Doktor Budak

12:06:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Alhamdulillah...!!

Mommy rasa entry yang Mommy post last week (Tips : Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak) banyak bagi kesan jugak la. Sejak hari Mommy post entry tu rasanya dah boleh control perasaan nak marah Arissa. Mommy bukan marah tak tentu pasal yea. Mommy marah bila dia buat perangai je.

Lagi 1 kalau Mommies pernah tak dapat msg whatsapp yang lebih kurang pasal ni? Pun turut bagi kesedaran kat Mommy. Mommy cuba control. Kalau nak marah pun Mommy cakap lembut-lembut dengan dia. Alhamdulillah betul ada kesan dekat Arissa jugak.

Tapi ada la sekali dua terlepas bila dah tak tertahan sangat. Hehe!

Ni Mommy jumpa blog sorang doktor kanak-kanak kot. Baru je jumpa pagi ni. Kawan Dr. Halina. Best jugak blog dia. 




No More Cincau!!!

11:43:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

26 Januari 2014

4.30am - Arissa tiba-tiba bangun teruwek-uwek sebelah Mommy. elok-elok dia tidur atas tilan kekabu dia, boleh pulak bangun uwek-uwek atas tilam kitorang. Mommy terkejut terus jerit suruh Papa buka lampu. Buka je lampu tengok ada 2 tompok muntah atas tilam kitorang dan 1 atas tilam Arissa. Cepat-cepat Mommy angkat Arissa masuk bilik air. Buka baju semua. Mandikan sekali. Bau durian masam tak payah cakap la. Sampai Mommy sendiri nak teruwek jugak.

5.00am - Sebab tilam, cadar, bantal semua dah buka sarung, kitorang sambung tidur atas toto depan TV. Mommy pasang TV untuk Arissa. Dia tengok sekejap je pastu terlena. Tak sampai 10 minit uwek-uwek pulak.... Abis baju seluar lagi. Dia bangun sendiri ke bilik air sambil nangis. Perit tekak agaknya. Sambil bersihkan dia Mommy tengok dia dah muntah sampai keluar ikut hidung. Aduhhh kesiannya....

5.30am - Kitorang beralih tidur kat bahagian toto sebelah lagi yang tak kena uwek-uwek tadi. Sama jugak. Baru je nak lena muntah lagi. Kali ni nampak sangat Arissa dah sakit nak muntah. Yea la perut dah kosong. Bersihkan dia, bersihkan muntah dia. Mommy bentang comforter pulak. Mommy letakkan besen kecik sebelah dia. Mommy tunjuk kalau nak uwek.. uwek dalam ni. Dia macam biasa semua pun "Okay"!

7.00am - Lagi sekali Arissa muntah. Tapi pandai pulak dia ambik besen muntah dalam tu. Keluar air je la. Seluar dah tak kena. Baju dia memang tak nak pakai. Lepas dah bersihkan, Arissa baring atas sofa. Tertidur kat situ. Alahaiii kesian betul tengok dia. Tiap kali lepas muntah dia akan cakap "Ammiii... penat laaa..". Kesian sangat tengok dia dah kepenatan. Dan-dan nampak kurus.

8.30am - Kitorang bersiap-siap nak ke Stesen Putra nak ambik keropok lekor yang Abah dan kirim dengan bas malam tadi. Arissa makan roti sikit. Sambil siap-siapkan dia, tak berhenti dia cakap "Penat laaa....". Mommy nak tengok keadaan dia dulu. Kalau masih teruk memang ke hospital la jawabnya. Hari Ahad Klinik Serena tutup.

On the way ke Stesen Putra tu Arissa muntah lagi. Mommy memang dah standby plastik. Lepas muntah dia tertidur. Lepas ambik barang Mommy beli air 100 Plus dengan air mineral. Dulu dia dah pernah muntah gini masa umur dia 1 tahun lebih kalau tak silap. Doktor suruh bagi air 100 Plus sikit campur dengan air kosong dengan nisbah 1:1. Kita kena paksa dia minum air sebab takut nanti badan dia terhidrat. Dia minum 1cawan.

Lepas dah hantar keropok ke office Papa kat Subang, cadang nak singgah Giant terus. Baru je tayar keta bergerak, terus dia muntah air banyak giler...!!! Keluar ikut mulut hidung semua. Masa tu dia dah muntah yang takda benda nak keluar. Perit kan. Mommy ingt lagi masa pregnant dulu sakit sangat. Ya Allah sedih sangat tengok dia. Papa habis lencun baju seluar. Nasib Mommy driver. Hehe!

Dari Subang ke rumah Arissa tidur. Sampai rumah, Mommy masukkan ubat bontot untuk tahan loya. Arisa sambung tidur sampai pukul 12. Bangun tu terus nampak dah segar sikit. Bawak dia gi exercise kat playground Giant. Alhamdulillah dah ok.

Punca?

Hari Sabtu dia bangun tidur petang dekat nak Maghrib dah. Mommy bagi dia makan nasi dengan ikan masak masam pedas. Dia makan banyak. Selera betul. Lepas Maghrib kitorang Chicken Rice Shop. Mommy order air soya cincau untuk Arissa. Dia minum air tu pastu makan nasi dengan ayam. Sebelum balik beli ais-krim durian peberet dia macam biasa. Balik dia mintak nak makan ais-krim pulak.

Mommy tak sure punca dia sebab makan banyak jenis makanan ke atau cincau. Tapi suspek utama kami CINCAU berdasarkan pengalaman yang dulu. Dulu Mommy pernah bagi dia minum air cincau dalam tin masa dia umur 1 tahun lebih tu. Lepas tu malamnya muntah keluar abih cincau seketul-seketul.

Papa memang dah warning Mommy jangan sekali-kali bagi Arissa minum cincau lagi. Mungkin budak-budak ni perut dia tak leh nak hadam. Masa dia muntak tu pun memang keluar cincau seketul-seketul gak.

Sorry Arissa.... Its Mommy's fault :-(

Muka lepas muntah dalam kereta :-(

Tips : Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak

5:10:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Mommy tujukan entry kali ini untuk diri sendiri :-(

**********************************************************************

1) Ingatlah bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Jadi, ini adalah peraturan yang pertama perlu di ingati setiap kali rasa nak marah pada anak.
2)Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Ingat, kita kena berusaha untuk memahami kehendak anak. Sekiranya hendak marah, tahan dulu, sabar dulu dan mengucap dahulu.
3) Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. 
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. 
Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.

Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
4) Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
5) Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.
Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

6) Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. 
Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Jadi lepas ni kalau rasa macam nak marah,kita sebagai orang dewasa yang penuh dengan pengalaman, sabar dahulu, tarik nafas dalam-dalam dan ingat Allah. Bayangkan kita masa kecil dahulu, hanya ingat nak bermain dan berseronok. Begitu juga anak kita.
Kita yang mengenalkan disiplin, peraturan dan galakan kepada anak. Mari baca buku tentang panduan mendidik anak agar dapat mengasah diri menjadi ibu bapa cemerlang.
Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada kita semua. Jangan sesekali berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.
Dan ingat, anak kita adalah cermin diri kita :-)
 
*************************************************************
 
Mommy sayang sangat Arissa...!!!!!
 

KL Bird Park

5:23:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Benda penting boleh pulak Mommy lupa update. Rasa macam dah up entry ni. Tengok-tengok ada lagi dalam draft.

23 November 2013

Cerita panjang tak perlu kot semua semua orang tau la kan kalau sebut Bird Park of course la tempat tu ada burung. Yang penting harga tikat..kan ...kan..

Dewasa: RM25 dengan MyKad
Kanak-kanak: RM12

Tapi umur baya Arissa tak kena bayar lagi.

Susunan gambar pun berterabur ni. Asal dapat update je ni. Yang penting kenangan! 
Mula gambar dekat entrance wajib ada walaupun takde signborard yang menarik.
Mommy pakai sport shoes sebab pikir mesti dalam tu penuh dengan tahi burung. Tapi bila masuk..kagum betul cara diorang jaga tempat ni. Tahi burung memang ada tapi takde la yang basah-basah. Lantai pun bersih je. Nampak macam ada car putih tumpah je atas lantai. Tapi kering. Tak tau la diorang mop ke apa.
Masuk je terus kejar burung bangau kecik nih.







Papa insan bertuah sebab berjaya diberakkan burung merah kat bawah ni. Haha! Nasib baik dia minum susu je. Kena kat tangan.


Suka betul dia dapat bagi ikan makan.




Awal-awal lagi Mommy dah bagitau Papa yang kita mesti ambik gambar bertiga. Tak kisah berapa pun diorang charge. sebab kitorang ni kalau bukan hari raya..mana nak ada gambar complete bertiga.

Pun tercapai jugak hasrat Mommy.

RM30 siap dengan print dan diorang tolong ambik guna hp kita jugak sebab dia tak bagi softcopy. Pakai kamera diorang tu untuk print je.

Arissa duk geram dengan burung enggang tu. Punya la berani sampai duk gosok burung tu.


Yang syoknya, staf diorang bersemangat duk agah Arissa dengan burung tu suruh pandang kamera.


Lepas Gian

4:26:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Last entry ada pasal Molly Fantasy yang Mommy cerita kan.

Wekennya kitorang bawak Arissa ke sana.

Permainan dia macam canggih sangat. Tak berapa sesuai dengan umur Arissa. 1 game RM2. Kalau kat Giant RM1 je. Yang free pun ada.





Macam biasa...Papa yang excited lebih. Haha!


Rasanya ni pertama dan terakhir kot sebab macam membazir je. Arissa pun macam tak enjoy sangat.

Yeayyy Giant Bubbles!

4:23:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum :D

7 Disember 2013: 5.45Pm @ Taman Tasik KD

Dah lama sangat duk imagine dapat main bubble besar nih. At last tercapai jugak hasrat.

Mommy order dengan Kapten Buehbossa dekat FB. RM25 set 2 batang stick, tali dan sebotol sabun.

Dia hantar ke rumah. Dia hantar pukul 5pm. 5.30 kitorang terus bersiap turun ke taman sambil nak g pasar malam.

Dah macam buat show pulak kat situ. Ramai pakat duk tengok. Budak-budak pun tumpang main kejar-kejar belon.



Angin langsung takde petang tu. Mommy kena jalan-jalan sikit.


Papa pun sama seronok main.


Arissa pun takmo ketinggalan nak jugak try. Tapi dia tu dah la ketot la. Kita pulak nak kena seret dia ke belakang.


I tak dera dia ok :-)


Dia sengaja jatuhkan badan macam tu. Dia ingat memang nak kena seret.


Pastu gelak!


Menjadi la jugak belonnya...!






Kalau ada yang berminat nak order, boleh contact Kapten Beehbossa (Haris) 012-6021795

Order ramai-ramai jimat delivery cost. Kalau pos nanti dia tak boleh nak poskan sekali stick.

Tortilla Chips

4:13:00 PM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Lepas buat Tortilla pizza, Mommy try pulak yang chips ni.

Makan saja-saja pun dah sedap.

Mommy letak filling minch beef. Goreng kejap dengan bawang, black pepper & garam. Lepas tu rajin-rajin la susun macam ni. Letak capsicum dengan cheese. Pastu bakar kejap.

Tapi terhangit. Haha! Papa tetap cakap sedap. Mommy rasa kurang sedap. Kenyang memang kenyang.


Mommy pakai tortilla yang kat bawah ni.


Minggu Hari Jadi

4:08:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum WBT :-)

LAma tak berupdatekan. Orang lain semua ada entry tahun baru. Mommy je selalu ketinggalan zaman. Konon sibuk memanjang. Tapi memang sibuk pun. dengan kerja. Dengan hangat-hangat nak berbisness konon nak cuti tanpa gaji. Haha! InsyaAllah harap-harap tercapai impian.

OK. Walaupun 2013 dah habis 2 hari lepas. Tapi Mommy tetap kena update entry yang dah ada dalam draft ni untuk kenangan. Jadi jangan pelik la kalau tengok entry pendek penuh dengan gambar je. Sebab semua tu kenangan tau. Kenangan yang takkan dapat balik dah!

Yang ni special thanks to Papa untuk birthday present Mommy yang terakhir sebelum masuk 3 series. Tapi bila orang tanya umur Mommy selalu ingat 29 tau.. Hihi!


Papa bagi Mommy Samsung Galaxy Grand 5.3! Terima kasih Bie!
Senang Mommy nak ambik gambar selfie sekarang ni sebab hp dulu takde kamera depan. Sedih kan....

Birthday kitorang beza seminggu je. Mommy 7 September. Papa 14 September. Kira Papa ni adik la. Haha!

Tapi birthday present Papa baru minggu lepas Mommy bagi. Bagi apa? Bagi kasih sayang. Haha geli je kan... Mommy bagi duit sebab ini orang sangat susah nak decide dia nak apa. Mula-mula dia nak kasut. Tapi stok sampai sudah tak sampai-sampai. Lepas tu dia nak Samsung Galaxy Gear tapi bila pegi kedai yang biasa duk beli tu takde stok pulak color yang dia berkenan. Bagus jugak. Baik simpan je duit tu. Jam dah ada. Hp dah ada. Galok nak beli gear-gear lagi.

Ok dah habis cerita hari jadi. Next entry......