Sengsaranya Bercerai Susu

11:40:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum :-)

Haiiiiii....!

Alhamdulillah minggu yang teramat sibut dah berakhir. Akan datang akan sibuk lagi tapi sempat la Mommy rehatkan fizikal mental sekejap.

Mommy rasa Mommy dah hampir berjaya wean-off dari menyoyot! Sebelum ni dalam sebulan ni dah kurang aktiviti nyonyot dia tu tapi masih tak boleh nak elak dari dia menggagau tengah-tengah malam.

Episodnya bermula pada 15 September 2013 (Ahad) masa ma abah masih ada kat rumah. Arissa kebetulan selsema. Mommy bagi dia minum ubat untuk kurangkan blocking nose. Ubat tu buatkan dia mengantuk. Dan malam tu jugak dia takmo tidur dalam bilik dengan kitorang macam biasa. Dia lepak golek-golek depan tv dengan ma abah. Dia baring tengah-tengah. Mommy keluar bilik untuk buatkan dia susu. Ajak dia masuk tidur dalam bilik dia takmo. 2 3 kali Mommy keluar dari bilik untuk tengok dia. Maklum la ini first time kitorang tidur asing. Dari lahir sampai la hari tu tak pernah kitorang tidur asing. Bila Mommy keluar kali ke-4 tengok dia dah lena. Syukur dapat la kami tidur berdua. Haha!

Jadinya malam tu dia langsung tak bergayut la. Malam besoknya ma abah dah balik. Bila dia tarik baju Mommy, Mommy cepat-cepat bangun pergi bukak peti ais. Konon-konon nak sapu lemon. Bila Mommy pusing nak sua kat dia, dia dah tekup muka kat bantal. Bila kita sua jugak suruh dia hisap, dia jerit sambil gelak "Eeee yekkk uushukkk!" Haha! Macam tu la tiap-tiap Mommy buat.

Tapi 3 - 4 hari ni dia lain macam sikit. Nampak macam dia tak tentu arah bila nak tidur. Yea la nyonyot sebelum tidur dah jadi rutin. Bila tiba-tiba kena stop mesti la rasa lain macam kan. Jadinya sekarang ni, dia dah tak mintak nak nyonyot tapi dia akan raba-raba pastu cakap "Ammi... nak tuuuu". Memang la kesian tapi Mommy kena keraskan hati. Mommy cakap la "Bushukk la Arissa. Masam." Pastu offer dia susu. Dia ok.

Yang tak tahannya sekarang ni dia jadi sangat sensitif bila nak tidur. Tak boleh dengan suara kita kuat sikit je dari biasa terus menangis. Menangis pulak stail yang mendayu, terus teresak-esak. Air mata tak payah cakap la. Macam air terjun. Kalau kita cakap "Tak boleh" atau "Tak nak kawan" lagi la teruk. Tapi senang nak pujuk. Peluk je dah ok. Hehe!

Kadang-kadang tengah-tengah malam tetiba je dengar suara mendayu halus je. Seram jugak sebab gelap. Rupanya dia duk teresak-esak hujung kaki. Hadoiiii... yang tu agak tension sikit la.


Mengamuk Mommy nak snap gambar dia. Haha!

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
September 23, 2013 at 12:36 PM delete

saya plak sedih teresak2 zara tak nak melekat lagi. terbalik....

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
September 23, 2013 at 1:13 PM delete

Queen : haha! sy ngeri la gigi Arissa dah penuh. ngilu je rasa kena gigi dia. xpe la klu dia xmo dah.. asal sihat sudah. badan pun bambam jugak nampak tu

Reply
avatar