Minggu Hari Jadi

4:08:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum WBT :-)

LAma tak berupdatekan. Orang lain semua ada entry tahun baru. Mommy je selalu ketinggalan zaman. Konon sibuk memanjang. Tapi memang sibuk pun. dengan kerja. Dengan hangat-hangat nak berbisness konon nak cuti tanpa gaji. Haha! InsyaAllah harap-harap tercapai impian.

OK. Walaupun 2013 dah habis 2 hari lepas. Tapi Mommy tetap kena update entry yang dah ada dalam draft ni untuk kenangan. Jadi jangan pelik la kalau tengok entry pendek penuh dengan gambar je. Sebab semua tu kenangan tau. Kenangan yang takkan dapat balik dah!

Yang ni special thanks to Papa untuk birthday present Mommy yang terakhir sebelum masuk 3 series. Tapi bila orang tanya umur Mommy selalu ingat 29 tau.. Hihi!


Papa bagi Mommy Samsung Galaxy Grand 5.3! Terima kasih Bie!
Senang Mommy nak ambik gambar selfie sekarang ni sebab hp dulu takde kamera depan. Sedih kan....

Birthday kitorang beza seminggu je. Mommy 7 September. Papa 14 September. Kira Papa ni adik la. Haha!

Tapi birthday present Papa baru minggu lepas Mommy bagi. Bagi apa? Bagi kasih sayang. Haha geli je kan... Mommy bagi duit sebab ini orang sangat susah nak decide dia nak apa. Mula-mula dia nak kasut. Tapi stok sampai sudah tak sampai-sampai. Lepas tu dia nak Samsung Galaxy Gear tapi bila pegi kedai yang biasa duk beli tu takde stok pulak color yang dia berkenan. Bagus jugak. Baik simpan je duit tu. Jam dah ada. Hp dah ada. Galok nak beli gear-gear lagi.

Ok dah habis cerita hari jadi. Next entry......