Testimoni EPHYRA : Memudarkan Jeragat

9:47:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommy nak kongsi testimoni orang terdekat yang dah jadi peminum setia EPHYRA. Haha!

My MIL dan My Che Su (adik MIL)


Mula-mula kita kongsi testimoni MIL dulu.

My MIL ni umurnya dah masuk 50-an. Yea Mommy tau masih nampak muda. Sebab tu anak dia pun muka budak-budak lagi. Huhu!


Mommy panggil dia pun Ma jugak. Ma sekarang ni dah masuk kotak ke-3. Mula-mula Mommy bagi dia try 1 kotak masa bulan puasa itu hari.

Gambar kat atas ni langsung tak edit tau. Takde pakai camera effect apa-apa pun. Original!

Kesan pertama yang dia rasa BERTENAGA. Dia cakap dalam bulan puasa tu, kalau bagi cangkul pukul 6 petang pun dia boleh lagi buat kerja kat belakang rumah tu. Dan sepanjang puasa dia tak rasa lapar. Alhamdulillah setakat ni ramai yang cakap bertenaga lepas minum EPHYRA ni.

Bila dah habis kotak percubaan tu, dia order lagi!

Mommy jumpa masa raya hari tu tak nampak kesan sangat pada kulit dia. Tapi bila jumpa kat JB pada 31 Ogos baru ni, Mommy perasan muka dia macam lain. Nampak TEGANG, BERSINAR dan JERAGAT KURANG.

Mommy dia dulu. Mommy tanya Papa nampak tak muka Ma macam lain. Papa pun cakap nampak licin.

Bila tanya Ma apa perubahan kat kulit yang dia nampak dan rasa. Memang betul jeragat dia dah kurang. Ma ni kulit putih orangnya. Biasa la orang berkulit putih ni ramai yang ada masalah jeragat. Alhamdulillah dah nampak kesan jeragat tu dah kurang. Mommy takmo cakap EPHYRA ni menghilangkan terus jeragat sebab belum betul-betul hilang lagi ni. Nanti kalau dah langsung takde baru Mommy story lain. :D

Cerita Che Su jap lagi Mommy share sebab nak kena setel pasal insurans & roadtax kereta dulu ni. Pening la. Selalu last minit.