Suntikan Pneumococcal

5:11:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

28 Disember 2013 @ Klinik Kanak-kanak Serena

Lepas 2 kali set appointment dan terlupa, akhirnya settle jugak untuk ambik suntikan ni.

Patutnya Pneumococcal ni disuntik 3 kali kalau tak silap sebelum anak berumur 2 tahun. Tapi sebab Mommy masa tu masih belum terbuka hati dan pikirkan mahal tu yang buat tak tau je. Tapii.... bila lately ni banyak sangat kes kanak-kanak yang meninggal sebab jangkitan paru-paru dan selepas dapat advise dari doktor, akhirnya kami setuju untuk ambik 1 dos sebelum Arissa masuk umur 3 tahun.

Appointment set pukul 9.30 am. Punya la kelam kabut sebab Arissa bangun lambat. Hehe salahkan anak. Sebenarnya emaknya yang lambat sebab nak make up nak lilit-lilit shawl lagi. Maklum la sebelum ni kalau ke klinik muka selebet je. Selalu kena tegur dengan doktor. Haha!

Arissa macam biasa langsung tak menangis. Macam tak rasa apa-apa pun.

Tapi........

Bad news! File Arissa hilang. Budak klinik cakap yang jaga file tu dulu tak tau letak mana. Dia dah berhenti kerja. Memang Mommy hangin la. Dah la dalam buku pink tu dia tak tulis tarikh injection. Semua ada dalam file tu :-(