beri nak syok lagi ni.


Budak yang buat peel. Taknak pakai baju. Takmo ikat rambut. Haiii kecik je Mommy nampak awak nih.


 Hasil kerja geng-geng pengasuh kat taska.


 Kreatif kan!

Stand untuk apam polkadot tu, Mommy beli sehari sebelum kat kedai bakery. Nasib baik ada 1 tu je kaler pink.


Kek order kat Secret Recipe je. Konon awal-awal dulu nak tempah rainbow cake. Tapi tengokkan harga dan saiznye alahaiiii! Tapi last-last tak habis pun kek ni. Manis sangat! Nest time beli kek kecik pun dah cukup. Buat syarat untuk bergambar je pun.


 Mommy terpaksa menyelit kat situ sebab Arissa dah mula moody. Dia takmo berdiri kat situ. Sibuk nak gi ambik sumi jeli dalam bakul.


Nasib baik ada sumi jeli jadi penyelamat keadaan.


Terima kasih Ma!
Kalau Ma tak datang tak tau la camane nak handle semua ni.
Sayang Ma Abah!!!


Bergambar ramai-ramai.


Nak makan kek pulak dah. Takmo yang dah potong.


 Sedap sangat la tu konon!



Muka birthday girl yang dah comot.
Mommy redha je laaa.


Pukul 2 kitorang balik. Tapau makanan sikit sebab memang tak masak lain dah kat rumah. Buruk siku pun buruk siku la. Haha!

5 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
August 20, 2013 at 2:03 AM delete

Cantik baju arissa. Pinjam bleh?

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
August 20, 2013 at 9:09 AM delete

eh eh ehhhh.. gegurl kerrr?

Reply
avatar
August 20, 2013 at 11:01 AM delete

waahhh meriahnye birthday party arissa..Rajin sungguh mommy.. Nanti boleh la mintak tunjuk ajar nak buat birthday aina ngan aimi.. btw, comel la arisa makan comot2, suka kelih.. =)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
August 20, 2013 at 1:49 PM delete

yat >> meme meriah tp letih wehh. raso tggu dio masuk kindy plok br wat. pahni bui goodie jah la. no hal..bleh je

Reply
avatar
September 4, 2013 at 8:36 AM delete

rajinnye mommy reha!! seronok nye sambut birthday ramai2. iman mmg mamanye tak penah buat party kat school. tunggu besar skit. hehe

Reply
avatar