Hari Raya Mandi Manda

11:24:00 AM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Haiii Mommies!!!!

Rindunyaaaaa semua.....!

Mommy nak story pasal raya tapi gambar satu pun belum ada. Mana syok cerita panjang lebar tanpa gambar. Kamera bawak balik sampai 2 bijik tapi tak guna pun. Tak sempat nak ketip kamera. Semua pakai yang anak saudara. Tunggu dia upload dulu kat FB.

Gambar berbaju raya Mommy belum dapat tapi gambar kitorang berpiknik time orang sibuk beraya ada!

Syok sangattttttt!

Kitorang pun baru tau ada tempat best ni. Sebelum ni ingatkan pantai kat PD je best, landai. Rupanya kat Bachok Kelantan pun ada. Dannnn... lagi jauh sangat best dari PD.

Kitorang ke sana pada hari Ahad raya ke-4. Alhamdulillah raya kali ni cukup semua adik-beradik balik berkumpul. Tapi sayangnya raya ke-3, Kak Noni yang duduk di Penang dah balik. Dia la orang pertama dalam famili kitorang yang jumpa tempat ni.

Plan pukul 8.30 - 9 pagi dah sampai sana. Ikutkan husband pukul 7.30 katanya dah patut ada sana. Hmmm tapi pukul 8 baru siap mandi!

Sampai sama pukul 9.30. Lepas makan nasi berlauk terus turun mandi.

Along dah booked awal-awal dengan pemilik tempat ni mintak satu wakaf dan tempat bbq.


Sambil mandi sambil makan.

Chalet pun ada. Tengok la kawasan dia bersih sangat. Betul-betul terjaga.


Nak masuk untuk piknik bayar RM10 tak kira la berapa buah kereta pun. Murah!

Air dia sangatlah jernih. Pantai dah la bersih. Landai pulak tu. Ombak pun tak kuat.


Arissa suka betul dia. Maklum la selalu kalau mandi pantai bertiga je. Ni dengan sepupu-sepupu dia lagi. Langsung tak takut nak masuk dalam air.


Kenalkan adik Mommy yang pakai baju Brazil tu. Merangkap bodyguard kami adik-beradik. Haha!



Masa ni ada lagi 1 famili belum sampai. Famili Along. Organizer tapi lewat. Apadaaaaa..!


Nasib baik ada ayah su Arissa yang rajin melayan.


Mandi sampai pukul 2 petang. Maunya tak berbelang kulit.


Arissa lagi kesian. Dah buka baju pun nampak macam pakai siglet lagi. Haha! Maafkan Mommy mu ini lupa nak bagi pakai baju tutup semua.

Lagi satu, tempat ni bersebelahan dengan tempat orang naikkan hasil laut. Alhamdulillah merasa jugak kami beli ketam fresh yang baru ditangkap.

Tempat salin baju pun bersih. Siap dengan tempat shower untuk mandi sekali.

Pukul 3 kitorang semua bersurai. Mommy balik paling awal sebab Arissa mula buat perangai sebab mengantuk.

InsyaAllah balik kampung mesti pergi lagi :D

6 kawan cakap

Write kawan cakap
Wazilia
AUTHOR
August 17, 2013 at 7:57 AM delete

landai n bersihnya pantai tu..ade peluang boleh la pegi sana

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
August 19, 2013 at 8:25 AM delete

ummi : memang bersih sgt. pergi la nanti klu g kelantan lg yea

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
August 20, 2013 at 10:08 AM delete

Jommmm..satg klu g KB time kitorang ade, habaq no

Reply
avatar
August 21, 2013 at 3:45 PM delete

wooo bestnyeee..org xbrehi mana pantai PD air selut, mandi belengas..tp tgk air pantai ni supo jernih jah..nanti nak g etek la..so lagi ha pantai best kat besut nu, bukit kluang..hmm xpuas rasa nak balik kg pulak..cuti raya haji ni la pulak buat piknik famly ramai2 syiokkknyeee... =)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
August 21, 2013 at 4:20 PM delete

jauh ngat tu yat bukit kluang. hok ni mmg best. air pun xmasin supo PD. haha! air mmg jernih! try la gi nati kelik nih.

Reply
avatar