Suntikan Pneumococcal

5:11:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

28 Disember 2013 @ Klinik Kanak-kanak Serena

Lepas 2 kali set appointment dan terlupa, akhirnya settle jugak untuk ambik suntikan ni.

Patutnya Pneumococcal ni disuntik 3 kali kalau tak silap sebelum anak berumur 2 tahun. Tapi sebab Mommy masa tu masih belum terbuka hati dan pikirkan mahal tu yang buat tak tau je. Tapii.... bila lately ni banyak sangat kes kanak-kanak yang meninggal sebab jangkitan paru-paru dan selepas dapat advise dari doktor, akhirnya kami setuju untuk ambik 1 dos sebelum Arissa masuk umur 3 tahun.

Appointment set pukul 9.30 am. Punya la kelam kabut sebab Arissa bangun lambat. Hehe salahkan anak. Sebenarnya emaknya yang lambat sebab nak make up nak lilit-lilit shawl lagi. Maklum la sebelum ni kalau ke klinik muka selebet je. Selalu kena tegur dengan doktor. Haha!

Arissa macam biasa langsung tak menangis. Macam tak rasa apa-apa pun.

Tapi........

Bad news! File Arissa hilang. Budak klinik cakap yang jaga file tu dulu tak tau letak mana. Dia dah berhenti kerja. Memang Mommy hangin la. Dah la dalam buku pink tu dia tak tulis tarikh injection. Semua ada dalam file tu :-(


Molly Fantasy

10:25:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Test upload entry pakai hp jap.

Try dengan Chrome. Macam lagi ok compare dengan blog apps.

Ni picture 2 minggu lepas kalau tak silap. Mommy ke Aeon Big berdua dengan Arissa. Motif utama nak beli cheesedale je.

Tapi end up penuh jugak 2 plastik. Hehe!

Mana tahan tengok kalau barang dapur ada less.

Ini budak sibuk nak tolak tarik bakul. Kita bagi chance kat dia.


Borong air kotak milo. Bila sale dapat la RM5.90 tuk 1/2 dozen. Harga biasa RM8!


Dah habis shopping tersilap lalu tempat ni pulak dahhh....

Molly Fantasy. Tempat baru bukak. Mainan nampak menarik.

Siap ada playroom ke apa orang panggil ni. RM4 untuk 20 minit.


Mek ni memang melompat la bila jumpa tempat mainan macam ni.


Mommy biar dia pusing-pusing kejap. Sebab dah tau kejap lagi mesti ada drama.


Memang betul pun. Meraung takmo balik!!

Bahaya la kalau pegi tempat berhantu macamni


Palazo Cotton Super Best!

2:59:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Tumbang iklan kat tanah kebun sendiri jap ^_^

Kalau ada saper-saper nak order PALAZO COTTON yang tersangattt la bestttt!

InsyaAllah dijamin sangat selesa according to Mommy sendiri yang dah pakai dan disokong pulak oleh customer-customer yang dah beli. Alhamdulillah. Ni dah masuk kali ke3 pre-order.

Sekali tengok macam skirt. Tapi bila berjalan baru tau palazo rupanya!


Harga : RM59 termasuk pos!

Mahal?!!

Tengok kualiti dulu baru boleh cakap mahal ke tidak.

Palazo ni bukan macam yang jual RM30++ dari Thailand tu. Yang ni supplier jual kat butik Ampang Park nu.

Mommy tiap kali keluar pantang nampak kedai jual palazo. Mesti berhenti kejap nak rasa kain dia. Tengok cutting kaki dia. Tengok harga. Takut kita jual mahal sangat. Alhamdulillah tak jumpa lagi yang macam ni dengan harga RM59 (inc postage).

Kalau ada yang berminat boleh tengok dekat:

FB: Mamamia Style
Instagram: mamamiastyle2012
Blog: http://mamamiastyle.blogspot.com (Blog belum sempat nak update. Update FB lagi laju)

Kalau nak tau details boleh contact Mommy:

Reyha - 019-9332747

Kalau nak pre-order color lain pun boleh. Apa-apa pun SMS/Whatsapp dulu.

Mommy rasa mommies patut ada 1 dalam koleksi kot palazo ni. Serious selesa. Tak tipu! Mommy jual apa yang Mommy pakai dan selesa dipakai ^_^

Owh lupa! Preggy moms pun ada yang beli. Dia pun cakap selesa. Kain lembut.