No More Cincau!!!

11:43:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

26 Januari 2014

4.30am - Arissa tiba-tiba bangun teruwek-uwek sebelah Mommy. elok-elok dia tidur atas tilan kekabu dia, boleh pulak bangun uwek-uwek atas tilam kitorang. Mommy terkejut terus jerit suruh Papa buka lampu. Buka je lampu tengok ada 2 tompok muntah atas tilam kitorang dan 1 atas tilam Arissa. Cepat-cepat Mommy angkat Arissa masuk bilik air. Buka baju semua. Mandikan sekali. Bau durian masam tak payah cakap la. Sampai Mommy sendiri nak teruwek jugak.

5.00am - Sebab tilam, cadar, bantal semua dah buka sarung, kitorang sambung tidur atas toto depan TV. Mommy pasang TV untuk Arissa. Dia tengok sekejap je pastu terlena. Tak sampai 10 minit uwek-uwek pulak.... Abis baju seluar lagi. Dia bangun sendiri ke bilik air sambil nangis. Perit tekak agaknya. Sambil bersihkan dia Mommy tengok dia dah muntah sampai keluar ikut hidung. Aduhhh kesiannya....

5.30am - Kitorang beralih tidur kat bahagian toto sebelah lagi yang tak kena uwek-uwek tadi. Sama jugak. Baru je nak lena muntah lagi. Kali ni nampak sangat Arissa dah sakit nak muntah. Yea la perut dah kosong. Bersihkan dia, bersihkan muntah dia. Mommy bentang comforter pulak. Mommy letakkan besen kecik sebelah dia. Mommy tunjuk kalau nak uwek.. uwek dalam ni. Dia macam biasa semua pun "Okay"!

7.00am - Lagi sekali Arissa muntah. Tapi pandai pulak dia ambik besen muntah dalam tu. Keluar air je la. Seluar dah tak kena. Baju dia memang tak nak pakai. Lepas dah bersihkan, Arissa baring atas sofa. Tertidur kat situ. Alahaiii kesian betul tengok dia. Tiap kali lepas muntah dia akan cakap "Ammiii... penat laaa..". Kesian sangat tengok dia dah kepenatan. Dan-dan nampak kurus.

8.30am - Kitorang bersiap-siap nak ke Stesen Putra nak ambik keropok lekor yang Abah dan kirim dengan bas malam tadi. Arissa makan roti sikit. Sambil siap-siapkan dia, tak berhenti dia cakap "Penat laaa....". Mommy nak tengok keadaan dia dulu. Kalau masih teruk memang ke hospital la jawabnya. Hari Ahad Klinik Serena tutup.

On the way ke Stesen Putra tu Arissa muntah lagi. Mommy memang dah standby plastik. Lepas muntah dia tertidur. Lepas ambik barang Mommy beli air 100 Plus dengan air mineral. Dulu dia dah pernah muntah gini masa umur dia 1 tahun lebih kalau tak silap. Doktor suruh bagi air 100 Plus sikit campur dengan air kosong dengan nisbah 1:1. Kita kena paksa dia minum air sebab takut nanti badan dia terhidrat. Dia minum 1cawan.

Lepas dah hantar keropok ke office Papa kat Subang, cadang nak singgah Giant terus. Baru je tayar keta bergerak, terus dia muntah air banyak giler...!!! Keluar ikut mulut hidung semua. Masa tu dia dah muntah yang takda benda nak keluar. Perit kan. Mommy ingt lagi masa pregnant dulu sakit sangat. Ya Allah sedih sangat tengok dia. Papa habis lencun baju seluar. Nasib Mommy driver. Hehe!

Dari Subang ke rumah Arissa tidur. Sampai rumah, Mommy masukkan ubat bontot untuk tahan loya. Arisa sambung tidur sampai pukul 12. Bangun tu terus nampak dah segar sikit. Bawak dia gi exercise kat playground Giant. Alhamdulillah dah ok.

Punca?

Hari Sabtu dia bangun tidur petang dekat nak Maghrib dah. Mommy bagi dia makan nasi dengan ikan masak masam pedas. Dia makan banyak. Selera betul. Lepas Maghrib kitorang Chicken Rice Shop. Mommy order air soya cincau untuk Arissa. Dia minum air tu pastu makan nasi dengan ayam. Sebelum balik beli ais-krim durian peberet dia macam biasa. Balik dia mintak nak makan ais-krim pulak.

Mommy tak sure punca dia sebab makan banyak jenis makanan ke atau cincau. Tapi suspek utama kami CINCAU berdasarkan pengalaman yang dulu. Dulu Mommy pernah bagi dia minum air cincau dalam tin masa dia umur 1 tahun lebih tu. Lepas tu malamnya muntah keluar abih cincau seketul-seketul.

Papa memang dah warning Mommy jangan sekali-kali bagi Arissa minum cincau lagi. Mungkin budak-budak ni perut dia tak leh nak hadam. Masa dia muntak tu pun memang keluar cincau seketul-seketul gak.

Sorry Arissa.... Its Mommy's fault :-(

Muka lepas muntah dalam kereta :-(