Express Tortilla Pizza

3:35:00 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Sekarang ni mood memasak masih down. Mommy asyik drive thru gerai makan je. Hehe. Nasib baik semua kedai makan yang Mommy biasa singgah boleh order online. Order by phone la. Masuk kereta, panaskan enjin, ambik hp call dulu nak makan apa. Pastu nanti dah ambik Arissa berhenti je kereta, budak kedai tu datang hantar tepi tingkap. Kalau nak drive thru fast food tiap-tiap hari kopak la...

Tapi since last week MOmmy jumpa resepi baru. Simple. Sedap dan mengenyangkan. Thanks to Iza from Pinkstilettos!

Ini la menu kitorang sejak dari minggu lepas.

Express Tortilla Pizza


Siap hidang atas chopping board tu.... konon Jamie Oliver la sangat. Haha!

Tapi bukan la tiap-tiap malam. Selang la jugak dengan nasi goreng.

Senang sangat nak buat ni. Kalau saper-saper ada anak yang dalam umur 3 tahun tu dah boleh buat projek cooking sama-sama. Mesti seronok!

Bahan-bahan yang Mommy guna pun ni je


Mission tortilla wrap


Sos spagetti Kimball


Ayamas Mushroom sosej
White button mushroom
Capsicum
Onion
Cheesdale cheese

Susun-susun ikut suka hati macam ni


Sebelum bakar dalam oven, tutup dengan sekeping lagi tortilla wrap.
Bakar dalam 10 minit atau sampai tortilla yang bahagian atas nampak garing dan gelembung.

Try la.
InsyaAllah sedap! Sebab rasa lemak cheese pastu crunchy kat luar.

 


5 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
November 25, 2013 at 4:28 PM delete

Papa adam pun makan tiap malam. Mama ngan adam makan nasi!

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 26, 2013 at 10:11 AM delete

Kenyang kan.. nampak macam kecik je. tp sy 2 keping pun dah cukup

Reply
avatar
asYDhia
AUTHOR
November 26, 2013 at 10:16 AM delete

sedap dan senang...boleh frozenkan jugak rsnya hehe

Reply
avatar
Queen
AUTHOR
December 10, 2013 at 9:40 AM delete

saya uli sendiri roti pizza tu. tp lepas tgk resepi awak ni....sy rasa yg express ni sedap lg kot. haha

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 2, 2014 at 4:10 PM delete

asYDhia >> kalau boleh frozen lagiiii senang!

Queen >> saya tak pandai la nak uli tepung. Bila awk nak buat kelas Ibu? Sy nak join. hehehehe

Reply
avatar