Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

4:45:00 PM 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Fuhhh..Fuhhhh...Fuhhhhhh....!!!!

Argghhhhh berhabuknya! Dah bersawang nih. Nak kena upah part-time maid la nampak gayanya ni. Haha!

Lamanya tak update kan! Bukan malas yea. Tapi Mommy terrrrrsangat la buzy dengan kerja. Tambah lagi dengan kerja yang sengaja dicari.

Sambil-sambil buzy kerja tu sempat lagi fikir pasal nak resign ^_^

So kalau nak resign Mommy kena make sure ada sumber pendapatan lain dulu. Tak sama dengan gaji sekarang pun at least dapat bayar hutang piutang yang duk tanggung tiap-tiap bulan ni. Ahhh kan syok kalau duit gaji yang dapat tiap-tiap bula tu jadi gaji bersih. Tak perlu kena potong sepuloh sen pun! Beruntungnya siapa yang macam tu.

Tapiiiii

Bila tengok orang yang lagi susah dari kita. Contohnya last 2 weeks masa tengah tunggu husband pergi depositkan duit kat bank. Mommy dengan Arissa stay dalam kereta. Betul-betul depan kereta kitorang, ada sorang pakcik tukang kasut tengah jahit kasut kat kaki lima bank. Duduk atas bangku plastik kecik beralas bantal. Sambil jahit sambil pandang kereta lalu depan tu. Kejap-kejap lap peluh kat dahi dengan lengan baju. Memang watu tu tengahari. Panas!

Mommy dengan Arissa dalam kereta tak berpeluh pun sebab ada aircond.

MashaAllah tiba-tiba rasa terusik sangat hati ni. Ya Allah rasa teruknya Mommy selama asyik merungut je tak mampu nak beli barang-barang mahal!

Memang rasa nak menitis air mata tengok pak cik tu. Teringat Abah yang dah umur 60 lebih sekarang ni tapi masih kerah kudrat ulang alik KB - Penang meniaga. Tapi Abah tu memang minat dia. Tu lain cerita. Dia memang tak boleh duduk dia. 2x seminggu pun dia boleh pergi sorang-sorang kat Penang tu.

Eh balik pasal pak cik tu. Mommy terus terfikir berapa la agaknya pendapatan dia sehari. Kesian famili dia. Rasa nak kutip kasut-kasut kat rumah tu suruh dia tolong repair. Biar la tak pakai pun. Nak sedekah saja nanti takut dia segan pulak kan. Baik kita bagi upah. Banyak sikit tak kisah kan. Asal ikhlas.

Tak tau motif apa tetiba Mommy cerita ni kat sini. Tapi saja nak kongsi.

Kita ni kan. Especially ME la. Selalu rasa tak cukup dengan apa yang kita dah ada. Memang la kita kena usaha ke arah yang lebih baik. Tapi sesekali bila kita tengok orang yang lagi kurang dari kita, rasa bersyukur dengan apa yang dah ada sekarang ni terus terbit.

Alhamdulillah Ya Allah dengan rezeki yang ada pada kami semua. Syukur kerana masih diberi peluang merasa nikmat hidup di dunia.

Salam Maal Hijah 1435 kawan-kawan!


3 kawan cakap

Write kawan cakap
asYDhia
AUTHOR
November 8, 2013 at 12:01 PM delete

tak mampu nak resign, tapi sentiasa bersyukur dengan anugerah dariNYA :)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 8, 2013 at 12:23 PM delete

MA : Kan... syok kannn

asYDhia : Berangan je niii... haha!

Reply
avatar