Gangguan Bekalan Air di Kota Damansara

12:16:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Air oh air!


Ada kat sini orang Kota Damansara tak? Mandi tak pagi ni? Haha!

Tension sebenarnya ni. Kat rumah dari petang semalam takde air. Tinggal air dalam tangki je. Tangki pun bukannya besar sangat.

Mommy semalam nasib baik dah tapau lauk. Tapi gedik gak nak bakar daging. Masak nasi. Tak pasal-pasal penuh dalam sinki.

Mula-mula buka paip sinki tengok takde air keluar. Ingatkan ada orang tutup paip utama kat bawah. Mommy call Papa suruh dia tolong check paip kat bawah sebelum naik nanti. Tapi bila Papa sampai dia cakap, semua paip dah memang buka macam biasa.

Minggu lepas 2 kali rumah kitorang takde air. Ingatkan ada gangguan air tapi rupanya ada orang tutup paip utama untuk tingkat rumah kitorang. Geram betul! 2 hari berturut-turut pulak tu. Sekali Mommy turun bukakan. Besoknya Papa pulak. Mungkin ada orang nak repair paip rumah dia. Tapi sekurang-kurangnya letak la notis ke apa. Sebab paip tu untuk kegunaan satu level. Mumgkin bila kitorang bukak paip kat bawah tu, dah bersembur air kat rumah dia. Padan muka!

Malam tadi punya la berjimat kitorang guna air. Mandi pun asal basah je. Haha! Mommy punya la berdoa jangan Arissa uukk uukk. Tapi doaku tak dimakbulkan. Huhu! Pukul 11 malam dia dah selamat dengan aksi yang tersendiri. Tambah la tension i! Biasa basuh dia main bukak je paip ni. Malam ni secermat yang mungkin Mommy cuba. Eh bersih jugak yea... Siap lekat bau sabun lagi. Haha!

Ni Mommy baru baca kat internet katanya tangki air kat airport Subang dah kering. Aiyak! Gangguan bekalan air ni dah berlaku dari semalam dan dijangka sehingga 8 pagi besok. Tapi SYABAS cakap gangguan ni bukan sekaligus kat satu-satu tempat. Tapi secara berperingkat. Kalau balik petang ni takde jugak memang dorang tipu la tu. Mommy takmo bayar bil air lepas ni! Padahal memang tak penah bayar pun sebab kan dapat subsidi. Oppsssss...!

Periuk belanga pinggan mangkuk gelas cawan penuh dalan sinki. Kain penuh satu mesin basuh. Ni pun Mommy bawak botol dengan container susu Arissa basuh kat office. Kot nak bawak kuali tadi macam melampau la pulak... :D


2 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
August 29, 2013 at 3:23 PM delete

patut mommy bau sampai sini. wakaka letrik tak ada boleh tahan. kalau air......SEKSA woooo

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
September 3, 2013 at 4:52 PM delete

Queen >> ehhh i mandi tauuu.. 3 cebok! haha. seksa wooooo

Reply
avatar