Express Tortilla Pizza

3:35:00 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sekarang ni mood memasak masih down. Mommy asyik drive thru gerai makan je. Hehe. Nasib baik semua kedai makan yang Mommy biasa singgah boleh order online. Order by phone la. Masuk kereta, panaskan enjin, ambik hp call dulu nak makan apa. Pastu nanti dah ambik Arissa berhenti je kereta, budak kedai tu datang hantar tepi tingkap. Kalau nak drive thru fast food tiap-tiap hari kopak la...

Tapi since last week MOmmy jumpa resepi baru. Simple. Sedap dan mengenyangkan. Thanks to Iza from Pinkstilettos!

Ini la menu kitorang sejak dari minggu lepas.

Express Tortilla Pizza


Siap hidang atas chopping board tu.... konon Jamie Oliver la sangat. Haha!

Tapi bukan la tiap-tiap malam. Selang la jugak dengan nasi goreng.

Senang sangat nak buat ni. Kalau saper-saper ada anak yang dalam umur 3 tahun tu dah boleh buat projek cooking sama-sama. Mesti seronok!

Bahan-bahan yang Mommy guna pun ni je


Mission tortilla wrap


Sos spagetti Kimball


Ayamas Mushroom sosej
White button mushroom
Capsicum
Onion
Cheesdale cheese

Susun-susun ikut suka hati macam ni


Sebelum bakar dalam oven, tutup dengan sekeping lagi tortilla wrap.
Bakar dalam 10 minit atau sampai tortilla yang bahagian atas nampak garing dan gelembung.

Try la.
InsyaAllah sedap! Sebab rasa lemak cheese pastu crunchy kat luar.

 


Girlfriend Papa

4:26:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

My husband curang  T___T

Dia dah ada girlfriend baru!

Ni bukti dia!





Asyik berkepit kalau jumpa. Geram tau!

Sampai Mommy nak pegang tangan dengan Papa pun dia mengamuk. Huhu!

Tidur malam jangan harap la boleh baring sebelah. Mesti dia ada je kat tengah. Tengah-tengah malam pun dia bangun spotcheck. Ishhh tension!

Ni la orangnya!



Siap dia! Balik kang kena la... kena gomol!

Senyuman Pertama

3:09:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah

2 Tahun 5 Bulan

Buat pertama kalinya Arissa Senyum bila Mommy panggil suruh tengok kamera.

Klik!


Boleh print besar-besar letak dalam frame!

Ni pun sebenarnya senyum lepas kena ugut.

Mommy cakap "Taknak kawan!"
Terus dia dongak kepala tengok kamera sambil cakap "Tenyummm"
Haha!
Pantang betul orang cakap macam tu. Kadang menangis.

Kesiankan Mommy ni. Anak senyum pun nak heboh. Orang lain dah penuh harddisk gambar anak duk senyum. Kita baru ada sekeping ni.

Huhu! ^_^
 

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

4:45:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Fuhhh..Fuhhhh...Fuhhhhhh....!!!!

Argghhhhh berhabuknya! Dah bersawang nih. Nak kena upah part-time maid la nampak gayanya ni. Haha!

Lamanya tak update kan! Bukan malas yea. Tapi Mommy terrrrrsangat la buzy dengan kerja. Tambah lagi dengan kerja yang sengaja dicari.

Sambil-sambil buzy kerja tu sempat lagi fikir pasal nak resign ^_^

So kalau nak resign Mommy kena make sure ada sumber pendapatan lain dulu. Tak sama dengan gaji sekarang pun at least dapat bayar hutang piutang yang duk tanggung tiap-tiap bulan ni. Ahhh kan syok kalau duit gaji yang dapat tiap-tiap bula tu jadi gaji bersih. Tak perlu kena potong sepuloh sen pun! Beruntungnya siapa yang macam tu.

Tapiiiii

Bila tengok orang yang lagi susah dari kita. Contohnya last 2 weeks masa tengah tunggu husband pergi depositkan duit kat bank. Mommy dengan Arissa stay dalam kereta. Betul-betul depan kereta kitorang, ada sorang pakcik tukang kasut tengah jahit kasut kat kaki lima bank. Duduk atas bangku plastik kecik beralas bantal. Sambil jahit sambil pandang kereta lalu depan tu. Kejap-kejap lap peluh kat dahi dengan lengan baju. Memang watu tu tengahari. Panas!

Mommy dengan Arissa dalam kereta tak berpeluh pun sebab ada aircond.

MashaAllah tiba-tiba rasa terusik sangat hati ni. Ya Allah rasa teruknya Mommy selama asyik merungut je tak mampu nak beli barang-barang mahal!

Memang rasa nak menitis air mata tengok pak cik tu. Teringat Abah yang dah umur 60 lebih sekarang ni tapi masih kerah kudrat ulang alik KB - Penang meniaga. Tapi Abah tu memang minat dia. Tu lain cerita. Dia memang tak boleh duduk dia. 2x seminggu pun dia boleh pergi sorang-sorang kat Penang tu.

Eh balik pasal pak cik tu. Mommy terus terfikir berapa la agaknya pendapatan dia sehari. Kesian famili dia. Rasa nak kutip kasut-kasut kat rumah tu suruh dia tolong repair. Biar la tak pakai pun. Nak sedekah saja nanti takut dia segan pulak kan. Baik kita bagi upah. Banyak sikit tak kisah kan. Asal ikhlas.

Tak tau motif apa tetiba Mommy cerita ni kat sini. Tapi saja nak kongsi.

Kita ni kan. Especially ME la. Selalu rasa tak cukup dengan apa yang kita dah ada. Memang la kita kena usaha ke arah yang lebih baik. Tapi sesekali bila kita tengok orang yang lagi kurang dari kita, rasa bersyukur dengan apa yang dah ada sekarang ni terus terbit.

Alhamdulillah Ya Allah dengan rezeki yang ada pada kami semua. Syukur kerana masih diberi peluang merasa nikmat hidup di dunia.

Salam Maal Hijah 1435 kawan-kawan!