KL Bird Park

5:23:00 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Benda penting boleh pulak Mommy lupa update. Rasa macam dah up entry ni. Tengok-tengok ada lagi dalam draft.

23 November 2013

Cerita panjang tak perlu kot semua semua orang tau la kan kalau sebut Bird Park of course la tempat tu ada burung. Yang penting harga tikat..kan ...kan..

Dewasa: RM25 dengan MyKad
Kanak-kanak: RM12

Tapi umur baya Arissa tak kena bayar lagi.

Susunan gambar pun berterabur ni. Asal dapat update je ni. Yang penting kenangan! 
Mula gambar dekat entrance wajib ada walaupun takde signborard yang menarik.
Mommy pakai sport shoes sebab pikir mesti dalam tu penuh dengan tahi burung. Tapi bila masuk..kagum betul cara diorang jaga tempat ni. Tahi burung memang ada tapi takde la yang basah-basah. Lantai pun bersih je. Nampak macam ada car putih tumpah je atas lantai. Tapi kering. Tak tau la diorang mop ke apa.
Masuk je terus kejar burung bangau kecik nih.







Papa insan bertuah sebab berjaya diberakkan burung merah kat bawah ni. Haha! Nasib baik dia minum susu je. Kena kat tangan.


Suka betul dia dapat bagi ikan makan.




Awal-awal lagi Mommy dah bagitau Papa yang kita mesti ambik gambar bertiga. Tak kisah berapa pun diorang charge. sebab kitorang ni kalau bukan hari raya..mana nak ada gambar complete bertiga.

Pun tercapai jugak hasrat Mommy.

RM30 siap dengan print dan diorang tolong ambik guna hp kita jugak sebab dia tak bagi softcopy. Pakai kamera diorang tu untuk print je.

Arissa duk geram dengan burung enggang tu. Punya la berani sampai duk gosok burung tu.


Yang syoknya, staf diorang bersemangat duk agah Arissa dengan burung tu suruh pandang kamera.


1 kawan cakap:

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
January 6, 2014 at 10:50 AM delete

da boleh frame letak dinding. best nya pegi jalan2

Reply
avatar